Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang ;D

Bahagian 1: Pengalaman mengerjakan umrah pada musim sejuk

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang ♥

Alhamdulillah. Iz, mak, adik dan Acik dijemput untuk mengerjakan umrah pada tahun ini sebelum bermulanya bulan puasa. Saat ini, Iz baru pulang dari Mekah lebih kurang dua hari yang lepas. Sebelum memori Iz menghilang (Ya, Iz ada masalah penyimpanan memori. Pantas lupa), lebih baik Iz abadikan kenangan itu ini di sini.

Makanya, mak dan ayah sudah merisik sebuah agensi pelancongan yang menyediakan pakej umrah sekitar kawasan rumah. Iz tak nak taip nama agensi tu. Cawangan sekitar rumah Iz, pekerjanya bagus. Ya ke? Yang membuatkan hati Iz bengkak ... nanti Iz ceritakan. Haha!

Jadi sebelum itu, Iz akan kongsikan pengalaman pertama daripada seketul manusia yang tidak percaya bakal mengerjakan umrah buat pertama kalinya.

Sebelum nak daftar mana-mana pakej umrah, usyar dulu harga pakej. Masa mak Iz tanya pakej dekat salah satu agensi ni, harga pakej keras mat. Seorang 10k. Masa ni, kawan Iz kongsikan pengalaman dia ambil pakej yang lebih murah dengan harga 7k seorang. Tak silap Iz, awal tahun 2023 begitu. Jauh sangat bezanya. Dua-dua pakej ni untuk bilik berempat. Jadi, Iz sarankan dekat mak Iz untuk tunggu sekejap.

Sebulan dua kemudian, 

Sebuah agensi pelancongan menjadi sasaran mak Iz. Kursus umrah buat setiap bulan berdekatan dengan kawasan rumah Iz. Seronoklah mak. Boleh pergi kursus tiap-tiap bulan walaupun kandungannya lebih kurang. Haha!

Apa perlu ada sebelum daftar pakej umrah?

Yang pertama, passport. Tak ada passport, sedikit sebanyak sedikit sukar untuk daftar pakej umrah. Duit? Belakang cerita. Haha!

Untuk buat passport, kalian perlukan tiga macam.

1. Salinan kad pengenalan
2. Kad debit
3. Pen (untuk isi borang)

Iz buat passport di Jabatan Imigresen Malaysia cawangan Kuala Kubu Bharu secara 'walk-in'. Tak berani ambil risiko daftar secara dalam talian. Lagi-lagi, bukan Iz seorang saja perlu buat passport, adik dan ayah Iz pun sama. 

Sampai pukul 10.30 pagi di JIM Kuala Kubu Bharu. Nombor untuk sesi pagi dah habis. Syukur ada nombor untuk sesi petang. Kiranya Iz manusia 15 terakhir sebelum nombor hari ini habis. Fuh!

Suasana di JIM KKB
Suasana di JIM KKB. Meriah macam hari raya.

Tatacara pakaian itu ini, kalian boleh cari di mana-mana untuk rujukan. Yang pasti, kaca mata tak boleh pakai masa tangkap gambar. Tudung warna gelap. Jangan menggatal tudung putih. Kalau lelaki perlu pakai baju berkolar.

Sebelum tangkap gambar, borang yang gad beri masa ambil nombor giliran, kalian perlu isikan. Butiran peribadi dan juga ketinggian. Masa nombor dah dipanggil, serah borang dan salinan kad pengenalan. Tempoh tangkap gambar tu kurang tiga minit saja. Cap jari dan itu ini. Kalau lama semacam tu, selalu dekat proses tangkap gambar terganggu. Macam hari tu, ayah Iz lama juga sebab teleng kepala tu tak cukup darjah ketelengannya. Akak pegawai panggil Iz minta tolong betulkan kepala ayah Iz. Inikah dinamakan 'kepala bapak aku?' Haha!

Gambar dalam passport memang sukar nak mengaku itulah gambar kita. Haha! Dahi luas seluas alam. Ekor mata mesti nampak. Kiranya, tudung habis ke belakang. Dan yang paling penting, tak boleh senyum.

Kenapa tak boleh senyum? Tak cantiklah gambar begini. Yihh.

Bila kita senyum, kamera sukar nak buat pengecaman wajah bila 'check-in' di lapangan terbang nanti. Jarak antara bibir atas dan hidung boleh menggagalkan analisis. Mahu tak mahu, jangan senyum. Buat muka garang nak telan orang sebab bising atau muka tahan marah sebab lapar. Wah tiber.

JIM terima pembayaran menggunakan kad bank sahaja. Kalau bawa tunai, mereka tak terima. Seingat Iz, RM200 untuk passport baru. Dah selesai pembayaran, kena tunggu dalam sejam untuk proses passport dicetak. Waktu untuk ambil passport mereka akan tulis di resit.

Tibalah waktu kutip passport, hati Iz berdebar-debar. Tak. Tipu saja. Buat apa nak berdebar? Haha. Masa ambil passport, serahkan bukti pembayaran dan imbas jari kita. Jangan kau gatal suruh orang lain imbaskan cap jari. Tak boleh. Kena pemilik passport sahaja. 

Dapat saja passport, terketar-ketar tangan. Inilah kut,

Buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh

Inilah buku merahnya! Inilah!

Alhamdulillah. Selesai buat passport untuk hari ini. Syukur Allah mudahkan urusan.

Seterusnya?

Daftar pakej umrah dekat agensi pelancongan pilihan. Kalian bayangkanlah, baru siap passport, mak Iz ajak daftar petang tu juga. Semangat sangat ni. Iz dan adik minta mak bersabar. Dalam minggu itu juga daftar pakej umrah.

Pemilihan tarikh sangat penting. Kalau kami berempat pergi umrah, abang Iz pula masih belajar, siapa nak hantar? Naya naya. Akhirnya, penghujung bulan Januari menjadi pilihan. Minta pula naik kapal terbang MAS dan turun di Mekah dulu untuk empat orang.

Masa daftar, ikut agensi juga apa dokumen yang mereka perlukan. Macam agensi ... jap. Bagi Iz reka nama. Tak nak guna nama sebenar. Haha!

Iz namanya, Agensi Polka. Ya. Agensi Polka. Masa daftar, mereka mahu nama, nombor telefon, alamat rumah, salinan passport. Duit? Tak nak ke? Mestilah mereka nak. Kita bayar deposit dulu. Ikut berapa jumlah deposit seorang. Darab empat. Boleh beli telefon pintar dua biji. Haha!

Alhamdulillah, proses daftar umrah selesai. Setiap seorang dapat buku panduan haji dan umrah. Tinggal baki bayaran dan gambar passport berlatar belakang warna putih sahaja. Maka, bermulakan kursus umrah pertama pada bulan September 2023.

Kalian bayangkanlah, Iz pergi kursus tak buat sebarang ulang kaji apa-apa. Memang kosong sungguh. Apa itu umrah? Kenapa orang nak sangat pergi Madinah? Kenapa orang teruja tangkap gambar dekat tangga bergerak di Mekah? 

Jujur, rasa kosong dan tertanya-tanya.

Bila kursus umrah pertama, ustaz (rasanya beliau lebih layak dipanggil ustaz daripada mutawif. Ilmunya cenggini *ibu jari ditegakkan) terangkan umrah ini satu ibadah.

"Antara pergi Mekah dengan Bali, baik pergi Mekah. Ingat tuan-tuan, ibadah bukan tempat pelancongan."

Masa ni, Iz mula rasa sesuatu. Namun, masih belum kuat rasa sesuatu tu. Mungkin, waktu penerbangan masih lambat. Iz berangkat pada 29 Januari 2024. Kursus bulan September 2023. Kurang geliga otak Iz. Haha.

Iz telefon kawan Iz tanya pengalaman umrah pertama dia. Dia pun risau bila Iz tak banyak tanya. Iz tak nampak gambaran umrah tu macam mana. Kabur dia tu, gelap. Eh, ada ke kabur gelap? Kira gelap sokmolah. Dia macam, apa ni? 

Tuhan, tolong Iz. Iz macam sesat je ni. Ahhhh!

Tengok TikTok, sentiasa fyp video tentang umrah. Iz mula belajar sikit-sikit. Amalan sunat yang dicadangkan buat sebelum mengerjakan umrah. Iz tak ikut satu. Haha. Lebih baik Iz selesaikan puasa ganti tahun lepas dan qada solat mana yang tercicir tanpa sedar. Oh ya, tak lupa juga langsaikan hutang-piutang.

Iz kan terbit buku Lembaran Skrip Mitos dengan tiga rakan penulis. Iz berusaha habiskan baki stok dengan beri percuma dekat perpustakaan desa, perpustakaan sekolah rendah dan menengah. Ada juga jual dengan harga penghabisan stok. Takut mati dekat Tanah Haram dengan hutang yang belum langsai. Ghisau.

Bulan November, staf Agensi Polka hantar satu berita kepada Iz. Dia kata, pihak ibu pejabat tak ada tarikh untuk ke Mekah dengan menaiki MAS. Bila Iz beritahu keluarga, mak Iz sedih. Nak kerjakan umrah dulu dan naik MAS. Iz tanya balik staf tu ada tak tarikh lain ke Mekah dengan menaiki MAS. Sekali dia kona suruh transit dekat Istanbul la. Apa ini miska?

Ayah Iz pujuk mak Iz untuk terima hakikat. Mungkin Allah sedang aturkan sesuatu di Madinah. Siapa tahu? Mak Iz pun perlahan-lahan telan hakikat.

Jadi, kalau tak naik MAS? Naik apa? Ya tepat sekali. Air Asia. Kata staf, Air Asia X. Lebih besar daripada Air Asia biasa. Memanglah besar sikit. Penerbangan antarabangsa. Dah kenapa nak bagi kapal penerbangan domestik. Isy. Tak jumpa kelakarnya.

Bulan berganti bulan, kawan mak Iz ajak pergi kursus umrah di Masjid Saidina Ali anjuran agensi tak ingat. Haha. Jujur cakap, kursus yang ni belum jumpa umrahnya. Dia asyik cerita pasal perkara fardhu. Kawan mak Iz kata mereka bagus menjaga jemaah ketika umrah. 

Mutawif pun cerita ada satu insiden ketika mereka memberikan kad bilik kepada jemaah. Ada sepasang jemaah ni dapat bilik mewah. Selak langsir terus nampak Kaabah. Rupa-rupanya, pihak pengurusan hotel tersalah beri kad bilik. Jemaah pula tak nak keluar dari bilik tu. Puas pihak agensi ni pujuk tapi jemaah tu degil nak mati. Elok disiram dengan air zam-zam yang panas. Akhirnya, pihak agensi terpaksa bayar kepada pihak hotel lebih kurang 2000 riyal. Riyal nak, riyal. RM2500 lebih.

Suara mutawif ni nyaring. Termenung Iz mendengarnya.

Sedikit demi sedikit, Iz mula nampak perjalanan umrah. Sungguh, video di TikTok, daripada 10, hanya lima saja yang membantu. Haha! 

Awal Disember. Persiapan awal umrah untuk dokumen di Malaysia sudah selesai. Passport dan bayaran penuh pakej umrah. Tinggal kaitan di luar negara dan barang keperluan. Untuk bahagian 2, mungkin lagi panjang daripada bahagian 1. 

p/s: Iz akan ceritakan secara terperinci. Insya-Allah selagi mana ingat. Tak ingat, Iz minta maaf. Memori sudah luput. Tsk.

Bahagian 2: Pengalaman mengerjakan umrah pada musim sejuk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan