Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :) Trimaz singgah blog Iz ^^ Tinggalkan jejak yaw! ;D

Untuk dia dan dia yang sekarang dan selama ini

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)


!!! Post panjang yang merapu, bosan, mengarut. Sila tinggalkan bila jemu !!!
Well, seriously lama gila tak update blog. Ok, apa post Iz kali ni? Tajuk bukan main panjang. Post? maybe pendek je kot. Oklah, kali ni Iz buat post ikut suka hati Izlah. *Iz nak luahkan apa yang Iz rasa selama ni* Selama inilah sangat! Actually, minggu lepas dan sejak belakangan ni.

1) Nur Annisa bt Azmi
*penggunaan 'aku' harap dimaafkan kepada pembaca yang lebih tua*

Makcik.. makcik, sebenarnyakan, aku ni tengok kau makin lama makin berubah. Serius, aku tengok kau macam 'jual ikan'. Kalau aku cakap depan-depan kau mulalah nak tunjuk heroin bahawasanya kau tak bersalah. tapi tolonglah terima hakikat. kau dah banyak berubah.

Aku tak tahulah apasal kau berubah. Maybe persekitaran kau. Dari segi bahasa kau kan, kau cakap pakai lepas je, aku tahu ar aku ni siapa, tak layak nak ceramah dekat kau tapi aku tak nak pula kau over doss plak. Kerek je lebih kan aku ni. Nak bagi advise kat orang. Apa kelayakan.

Sejak form 4 ni kau macam dah tak nak kawan dengan aku even duduk sebelah. Aku masuk kelas akaun ni pun sebab kau. Aku fikir kau nanti tak ada kawan masa nak belajar. Tapi, aku silap. Kau ada banyak kawan sampai lupakan aku. Kau buat aku ni seolah-olah tak wujud. Aku terkilan. Aku sanggup tolak kelas sains tulen bila cikgu norhayati tawarkan dekat aku sebab kau wey! Betul kata ustazah, kita dapat tengok perangai sebenar seseorang masa form 4. Aku ni apa yang berubah entah.

Aku tahu aku ni lambat matang tak macam kau. Up to date. Aku ni pasal make-up pun tak reti. Aku reti pasal it je tu pun sikit-sikit. Aku hairan kenapa tiap kali aku minta tolong sikit dekat kau, kau macam tak pedulikan aku bukan ke kita kawan sejak form 1 even tak rapat pada mulanya? Aku ni tak layak ke diberi pertolongan? Aku sedar aku ni siapa. Bila kau layan classmate lain aku rasa macam nak je pindah kelas. Aku tak tahu siapa kawan aku masa tu.

Yelah aku ni kan sensetif tak bertempat. Sikit-sikit menangis. macam perempuan. Aku fikir kalau aku pindah sekolah nanti dapat kawan baru yang lagi memahami tapi bukan rezeki aku nak berpindah. Kadang-kadang aku terfikir, aku ni lembab sangat ke sampai kau tak nak layan aku? Aku ni kuno sangat ke sampai kau tak nak share something dengan aku? Aku ni jahiliah sangat ke sampai kau pandang rendah dekat aku?

Aku pun tak faham dengan diri aku. Sengal an? Hahaha. Ke aku ditakdirkan untun hidup macam ni? Tapi orang kata jangan harap sangat dengan takdir. Kita boleh ubahnya. Tapi, macam mana? Aku fikir dengan kawan takdir boleh berubah tapi memang 'berubah'! Kesakaianku terserlah :') Aku minta maaf kalau tak dapat jadi kawan yang ok skit untuk kau. I'm sorry.


2) Muhammad Ammar Azri bin Kahril Hisham
*saya-awak pula*

Awak, kenapa awak asyik menghilangkan diri tiap kali saya perlukan awak? Awak dah tak nak kawan dengan saya lagi ke? Saya tahu saya ni jauh betul sangat dengan awak. Nak jumpa pun setahun sekali. Awak, saya harap awak cepatlah datang sini balik. Saya dah tahu nak buat apa. Awak janji nak jadi pendengar masalah setia untuk saya. Tapi kenapa awak hilangkan diri?

Bila awak hilangkan diri siapa lagi saya nak berceramah? Kalau dengan manusia tu awak cemburu buta. Awak, apa salah saya sampai awak denda saya macam ni sekali? Apa saya buat? Besar sangat ke salah saya sampai awak menghilangkan diri? Saya tahulah mulut saya ni laser. Tapi awak kena faham. Saya ni jenis yang berterus terang. Saya malas nak berpusing bagai-bagai.

Bila saya menipu awak marah. Bila saya terus terang lagilah marah. Awak, saya tahu saya tak sempurna. Tapi manalah ada seorang yang tak pernah melakukan kesilapan. Saya buntu tanpa kaunter pendengar masalah awak tu. Saya nak mengadu dekat siapa lagi? *selain Allah*. Saya harap awak berubah hati. Saya perlukan awak :'(


# Post kali ini Iz banyak lauhkan rasa apa yang Iz pendam. Iz tak tahanlah. Maka, Iz postlah. Iz rasa dengan cara ni Iz dapat legakan hati Iz yang gundah gundala ni. Harharhar. Tapi kalau tuan empunya diri yang baca. *nama di atas* Iz minta maaf sangat-sangat. Iz tak dapat nak face-to-face sebab Iz malas nak gaduh. Iz gaduh lain daripada yang lain.

Mulut laser + tangan + kuku + kaki = kena e-disiplin nanti karang. So blog Iz inilah jadi mangsanya. Wahai Izhs Diaryz online version, makasih sebab sudi jadi tempat Iz jadikan Diari. :)

Iz menyusun sepuluh jari yang tak panjang tak pendek tak kurus tak gemuk ni memohon maaf sekiranya terdapat kecacatan bahasa, idea atau apa-apa yang berkaitan selama Iz menjadi blogger yang hacum ni. *mentah*. Eh, panjang pula post suka hati akulah. blog aku ;P

Assalamualaikum :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan