Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :) Trimaz singgah blog Iz ^^ Tinggalkan jejak yaw! ;D

Camping! Part 1

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)



Ok, post mengejut. :P
Serius lama gila Iz tak menghapdet blog an? an? an? Rotan sikit! xD Jangan, tangan den dah ar sakit nampak urat warna ungu lagi. xD Urat? Apahal ni? Ok.. ok.. biar Iz story mory dekat kau orang ya :)

Sehari sebelum camp
Pada hari tersebut hari Khamis. Semua manusia yang terpilih pergi camp kena bermesyuarat dekat Casa Ilmu. Iz cengelat skit. Mesti meeting pengawas jap pastu baru pi mesyuarat camp sebab tak nak masuk kelas xD.

Masa sampai situ, cikgu dah bahagikan kumpulan. Iz yang terpinga-pinga macam orang gila terus blur. Kak Era suruh Iz masuk grup 1. Tapi tengok ramai. So Iz pakai tulis nombor 3. Dan hasilnya sama grup dengan Ash! Takoyaki betul ar! apasal dia pi sekali? >,<

Da cikgu terus bagi ceramah.. bla.. bla dan bla..

Hari pertama camp
Masya-Allah, 15 minit lagi nak 2.15 PM! alamak, barang tak siap packing! aduh saleha! Mak!!! tolong den!! Dah siap packing letak barang dalam kereta dan bergerak. Sat! baju PPIM tertinggal. Ya Allah. sumbat jelah dalam beg malas nak bergantung-gantungan ni. Dah siap! yes! Alhamdulillah :)

Tiba di bustop sekolah.. Eh Pali? Dia pergi? Habak tak pergi. hish.. nak kena rotan ni xD. Hensemlah. wakakaka *aku syok sendiri sila abaikan*. Dengan 'pertolongan' a.k.a dera adik Iz yang sekolah sesi petang suruh angkut barang. Pengawas yang jaga pagar senyum je xD

Dah sampai lobi register. Lepak dengan Amira. Berkumpul dekat kantin. Ash dengan rambut landak mai dekat aku. grr.. Si Ikhwan cari pasal. sepak kaki dia sampai terangkat kaki sebab duduk tu nak rapat dengan Iz. Rasakan. Sakit kan? kan? Sadis! Dan hujan turun. pukul 4 PM baru bertolak. Iz duduk dengan Cik A, tapi sebagai pemegang kata f.a *foever alone* Iz duduk seorang diri. kah kah.

Dah sampai dekat AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT! yeah! Cikgu suruh bekumpul dekat astaka. Cikgu habak tempat tersebut keras. Kalau nak pergi tandas tak kira lelaki ka kamu perempuan ka kamu mesti ada badi. Sat, time ni Iz terdengar PADI. Iz duk monolog dalam hati. Apa ke pelik cikgu ni nak pergi tandas pun nak bawa padi? Apa cikgu ingat kat sini ada sawah padi ke? kalau beras ada ar dekat kedai boleh beli ni padi. Cikgu.. cikgu.. Isk3. Rupa-rupanya Buddy. Ceh, aku tertipu! >,<

Cikgu suruh tiap khemah mesti ada 5 atau 6 orang tapi Iz ni pra-senior. So Iz qonquer 1 khemah tu 4 orang xD. Tamak haloba. Ahli-ahli dalam khemah Iz ialah Iz, Amira, Azmiera dan Cik A. Dah siap tu pergi ke stimulasi pemadaman kebakaran. Dah kira ahli kumpulan terus jalan. Tapi grup Iz ada seorang sakit kenalah lapor dekat cikgu. Grup Iz duduk depan sekali~ Wuhu..

Oh ya, meh sini Iz share ilmu apa yang Iz dapat dalam aktiviti tu. Kalau ada kebakaran yang boleh kau orang handle. *ceh ayat*. gunakalah alat pemadam api yang berwarna merah yang namanya ABC POWDER, tak berat pun cuma 9 kg je pun. Pertama sekali, check meter tekanan udara dekat alat tu. pastikan jarum dekat warna hijau. kalau kat merah even baru sila jangan guna. cabutkan pin. angkut alat pemadam api dekat tempat kebakaran. pastikan jaraknya tidak terlalu dekat dengan punca kebarakan. jalan perlahan-lahan dah terasa bahang halangkan nozel dan press! buat ala-ala sapu sampah. kalau nak best lagi habiskan 1 tong tu xD

Tapi ada juga tak dapat merasa. Pihak bomba pun kasi chance guna hos. Serius cemburu! >,< Dah puas main air, incik bomba habak kat kami kalau nak kena ugut dengan penjenayah yang halakan hos, segeralah lari sebab kelajuan air tu boleh bawa maut! Jangan buat dekat sekolah ye. Nanti mauk paper seramai 100 orang pelajar maut dalam masa 1 jam. >,<

Lepas tu makan, solat & bersihkan diri. Malam tu pula ada ceramah kerjaya bomba. Nak jadi bomba bagi perempuan ketinggian paling minimum 153cm. pergh.. kalau lelaki tak sure. Macam-macamlah incik bomba tu share. Ada 1 teka-teki dia tanya dekat kami semua, macam mana nak bezakan pisang itu jantan ke betina. Semua blur~ xD Jawapannya pisang ♂ - pisang abu, manakala pisang ♀ - pisang embun. Semua pun Oooo.. xD

Esoknya ada aktiviti awesome. So kenalah tidur awal tapi Iz tidur pukul 1 AM. Bangun pukul 4 AM. Masa solat isyak bukan main lagi tahan ngantok. Bila dalam khemah mata tak kan tidur. Hish! xD

Bersambung... xD