Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang ;D

Kejohanan Merentas Desa 2014 kali ke-10!

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)


Sejak minggu lepas ada latihan merentas desa. Iz lari dengan Syakila. Tapi banyak jalan-jalan-jalan. Hehehe. Hari ini. bersamaan 24.1.2014, sekolah Iz buat kejohanan. Pagi tu Iz bangun pukul 7 pagi. Menggila.. Lambat woiii!! Gila punya kerja ni!! pi sekolah pukul 7.15 pagi. Ambik kau. Masak! xD #pengajaran : setkan alarm supaya dapat bangun sesudah subuh.

Dah sampai sekolah tu duduk barisan. pot pet pot pet. Turun padang. pakai nombor.. siap. Masa warm-up, lawak k, cikgu buat yang minor je yang major tak. patutlah ramai peserta mengalami kekejangan otot. kasihan mereka. Saya simpati. xD 

Yang bestnya, masa dekat garisan permulaan a.k.a dekat pagar sekolah, Darisa bagi gula-gula! yeay! xD Iz koba an dekat Darisa nanti lari solo. Prrriiittttt!!!! bunyi hon yang botol tu cikgu tokan. pokak telingo den. pe nghomannya. Iz jalan je. Darisa ikut je. Sekali ambik kau. Last! xD Darisa risau. Sorry Darisa. Den sajo jo buang tebiak ni, konangan~ xD Cikgu Rafidah pun pandang Iz pelik semacam. Hihihi. 

Iz target 30 minit tamat ar. Iz slow jog tinggalkan Darisa tanpa mengucapkan selamat jalan. Oh, sadis. slow jog punya slow jog sampai dekat selekoh, Alif pandang Iz pelik semacam. Eleh. Lari punya lari jumpa Azmiera, ingat nak tegur tapi malas nak bersuara. Sampai tanah merah baru tegur. Ayoyoyo.. xD Masa Iz lari ikut denai yang merah tu, ada someone tegur Iz..

junior : hai akak.
Iz : er? hai. *buat muka pelik
junior : *cakap2 dengan kawan dia sambil tunjuk Iz.
Iz : apakah? 

Hehehe. Nampak na Iz ni janggal gila dengan orang tak kenal. Maaf. Peace ^^V. Oh ya, Iz pakai nombor R 914. Iz tamatkan larian dan akhirnya dapat nombor 41!!!! ;D Dari yang terakhir ke 41. Hang caya dok? ;D yosh! Nisa dapat nombor 28. Darisa dapat nombor 98. xD Penat na lari, Iz dengan Niesa Saad baring. xD Inikah perempuan? Ya Allah.. tak malunya.. Mana taknya, baring ada pandang, ramai lelaki. xD Nisa pun tegur. Eleh.. jealous ar tu xD

Nisa nak air. Botol air dalam kelas. Kelas berkunci. Nasib baik sebelum keluar Iz renggangkan sedikit ruang antara daun tingkap tu, leh panjat terus terjah. Hohoho. Nisa pun pelik. Sekali Iz yang kena panjat. Nasib badan kecik. Senang je panjat. Nisa badan dia panjang, 'tinggi', konfem payah masuk. xD Sekali panjat hambik kau! Kena rangka tingkap dekat betis. erm.. dekat tulang kering ke keting orang panggil. Nasib baik sikit je kena. Huhuhu

Turun kantin. Lepak sat. Cari adik Iz. Tunggu jelah. Dia tu budak-budak last habis. Hahaha. Tiba-tiba..

Irfan : Tepi!! Tepi!! *sambil dukung Idin
Azizan : Sana.. Tepilah!! *sambil alihkan beg-beg budak lelaki dan budak lelaki

Irfan setia mendukung Idin yang mengalami kekejangan otot yang kronik. Azizan dengan tangkasnya mengangkay bangku kantin yang berat serorang diri. Sedangkan bangku tu memerlukan dua hingga ke tiga orang untuk mengangkatnya. Kekuatan yang jarang-jarang boleh kita lihat di hadapan mata. Azizan terus meletakkan bangku di tengah laluan pelajar. Irfan segera meletakkan Idin di atas bangku. Ramai junior menggerumini Idin. Feymes dia sehari. xD Tapi terbit rasa kasihan terhadap classmate Iz.

Sambung balik cerita Iz. Adik Iz jumpa Iz. Bagi air. Dia ambik air Iz. Iz ambik air dia. xD Nisa geleng je tengok telatak kami. Hehehe. Dah tiba waktu untuk menunggu untuk mengetuahui keputusan kejohanan merentas desa. Rumah sukan Iz dapat no. 2!! yeay!!

hahaha. tu sahaja. Assalamualaikum.