Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :) Trimaz singgah blog Iz ^^ Tinggalkan jejak yaw! ;D

Buang iklan hacker di blog

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :) 



Apa kejadah tajuk ni? Tak faham! Buang iklan hacker di blog? Macam 
mana tu? Apa benda tu? Ok, kali ni Iz nak share cara-cara nak buang
iklan yang diletakkan oleh si hacker di blog kau orang. Faham tak ni?
Oklah, Iz taip kau orang bayangkan ya.. bayangkan..

Waktu kau orang nak update blog nak masukkan cerita panas,

kau orang buka new tab dan taip alamat blog kau orang.
Rasa tak sabar. Banyak cerita nak dikongsi. Bila kau 
orang buka, rasa teruja tahap gila! Tiba-tiba keluarlah 
satu iklan yang entah dari mana.

Suspen! Cuak! Geram! Kau orang check alamat blog 

kau orang, TERTUKAR! Masa tu mulalah kau orang seru 
haiwan yang sedang popular di dunia internet, cadburry Opss.. xD

Dengan perasaan amarah yang meluap-luap, kau orang pergi

Blogger untuk sign in. Tapi apakan daya, hanya keluar untuk
post. Kau orang mulalah mencaci si hacker. Kau orang mula 
meraung panggil cadburry untuk kali kedua. 

Stop! 


Ada faham? Ok, Iz akan buat cara-cara nak buang iklan hacker

tu dengan 3 cara sahaja

1) Kau orang guna Monzilla Firefox untuk buka blog kau orang tu. 


2) Kau orang pergi ke Blogger in draft dan Sign in seperti biasa.


3) Dengan kadar kelajuan nak bunuh orang dalam masa 3 saat,

kau orang pergi ke Template. Klik je mana-mana template. 
Apply to blog.

4) Jangan! Jangan! Jangan! menggatal pergi ke Edit HTML sebab

si hacker tu letak iklan dia dekat situlah. Nanti keluar iklan hacker 
tu lagi. Vavi juga dipersalahkan.

5) Tarik nafas, lepas. Dan kau orang mulalah deko bersama Eric, ek

silap-silap. Deko-deko blog kau orang yang sudah berwajah baru tu.  

#Iz harap cara ni berkesan, sebab Iz guna cara ni. Bergantung kepada

sifat berperikemanusiaan hacker tu, kalau dia cuma letak iklan dan
tak usik isi-isi blog kau orang, ucapkan Alhamdulillah.
Kalau dia orang ceroboh blog kau orang sampai ke lubang cacing,
ucapkan Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un .

Iz cadangkan kau orang backup/restore semua edit html pasal blog
kau orang tu mana tahu kau orang yang kena pula. Nanti senanglah 
sebab dah ada backup! yeah! Tapi Iz tak guna yang ada button tu
sebab malas. So Iz copy dan paste dia microsoft word. 
Senang sikit. :)

Kenapa mesti guna MONZILLA FIREFOX??? 

Kenapa? Sebabnya Iz cuba guna google chrome dah hasilnya
amatlah sakit hati. Klik je edit HTML keluarlah iklan tu. 
Harhar. >,<

Oklah, cuma itu je Iz nak share. Sharing Is Caring ^^

Assalamualaikum ;D

Boling 4 pengawas

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)
#sepatutnya nak post semalam tapi home page blog kena hack, kena baiki itu ini. nasib baik dapat balik blog ni. Alhamdulillah ^^



Siapa yang add dekat facebook? Mesti status pasal boling asyik tak jadi je. Pastu tak jadi. Ok. Tapi semalam tak. Jadi. Serius! xD Siapa yang anjurkan? Ash = Abu. Nama terbaru dia. xD . Ini semua idea Aizy. yosh!

Semalam masa pukul 2 petang lebih, Iz call Anak Si Hasan tu, tanya pasal boling. Tak ada salam. Terus direct bagi maklumat. Harhar :3 Kawan siapalah tu. Tunggu dekat depan koperasi sekolah. Call dia. Malas nak masuk sebab nanti semua tengok. Masa Iz usha-usha tengok dalam, adalah seorang minah ni pandang Iz. # Minah = lelaki, mamat = perempuan, ada faham? xD #. Warning, i'm human not an alien! :P

Dah malas tunggu Iz check nama adik Iz dia kelas apa masa tingkatan 1 tahun depan. Tak sampai 2 minit lepas tu datanglah Anak Si Hasan tu. Rambut dia macam pisang. xD Dia suruh pergi rumah Zack sekejap, ambil barang katanya. Masa on the way nak pergi Dahlia, yang minah TERpandang Iz and the geng slowkan motor dia orang kat sebelah Anak Si Hasan. Apa motif dia orang slowkan motor dia orang Iz tak tahu.

Masa dekat rumah Zack tak banyak cerita. Skip. Skip Skip. On the way nak ke bustop, ada bas! Yeah! Tapi malangnya Anak Si Hasan ni jalan saja je lembab mengalahkan perempuan! Dah hasilnya bas dah pergi. >,< Dia ajak berjalan. Pakai selipar osaka. Jalan jauh-jauh. Kalau kasut tak apa ar ni tak, selipar osaka! Macam bawa emas, semua yang pandu/tunggang kenderaan pandang kami. Ggrr.. Anak Si Hasan kata jimat 50 sen!

Jalan punya jalan sampai kami dekat bustop depan rumah besar milik orang cina. Alhadulillah, pagar tak buka. kalau tak.. kena kejar dengan anjing! huish! Ash asyik cakap pasal kereta kancil. Apa kejedah budak ni. Tiba-tiba ada sebuah kereta kancil berhenti. Wow. Turun dari langit ke? Lorh, kawan mak adik dia. Haih. Nasib baik. Rezeki! Kalau tak memang penatlah daki bukit yang beruntung tu. Makcik tu gelak je dengar keluhan aku. Membebel pasal Anak Si Hasan. >,<

Dah sampai simpang nak masuk golf club dia mulalah bangga diri. " Kan aku dah kata, mesti ada kereta kancil datang, kata-kata yang banyak kali diucapkan doa. " :'3 Dah masuk dah golf club tempat boling tu nampak Kak Era and the geng. Joinlah diorang semua. Ash pergi tandas nak MAKE-UP?! Iz sendiri make-up mengalakan hantu duduk diam jelah. 

Skip. Skip. Skip. 


# Izhs | Ash | Soon #

Bowling time! vs vs vs. Jumpa bekas jiran lama Iz. Firas! Main snooker! wow. harhar. Semalam Iz main 3 game. 2 game duit sendiri dan 1 game Aizy belanja. yeah! 2 game tu Iz rasa Iz kalah sekalah-kalahnya. Tapi bila A.S.I.A berlawan Iz yang menang! woho! ;D

Jap! A.S.I.A? Apa tu? asia? rasia? hehehe tak ar..
A - Aizy
S - Soon
I - Izhs
A - Abu.

Abu? xD bhahahhahha xD kesian. padan muka. nak Ash sangat last-last Abu! Masa nak balik tu hujanlah pula. Apa lagi pakat ronda-ronda ar. Ni gambar Aizy jadi apa entah aku ta tahu xD



Tu jelah kot untuk hari ini. hehehe. Assalamualaikum ;D

Result PeyeMR


Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)
#sepatutnya post masa 19/12/2012 tetapi ada masalah 'sosial' sedang berlaku di rumah >,<

Siapa tingkatan 3 tahun ni? Macam mana keputusan peyemr? Ok. Iz nak bercerita ni, kalau bosan close tab je kan senang ;D. Minggu nak ambil result hari tu, saudara Iz yang 2 manusia tu versi penyepah bilik menginap bilik Iz selama 6 hari. Keadaan bilik tok sah ceritalah. Penat-penat aku kemas bilik dia orang sepahkan. Hati aku? retak seribu! >,<

Malam sebelum nak ambil result pergh.. banyak mesej dapat! ;D Tanya pasal nak pakai baju apa. pukul berapa. itulah inilah. Macam-macam. Dah tibalah hari yang di nantikan. Iz pagi tu main game dulu. Malas nak pergi awal sebab entalah. Tiba-tiba Iz dapat mesej daripada cik Syafiqah.

Dia sebenarnya dah ada depan pintu. Pasay pa tak ketuk? Haih.. manusia-manusia. >,< . Dah jumpa dia pergi rumah cik Aqilah. Yang bestnya macam di rancang kita orang pakai tudung bawal. Harhar ;D Tapi Iz punya lain sikit hohoho.

Sampai je tempat yang kami booking *bustop depan sekolah*, Iz tengok ramai yang pakai baju kurung. Ada majlis ka? Duk perhati tengok-tengok senior-senior sekolah Iz. Haih.. Eh, Fiqar! Wah, makin lebat rambut dia huahahaha. Macam orang gila kita orang pun borak-borak kosong.

Masa pukul 10 lebih makcik Yugi baru sampai. Haih. awalnya. Iz ubah posisi duduk. Malas dengar borak kosong. Iz bagi Yugi tengok video yang sah-sah tak ada kerja pelakonnya adik-adik Iz. Mata duk meliar tengok keadaan bustop sekolah yang 'indah' ini. Dan.. Iz terpandang susuk badan manusia ni. Familiar sangat..

Ayam masak merah! Takoyaki! Pergh.. alien! Sat.. pasay pa dia pakai baju belang sama dengan Iz? Macam mana boleh tersama ni? Oh no! #pasal baju pun bising mengalahkan mak nenek# Iz duduk macam 2 minit lagi bom nak meletup. Iz cari jalan alternatif bila ternampak Kak Mira yang sedang berborak sakan dengan kawan dia. Masa untuk kacau! ^^

Duduk sebelah kak Mira tanya pasal asrama dan sekolah. Serius macam hantu! xD Tengah syok-syok berborak datanglah anak Tajudin yang disegani lagi dikenali, Akif. cakap dengan dia macam cakap dengan tunggul, punyalah panjang tanya dia duk termenung. Terpaksa buat apa tu ala.. ha! Car wiper! depan dia. Lepas tu dia Ha? Ha? Tak ke nak kena sepak tu? >,<

Alien duduk tempat yang dekat dengan Iz. Habislah kau Iz, bala sudah mari. #bala? teruknya.. # Setiap 1 minit mesti pandang Iz. Ingat lepas cuti sekolah dia berubah tapi hampeh. Terpaksalah buat bdoh sebodoh-bodohnya depan dia. harhar :3

# Cerita terpaksa dipotong sehingga ke babak-babak selepas menerima keputusan PeyeMR #

Lepas je Iz tandatangan nak ambil sampul surat keramat tu, Iz toleh belakang cari Yugi dan Pqah tapi ghaib! Hati Iz masa tu jangan cakap ar hanya Allah je tahu. Iz cari ZAS - Zack, Ash, Soon - nak tanya pasal dia orang. Tengah syok-syok cari dalam dewan, alien ambil kesempatan tengok Iz. Tak pe, 11/1/2013 tu tarikh terakhir kau tengok aku. >,<

# Iz dapat 4a 3b 1c. C- English huhahaha. xD

Dah 'gembira' sangat dia orang berdua hilang, Iz blah dari dewan tu. Teringat si Pali nak bagi hadiah. Wuhu! Hadiah apa? ECBF! hahaha. Hadiah sempena hari jadi Iz yang dah lepas tu. #sebenarnya Iz ugut dia huahaa xD#

Dah dapat hadiah tu Iz pergi rumah cik Niesa. Pasay pa? Dia excident masa birthday dia. Hadiah yang penuh bermakna bagi dia.. Kesian.. Iz lawatlah dia seorang diri. Nak ajak budak dua ekor tu dah lama lesap. Hadiah untuk Niesa sempena hari jadi dia Iz belum bagi. Iz beli hadiah yang 'mahal-mahal' je untuk dia. Hehehe tak lah, cuma tudung bawal, gelang, keychain phone, semua tu dalam kotak yang Iz beli khas untuk dia seorang. Iz beli coklat untuk dia sebagai 'buah tangan' kepada rang sakit :)

