Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang ;D

Saya Mahu Hadiah Raya! oleh PTS

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)

Alhamdulillah. Peraduan Saya Mahu Hadiah Raya oleh PTS entah bila nak umumkan pemenang walaupun Iz tak harap menang *menipu je ni hehehe* tapi syukur Iz antara 200 peserta terawal yang sertai peraduan ni.

Macam mana Iz boleh sertai peraduan ni? Al-kisah... Iz scroll facebook macam biasa. Tiba-tiba Reja Mus *kartunis Komik-M* share banner pasal peraduan ni. Tulis reviu buku PTS. Reviu yang terpilih boleh menang duit raya RM100. 200 penyertaan terawal dapat hadiah. Hurm.. memandangkan masa tu Iz frust tak menang GA mana-mana, Iz sertailah.

Tapi banyak budak sekolah yang join. Rasa macam aduhhh.. Tengok syaratnya "tiada had umur" Ok. Cun. Iz masuk. Hahaha.

*comelnya saya. ihiks. jangan muntah :P

Sanggup selongkar balik kotak yang Iz simpan novel-novel yang beli masa zaman sekolah tapi tak baca-baca lagi semata-mata nak cari Komik-M : Misi 4 Flat. Buat karangan reviu tu. Iz baca sendiri Iz gelak. Hehehe

                                       >>>>> Reviu oleh Iz , Komik-M : Misi 4 Flat <<<<<<<<

Iz tak sangka Iz jadi peserta terawal yang sertai bila godek-godek messenger, ada urus setia hantar mesej. Alhamdulillah. Rezeki. Terus bagi detail dekat akak cantik tu. Bagi hari tu, esoknya dapat. Wow. Laju gila. Macam hari pos, semalam dah dapat. Hehehe. Gambar pembalut hadiah tu tak sempat nak snap sebab mak yang teruja Iz dapat hadiah. Mak yang buka hadiah tu. Hehehe

*muka tak boleh blah xD
Buku nota lah! Ya Allah. Iz suka buku nota. Boleh melukis. Hohoho. Tapi... Kulit buku ni kosong. Iz yang acah kreatif pun mulalah design kulit buku ni. Tapi..


Apa yang Iz sedang lakukan pun Iz tak tahu. Buat tanpa perancangan. Tapi Iz teruskan je. Hehehehe. Dan...


Hasilnya. Simple. Rumit. dan pelik. Ni pun belum siap lagi. Nak shading-shading kasi umpp. Heeee..

Dulu pun Iz ada masuk peraduan Saya Mahu Hadiah! yang kena kumpul bucu penanda kulit novel tu. Iz hantar 2 kali. Dan 2 kali itulah dapat hadiah. Hadiahnya Iz dah tak ingat tapi buku lah. Dan dapat surat daripada PTS beserta buku nota + sampul comel gila + bagde button secara tiba-tiba. Rasa macam peminat rahsia yang hantar. Hahaha.

Walaupun Iz ni macam tak sesuai dengan novel PTS yang range budak sekolah, Iz bertukar arah ke Komik-M. Masih lagi dengan PTS. PTS tak menghampakan Iz. I love PTS! :)

Hikayat bersama Aina

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)

Hikayat sangat. Hahaha. Ok. Post kali ini adalah permintaan daripada kawan Iz masa dekat matrik dulu. Post ini diminta oleh Cik Aina, sebab caption dekat instagram pendek sangat. Maka post ini khas untuk cik kak kita. Tapi post ni Iz terpaksa guna "aku" sebab nak acah-acah bercakap dengan dia. Maaf yang rasa aneh >,< . Yelah, dekat blog Iz serlahkan ke-nerd-an Iz. Hahaha. Iz tak ceritakan berdasar gambar, gambar ni iklan je. Mungkin post ni macam diari. Ceh.


Nama dia Nur Aina Akmal binti Mohd Shafie. Dia ni kampung asalnya di Terengganu. Orang ganu. Maka, dia inilah orang ganu pertama yang aku kenal. Dan apa yang dia cakap dengan aku, loghat ganu dia memang tak dapat dipisahkan. Aku sejujurnya.. aku.. er... first time dengar loghat ganu depan-depan. Tiap kali dia cakap, Mar tolong translatekan. teruknya aku ni. hihihi.

Yang lagi dahsyat classmate aku ramai orang ganu. Dahsyat gila. Berpuak hoi. Hahaha. Tapi lama-lama sebulat juga. *mengambil masa yang lama* Macam mana kita orang boleh TERkawan? Kisahnya masa zaman orientasi. Sebelah aku dia, dia keluarkan buku nota yang sama design dengan aku. Tapi aku punya ada lip lap lip lap. Hohoho. Maka dari situlah kami berkawan. Hebat gila rasanya.

