Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :) Trimaz singgah blog Iz ^^ Tinggalkan jejak yaw! ;D

Telekung Arafah

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)

Sejak Iz menganggur ni, Iz baru teringat yang Iz nak beli telekung baru. Yelah, hari tu abah beli telekung Bandung tak kena dengan tekak. Fesyen telekung bahagian kepala amat luar biasa dengan rakyat Malaysia ni. Ceh.. Alhamdulillah, makcik Iz jadi stokis telekung. Rasa nak melompat. Telekung Arafah namanya. Apa yang best pasal telekung ni? 

Sat na, kasi cuci mata dulu. Jeng jeng jeng..


















♡ MATERIAL COTTON VISCOSE.♡ 

Lembut, jatuh dan tidak mengikut bentuk badan. Tidak perlu risau walaupun solat di tempat terbuka kerana aurat 'luar' terpelihara. 


♡ JAHITAN MUKA KEMAS DAN TERLETAK.♡
Lilitan getah grip yang 'strechable' sesuai untuk semua saiz muka sama ada bujur atau bulat. Tak perlu pakai anak tudung untuk pastikan anak rambut tidak terkeluar dari celah2 kain. 


♡ LABUH DAN FREE SIZE.♡ 

Ukuran labuh telekung melepasi lutut, manakala labuh kain lebih 1 kaki di atas lantai. Tak perlu risau aurat terdedah bagi mereka yang bersaiz besar, dapat solat dengan lebih selesa dan khusyuk. 


♡ TEBAL.♡
Walaupun menggunakan satu lapisan kain sahaja di bahagin kepala, rambut dijamin tidak mencucuk keluar daripada lubang kain kerana fabriknya yang tebal. 


♡ BUATAN BUMIPUTRA.♡
Telekung ni adalah hasil rekaan dan ilham anak tempatan dengan dijahit oleh tukang jahit yang mahir juga anak tempatan. 


♡ DAGU LEBAR.♡
Bahagian dagu yang lebar menutupi keseluruhan dagu menepati syarat telekung yang sebenar. Bentuk muka nampak lebihh kemas dan aurat di bawah dagu tertutup rapat. 


♡ MUDAH CUCI.♡ 

Dengan hanya basuhan tangan, kotoran mudah hilang, malah cepat kering bila dijemur di bawah cahaya matahari. 


♡ 20 COLOR MENAWAN.♡
Banyak pilihan untuk bertukar2 citarasa...untuk pelbagaikan koleksi telekung untuk digunakan di rumah, pejabat atau ketika bermusafir mahupun sebagai hadiah atau hantaran. 


Yang pasal 20 warna tu Iz tak pasti. Yang ada 17. Hahaha. Berminat nak beli? Boleh komen di bawah ini. Harga? RM95 termasuk postage. Mari mari saya jual :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan