Hari ini Iz ada dua jemputan open house. Ceh.. raya nak habis dah noh! Raya rumah Atiqah dan Aiman Syafiq (Ash). Best gilalah! aku ada, kau ada? hehehe..
Di rumah Atiqah,
Sebelum sampai di rumah Atiqah, Iz dengan Nisa dan Pqah carilah rumah Atiqah.Puas ketuk pintu tapi tak buka. Iz cakaplah "Kalau open house mesti pintu open, ni tak close house." XD Dan kami berpakat untuk terus ke rumah Ash. Dalam perjalanan nak pergi ke perhenti-hentian bas #ada ke ayat tu?#, kami semua bertembung dengan Atiqah. Dan begitulah sesi cari rumah.
Masa dalam rumah Atiqah, Faiz dengan Afdzal dan adik Faiz ada dalam. Menurut cerita Atiqah dia orang kena tahan hampir sejam! Kasihan. hahahah. Ni best. Iz cabar Nisa dan Pqah makan guna penyepit. Ya Allah, kelakarnya! XD Dam setengah jam kami pun beredar. Dan begitulah penghabisannya.
Di rumah Ash,
Iz jadi penunjuk arah ke rumah Ash,pergh hampir sesat kot! XD taoi nasib baik jumpa. yeah! :D
Kita orang makan makanan. Hehehe. Ada sejenis makanan ni. Unik strukturnya. Ada tiga warna empat lapis. Adakah pai? Kek? Mari cuba. Lah.. roti rupanya. XD
Eh, sebelum tu Iz jumpa seseorang yang diduga. Nak tahu siapa? Imran. Kawan lama Iz masa sekolah rendah dari darjah satu lagi. Jumpa-jumpa je "Eh, kau Husna kan?" dengan nada yang teramat ceria atau lebih tepat macam tak pernah jumpa orang! Hahaha.
Oklah Iz post gambar yang best-best ya! sila tengok, jangan malu-malu buat macam rumah sendiri hehehe.
Memang bestlah tapi Zack tak ada. Kurang riuhnya. Imran ada sebagai pengganti! Muahahaha.. harap-harap tahun depan boleh buat lagi. Yosh!