Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :) Trimaz singgah blog Iz ^^ Tinggalkan jejak yaw! ;D

Cerita demi cerita

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)

Well..well.. lama gila tak update post it's right? Yeah, bussy lah sangat ni amatlah menyusahkan untuk membikinkan diari Iz yang serba serbi hurm.. Nak deko dah tak boleh.. semua kod dah lari habis.. senang cerita dah tak boleh edit!!! TT^TT Dah ar, tutup cerita blog ini, buka cerita lain.

Cerita 1
Baju kelas yang Iz design dah siap!!! Alhamdulillah.. Inilah kali pertama Iz design baju kelas sendiri, tempah sendiri, bayar sendiri, ambil baju tu sendiri, pakai baju tu sendiri! *k.. mak tolong tempahkan >,<
Apa-apa pun memang terharu sampai rasa nak menangis! :')


Lawa kan? Tak pe.. jangan risau.. Iz tahu.. lawa sangat! * k bajet k! * Hehehe.. Harganya amat berpatutan. RM30 sehelai. Oklah tu :) 

Cerita 2
Minggu lepas, kelas Iz ada buat jamuan perpisahan untuk cikgu praktikal matematik yang ajar kelas Iz. Iz tak tahu nak bagi hadiah apa so Iz buat ar vector + ucapan. Lawak kot. xD


Cuma Cikgu Parvathy puji lawa + sebijik! :'D. Cikgu Ika kata lawa. ;D Hehehe... 

*di atas merupakan cerita 3 bulan yang lepas. lama bhai!!! xD ok. di bawah ini Iz nak cerita apa yang Iz ingat sampai takat mana yang boleh ^^

Cerita 1
Exam akhir tahun. Seriusnya Iz rilek je.. macam tak ada apa-apa yang berlaku.. Nisa duk susah hati macam laki lari rumah tak balik-balik tapi Iz ? rilek.. Nisa duk jeles dengan Iz yang rilek je.. Nisa habak kat Iz, Iz dah sedia ar nak jawab exam. Ehem.. ehem.. wahai saudari, aku tak baca buku pun! muahahha xD.. O.O betul. Iz just baca cover buku teks je. *nampak na nipunya* yelah2, selak-selak je >,<

Banyak sangat propa berlaku masa exam akhir tahun. macam biasa ar, soalan bocor duk koba cikgu kasi. eh, sakai. -,- Kita ni sebagai pelajar WAJIBlah jujur dengan cikgu, kawan2 dan negara. Bukannya apa, kalau kita ni duk dibesarkan dengan menipu orang cuba fikir macam mana masa depan? Kantoi! 

Abaikan itu. Paper BM Iz memang gempak. Awat? Masa ujian bulanan 2, Iz punya markah BM dapat D! D weyh! D! Gembira betul Iz sampai menangis. Tak dapat nak koba an macam mana lagi.. Tapi. Exam last year ni, BM Iz dapat A- ! yeay! ;D sat. Tak ke aneh tu. Dari D naik ke A- ? Iz... meniru! Eh.. tak.. Iz punya karangan kira tip top dalam kelas. Rumusan dapat 29/30. hahaha. Dulu Iz 'maki' Cikgu Musa sebab kedekut sangat bagi markah masa ujian bulanan 2 sebab tu dapat D. Tapi bila exam akhir tahun, ya Allah.. baiknya cikgu Musa, even ada terlebih huruf tang peribahasa, cikgu bagi markah sampai dapat A-. Ya Allah.. berdosanya aku TT^TT Cikgu! Ana minta maaf! TT^TT  

Cerita 2
Kursus Asas Membaiki Komputer. Iz join kursus ni pun sebab Soon ajak. 4 hari je. Tak boleh ada malam. xD Gilo malam. kang kat belakang ada warna putih siapa nak lari dulu? Gurau je. Ada 13 orang je join. 3 perempuan. 9 + 1 = 10 lelaki. 

Dalam kursus tu, Iz agak bangga ar sebab cikgu yang jadi tenaga pengajar tu teramat kenal Iz. Kau mampu? xD menipu je kerja Iz ni. Sebenarnya, Iz dengan cikgu tu kenal masa Iz form 1. Mana tak nya, ayah Iz pi campak Iz masuk kursus .. kursus.. pe ntah.. cer bayangkan.. dalam kursus tu majoritinya form 5! Iz? Form 1! Kecik je Iz. Hahaha. Tapi masa form 1 tu ar best. Ada abang Fudhail yang hensem xD dan ada abang Haikal yang sporting. Alahai.. rindunya masa zaman tu. Dia orang berdua berebut-rebut nak tangkap gambar Iz. Oh Mai, feymesnya aku! *k pembetulan, waktu tu Iz pemalu gilos tangkap gambar, depa duk paksa Iz possing, nak menangis wei! TT^TT* Tutup kisah lama. 

Kisah ini agak unik sedikit. Pasay pa? Iz rasa macam kursus tu dalam sehari je xD. *k poyo k* Iz sebenarnya malas nak cerita masa hari pertama kursus. Iz terus pi citer penghujung kursus jelah. Mahaha ;D

Masa tu. Iz dengan Yugi duk borak2 ar. Macam biasa gossip time cikgu mengajar xD. Tapi waktu buat kerja senyap je~ *keBAJETan itu kian terserlah~* Tiba-tiba, Cikgu Zam *Cikgu Zamrah, ni gara2 Ash ar duk panggil cikgu Zamrah jadi Zam. xD* panggil Hasbul mai datang depan. Iz masih teruskan lagi bergossip dengan Yugi. Entah macam mana Hasbul tiba-tiba je muncul sebelah Iz. Dia minta tolong Iz buatkan ucapan untuk dia.

Sat. Apa? Ucapan? Biaq Btol?! Entah macam mana Iz SETUJU buatkan ucapan untuk Hasbul. Ambik kau. Dia order ucapan kasi cun2 punya dan pendek. Eh, kirim duitlah jawabnya. Iz buatlah panjang skit. Ramai na tengok Iz taip ucapan. Bila cikgu masuk, cikgu intai2, cikgu duk koba panjang bonar. Iz. Peduli apa. xD

Bila dah siap print, tibalah masanya detik-detik penutupan kursus. Tibalah giliran Hasbul sebagai wakil rakyat ecececeh xD ehem3.. wakil pelajar nak buat ucapan. Ambik kau, sekali baca macam baca karangan dalam kelas bhai! Pengetua duk senyum je. xD Iz gelak je xD. Habis Hasbul buat ucapan, Zizah buat thumb up dekat Iz. Well, ini Iz kan.. hahaha. poyos!

Tibalah masa untuk bergambar. Oh Mak. Iz paling kecik!!! TT^TT belakang Iz tu spoilkan? lalang je. xD Hish, tak baik kot taip gitu. Untuk pengetahuan hang pa semua, belakang Iz tu ar alien. Alorh, yang Iz duk citer pasal alien dalam blog Iz. Tapi sekarang alien dengan Zizah. Suka sama suka tapi tak nak mengaku. Heh. 

Iz yang kecik, yang pakai tudung hitam >,< 

Sekian sahaja berdasarkan kekuatan daya ingatan Iz berkaitan aktiviti selepas bulan puasa. Serius! lama gilo tak update blog!!!! Muhahahha. Assalamualaikum :)