Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :) Trimaz singgah blog Iz ^^ Tinggalkan jejak yaw! ;D

Seloka 5 Akaun SMK TBR (1) #1997

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang.


La ni kononnya nak buat majalah sekolah. Tahun terakhir la ni kena buat nukilan. Iz tak jadi editor majalah. Hee.. *dalam hati.. T__T

Hasil ciplak + idea + taram yang Iz dan rakan-rakan kumpulkan, maka, terhasillah seloka la ni. Tak meriah pun. Biasa sahaja. Ngeee..

Ahlan wasahlan kepada semua,
Mari sini baca seloka,
Seloka dikarang untuk semua,
Sebelum tu, assalamualaikum ya …

5 Akaun nama kelas kami,
11 putera, 21 puteri,
Guru kelasnya pula Puan Mahani,
Beliaulah cikgu dan ibu kami.

Cik Idayu 'monitor' kami,
Tersenyum manis cair hati,
Walaupun hidup always busy,
Namun tetap happy-go-lucky.

Beralih pula ke 'assistant' kami,
Sekali pandang handsome sekali,
Setiap kali rehat bertugas di koperasi,
Siapa tak kenal dengan Luqman Hakim ni?

Ceti haram di kelas kami,
Menagih ke sana, menagih ke sini,
Mengutip cukai pada yang lari,
Itulah Zainab dan Afiqah kami.

Seorang Melayu, seorang India,
Duduk di belakang nun jauh di sana,
Nak balik awal merekalah orangnya,
Siapa lagi kalau bukan Theeba dan Darisa.

Riuh kelas perkara biasa,
Apa nak dihairankan itulah mereka,
Fakhrul dan Zulkornain sehati sejiwa,
Tukang gelak merekalah orangnya,

Ada sepasang kawan kita ini,
Kerjanya mengusik dan sengih tak henti,
Husna dan Annisa nama diberi,
Kadang kala tak sedar-sedar diri.

Orangnya chubby comel sekali,
Gelaran Dato’ dia reka sendiri,
Kalau bosan termimpi-mimpi,
Inilah dia Khai Lee kami.

Lesen kereta telah diperolehi,
Sekali senyum tersenyum sekali
Bila gelak ha ha ha hi hi hi,
Nama Fathiha empunya diri.

Buku nota tebalnya tak terkira,
Menyanyi bersama tak kira masa,
Hobi kedua suka berjenaka,
Siapa lagi kalau bukan Izzah dan Shamira.

AKAUN & ADDMATH subjek dia,
Bersedia berkhidmat tak kira masa,
Jaga P.A System tugasan dia,
Siapa lagi kalau bukan Afiq ya.

Tugas pengawas di galas budak ni,
“Mak guard tandas” gelaran diberi,
Kaki rayau dan bercerita itu hobi,
Itulah dia Syakila dan Mimie.

Seorang manis, seorang lawa,
Belakang kelas tempat mereka,
Gosip-menggosip hobi mereka
Ini dia Aisyah dan Fatini kita.

Badannya kurus macam lidi,
Sekali pandang macam penjenayah feloni,
Rupa-rupanya dia sporting sekali,
Ini dia encik Firdaus kami.

Tiba pula kisah pelajar ni,
Pelajar bijak dalam kelas kami,
'GILA BM' gelaran diberi,
Alia Syazana yang kami sayangi.

Apabila tersenyum manis sekali,
Putih melepak dan baik hati,
Masa belajar serius sekali,
Itulah dia Ain dan Farahani.

Nak kata jelita bolehlah tahan,
Itulah Yasmin empunya gerangan,
Masa belajar banyak soalan,
Sekali bergaya wow macam puteri khayalan.

Loyar buruk itu sikapnya,
Sampai kelas jadi huru-hara,
Namun kekadang 'melebih' pula,
Dengan lawak Izzudin kita.

Budak pendiam dalam kelas kami,
Tempatnya pula di tepi sekali,
Pandai melukis kelebihan dia ini,
Muhammad Syafiq empunya diri.

Seterusnya cerita dua member ni,
Sembang selalu sampai lupa diri,
Tiba waktu rehat mereka teruja sekali,
Shakira dan Nazirah nama bebudak ni.

Pelat R masalah mereka,
Berlagak taiko tak kira masa
Azhan dan Azhar empunya nama,
Macam belangkas versi manusia.

Adam Syazwan pendiam orangnya,
Memang susah nak dengar suara,
Bila dipanggil senyum sahaja,
Tapi ber’rider’ tak ingat dunia.

Ini dia mamat skateboard kami,
Sekali pandang tertawan hati,
Gila anime masalah dia ini,
Khairi Alwee nama diberi.

Tamatlah sudah seloka kami,
10 jari disusun mohon dimaafi,
Terkasar bahasa harap dimaafi,
Doakan kami berjaya dalam SPM ini.

 Heee....  entah apa-apa. tapi boleh la.. Doakan kami sekelas dapat keputusan yang best-best ya? :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan