Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :) Trimaz singgah blog Iz ^^ Tinggalkan jejak yaw! ;D

Last paper, done!

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)

Yeah. Alhamdulillah. tamat sudah sem 1 untuk degree tahun ni. Last payper diraikan dengan pergi ke Jalan Reko, Kajang dan layan Boruto the Movie *baru nak tengok*. Haha. Sakan hoish. Padahal baru tahun 1 T^T


Gambar tak senereh. Haha. Macam biasalah, pergi jawab exam pakai baju kurung. Tapi ramai je tibai pakai blaus t-shirt bagai. So far exam kali ni hmm.. ada 2-3 subjek Iz target lulus. tapi sebenarnya semua subjek target lulus. Hahaha. Tak target dekan. Kenapa tak target dekan? Kan senang. Err. Iz spesies makhluk Allah yang tak suka taruh harapan tinggi walaupun ramai yang suruh target tinggi. Iz target lulus bukan bermaksud Iz belajar sambil lewa. *sambil lewa atau sambalawa?* Iz cuba uji diri Iz nak tengok sejauh mana Iz faham belajar subjek berkenaan. 

Ada manusia yang target dekan. Tapi dapat 3.92. Frust. Stress nak belajar. Ada manusia yang target dekan. Tapi dapat 3.0+. Bersyukur. Iz golongan yang tiada di atas. Hahaha. Iz yang target 2.0 ke atas. dapat result cantik, syukur alhamdulillah. Hahaha. Tapi, bila kawan Iz tanya "Berapa kau target sem ni?" Iz jawab "Lulus pun cukup." Mulut dia senget-senget pandang Iz. Hehehe.

"Kau gila ke? Degree kot! Susah nak graduate nanti. PTPTN lagi! Lulus je? Serius la?" 

"Aku amalkan "lulus pun cukup" sejak zaman sekolah lagi. Hahaha" 

"Tapi, kenapa? "

"Tak suka berharap. Sakit bila jatuh. Risiko tinggi. Aku kenal diri aku. Kemampuan aku. Aku dengan kau, walaupun sama kuliah, tapi otak lain. Sebab tu aku tak belajar. Dah pandai. Exam semua AAAA. Nampak tak ujub, riak dan takbur tu? Hahaha"

"Pale otak dia." kawan Iz cubit Iz T^T

"Ok, sebenarnya, aku dulu ada baca mana entah kisah seorang student ni, SPM kot. Dia struggle nak mati. Dia satu-satunya harapan sekolah, keluarga, mak ayah dia. Malam sebelum SPM tu dia bunuh diri. Dia stress sangat."

"Pergh. Kat luar negara pun ramai bunuh diri bila nak exam"

"Tapi dia bukan bunuh diri. Dia dibunuh oleh harapan semua orang sekeliling dia. Dia tak tahu macam mana nak manipulasi harapan tu kepada kekuatan dia untuk belajar. Ada orang boleh jadikan dorongan daripada semua orang tu sebagai kekuatan dan sebaliknya. Aku takut jadi yang sebaliknya. Tapi setakat ni tak ada lah akal nak bunuh diri. Gila ke apa? Dosa besar!"

"Kalau macam tu, aku pun nak target lulus!"

"Kau dah kenapa?"

"Takut dibunuh"

"Pale otak dia"

Macam biasa, ada tokok tambah sikit dalam "karangan" kat atas ni. Tapi ada yang betul. Ini berdasarkan pengalaman dan fahaman Iz. Kalau ada pandangan yang berbeza, boleh kongsi :D