Oklah, sampai di sini sahaja Iz bercerita. Sah tak best dan bosan! Yeah.. Iz harap persahabatan Iz antara Niesa, Pali, Soon, Zack, Ash, Fiqar yang rapat dengan Iz harap kekal. Yang lain mana? dah ghaib. Kan? #masih sakit hati.#

Ok ar, chaw dulu. Assalamualaikum. :)

p/s: kepada kawan fb ku yang rapat pada zaman dahulu, aku nak minta maaf sebab berkasar dengan kau, kata kau ni sombong ar itu ar anything. Aku bukannya apa cuma kau tu macam dah tak nak layan aku yang banyak berjasa dekat kau. Jadi mangsa troll, jadi cikgu secara paksaan dan macam-macam lagi. Aku cuma rindu dekat kau je. perangai kau yang suka troll aku sampai hati aku panas terik buat aku selalu teringat dekat kau. tapi aku dah taip macam tu. Aku harap kau tak lupakan aku ya sahabat. Aku harap kau dapat apa yang kau impikan selama ni. biarlah kau tak baca coretan ni tapi aku puas dapat luahkan. Aku ni lemah. Tak kuat macam kau. Kau lelaki. Aku perempuan. Itu jelah. bukannya kau baca pun kan.. :')

2 Dis!

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)

Semalam Iz, Aisyah dan adik Aisyah cadang nak pergi Rawang nak sambut dekat sana. Motif sebenar nak jumpa "dia". Dah berjanji seminggu sebelum birthday Iz nak jumpa. Punyalah tak sabar nak jumpa Iz malam tu buat onigiri felt untuk "dia".

onigiri felt from Izhs Diaryz :)
Iz jual tu. satu RM3. Kenapa naik harga?! Sebabnya nak jahit onigiri felt ni susah! Tolonglah faham! hehehe. peace yaw~ ^.^V

Pagi tu Iz dah prepare semua barang nak di bawa dalam masa 5 minit tu Iz dapat mesej daripada "dia" katanya tak boleh datang. Hati Iz masa tu hanya Allah je yang tahu. Nak menangis? Buang masa je, benda dah berlaku. 

Oklah babak "sedih" ni malas nak cerita kita ke babak "tak boleh blah". Iz pergi kedai dahlia nak pergi tukar duit syiling sebanyak RM125 ke kertas. Beg sandang memang beratlah! Tapi setiap kedai yang Iz singgah si tukang jaga kaunter mesti tanya " nak tukar berapa? " Iz jawablah RM50. Yang tak boleh blahnya dia kata " Jap ek, ni ha syiling dah banyak. nak buat apa?" Iz terus blah. Pokemon punya jantan. >,<

Masa dalam bas on the way nak ke sentosa, ada ar seorang manuia ni, perempuan, duduk sebelah Iz. Iz tak berapa kenal. Dia senyum dekat Iz. Dalam hati Iz "Apahal ar dia ni, kenal aku ke? siapa dia ni? buang tebiat ke?" Lorh. Dia kenal Iz. #tak sangka ramai betul yang kenal aku ni xD *show off tak bertempat macam ni ar*.

Iz duduk diam jelah. Pastu dia cuit Iz, Seram~ Dia tanya pasal sekolah. Masa Iz toleh belah kanan terjumpa Syafiqah. Hidup lagi dia tu xD. Pastu sampai Sentosa cari Aisyah. Naik bas dan sampai di Rawang. Kena tukar duit dulu baru boleh berhuha-huha.

Ambil masa 30 minit untuk cari kedai yang sudi tukar duit syiling ke duit kertas. Pusing sana pusing sini dan akhirnya dapat juga selepas tanya makcik jual nasi lemak yang baik hati tu. Tempat pertama kita orang pergi adalah Cass Top! 

Secara seriusnya, Iz tak pernah pergi situ sebab Iz ni kan tak reti nak melawa macam perempuan dan mak Iz ni ha kalau Iz nak benda yang nampak feminin sikit terus reject. Haiz.. Ingat aku ni lelaki ke? >,< Aisyah bagi hadiah dekat Iz ini!


Dah beli hadiah lepas tu pergi Parkson merayap dekat sana. Tengok adik Aisyah pilih barang je Iz pun terikut. Iz beli kotak. Kotak? Kotak ini!


Iz sendiri tak tahu kenapa Iz beli kotak. Rasa nak makan je kotak tu xD #buang tebiat macam inilah# Dah habis bershopping, kita orang pergi Pizza Hut! Yeah! My fav food! Beli yang terbaru! Yeah! ^^


Sedap betul! Lagi-lagi udang tempura tu! pergh! Meleleh air liur! xD Tapi bila dah makan sup cendawan cicah dengan roti bawang putih nak sumbat dekat mana lagi ni? Sumbatlah selagi boleh sumbat! Yosh!
Masa untuk balik! Iz tak ingat jalan nak ke stesen bas. Iz pergi buat U-turn. Bagus tak? Contohilah saya! xD
Dah sampai Sentosa Iz singgah Bookworm beli hadiah untuk diri sendiri. 


Masa naik bas. Iz naik bas yang sama. Ada akak tu perasan Iz. Tersengih je xD. Malam tu pula dinner dekat luar. Tak best. Serius! Pagi tadi ada seseorang datang rumah Iz. Siapa? Ash = Aiman Syafiq Hasan a.k.a Anak Si Hasan. 

Dari rumah dia ke rumah Iz punyalah jauh dengan jogging je? Pergh. Tapi Iz tak layan sangat dia tu. Malas. Macam dekat sekolah cakap benda secara terperinci. Ada bunyi-bunyi lagi. Haih.. ingatkan berubah tapi tak juga. Terpaksa menadah telinga. Kesian. Eh, dia bagi hadiah? Wow. Hadiah pe? 


Coklat?! Haih.. pasay pa tak coklat cadbruy? #memilih betullah aku ni, bersyukurlah! >,<#
Dan kami borak-borak sampai Iz halau dia balik. Wah, kejam sangat ni, Yelah, dia datang bawa Zack. Kesian Zack tunggu dia. Kalau cakap dengan Ash memang sampai malam tak habis. Details yang teramat sangat! Mengalakan perempuan! Ek, ya ke? xD

Sekian sahaja. Maaf jika terkasar bahasa. :)
Assalamualaikum.
Yosh!

1st Giveaway By Anis, Sofia dan Syafiqah

Assalamualaikum kalau tak jawab dosa kalau jawab sayang,

Sempena cuti persekolahan yang teramatlah lama ini, Iz dipanggil #cewah, perasan habis!# untuk menyertasi GA kawan baru Iz. GA? Gagak api? Garuda Air? Taklah.. GA = Give Away! Yeah. GA. Yang di anjurkan oleh .. senang cerita kau orang klik ar bawah ni:

1st Giveaway By Anis, Sofia dan Syafiqah

Ni banner program tersebut:


http://2.bp.blogspot.com/-ZT6v8eM9PO4/ULbwt88aNxI/AAAAAAAAApo/kX4sANJ-ob4/s400/anigif.gif


Hadiahnya teramatlah menarik dan misteri. #macam aku pula yang tukang buat xD#
Hope ramai yang join sebab sponsor dia orang ramai! mesti hadiah banyak! rugi kot tak join!
Kau orang kenalah baca cara-cara nak join ni sebab banyak betul blog yang dia orang drop down dalam post. #english terabur >,<#

Iz seru orang di bawah ini agar join sama GA ini. ;D
Atikah
Kak Fatin Afiqah
Dyzlaaqiesya Aqiesya
Nornatassha
Shahrizal Hans