Bismillah..


Sejak pertama kali kita bersua, aku rasa kau ni macam kawan sekolah aku. Kenapa? Perangai nak sama. Cepat panik. Hahaha. Tapi so far ok lagi. Kau la orang ganu pertama yang aku kenal depan-depan. Aku tak pernah lagi ada kawan ganu ni. Dan dan kelas kita ramai orang ganu. Masak. Tapi aku saja bagi permulaan macam budak-budak. Sebab aku nak taip kisah kita berdua apa yang aku ingat, apa aku rasa dan aku komen. Kau baca elok-elok.


Ingat tak masa minggu orientasi? Kau mesti berkepit dengan aku sebab kau tak ngam lagi dengan classmate yang lain. Kau, aku, jag & nabila. Kau takut orang tak boleh terima kau sebagai kawan. Tapi aku gunakan ke-ramah-an aku ni untuk tarik kau bergaul dengan dia orang. *poyo la ayat >,<* Dan akhirnya kau boleh terima, cuma Jag dengan Kos je kau tak boleh lagi sebab kau tak pernah lagi berkawan dengan bangsa lain. Aku ni dengan bangsa India ni dah masak dah, sebab tu aku tak rapat sangat dengan dia orang, dari segi percakapan pun aku dah dapat tangkap. Kau takut. Lagi takut kawan dengan lelaki India. Sebenarnya aku tak faham sampai sekarang, kenapa kelas kita paling ramai india? 8 orang hoi. Lelaki melayu ilek. Aku bukan rasis. Cuma. Aku dah nampak dah dari mata kasar aku ni macam mana *maklumlah membesar dengan bangsa ni*.


Ingat tak masa presentation ekonomi? Kita jadi partner. First time kau present, kau dah cakap kau gemuruh. Sejuk tangan kau. Tiap kali present, aku yang mulakan dulu. Sampai kau tutup muka dengan buku sebab Miss Lee asyik tegur suara kau slow & kau tak fokus masa present. Ada satu hari tu, kalau masuk kelas lambat gila, dah la turn grup kita kena present, kertas mahjong dekat kau, aku present sorang-sorang dekat depan dengan buku dan marker. Duk terangkan pasal soalan apa entah macam orang gila. Hahaha. Dah habis present kau baru masuk kelas. Aduhai. Hahahaha.


Ingat tak masa waktu makan dekat kafe? Kau mesti ambil ayam masak pe ntah tu. Tapi yang tak boleh blah masa makan malam. Kau wajib order nasi goreng daging merah. Setia sangat dengan daging merah tu. Sehari tak ngap macam hantu dah. Dah nama nasi goreng mesti ada cili. Tiap kali jumpa cili, mesti kau cakap dekat aku, " Iz, banyaknya cibai". Aku.. aku.. dan orang sekeliling.. dan burung-burung terbang berkicauan.. ibarat masa terhenti seketika. Macam semua orang pandang dekat meja kita. Jam terus berdetak. Dan aku bersuara, "Na, bukan cibai. Cibai tu mencarut. Cabai na, Cabai" Dan keadaan kembali normal. Di sini, aku nak nasihatkan dekat kau, dah masuk U nanti jangan buat lagi walaupun kebarangkalian untuk berlaku ada 60%, aku titikkan amanah ni dekat kau. Berat nanang ni. Hehehe


Ingat tak masa outing? Masa tengok wayang cerita Polis Evo. Kau duduk sebelah aku. Bahagian tembak-tembak bagai mesti tangan aku, kau pukul. T_T Apa salah aku? Sakit woi! Hahaha. Tapi tangan aku gagah, maka aku biarkan. Lalala. Pergi POPULAR, kau nampak satu novel yang kau nak sangat beli. Aku tiba-tiba jadi menteri kewangan kau. Duk cerita pasal ekonomi kewangan kau. Siap bagi ceramah, kau nampak benda cute-cute rasa nak beli, aku cakap bazir je last-last berhabuk pastu buang. Kau sentap. Tapi aku terpaksa sebab kau sendiri yang suruh. Peace.


Ingat tak masa kita derma darah sama-sama. Hahahaha. Saat tu paling tak boleh blah. Kau takut kena cucuk jarum. Aku pula lagak kuat. Bila time nak cari seat, kau ambil belah kiri sebab nak korbankan tangan kiri. Eh, aku? Kau suruh aku duduk sebelah kau. Hahaha. Bila proses darah didermakan, kau genggam tangan aku macam kau nak bersalin kembar 6. Hehehe. Yang tak boleh blah masa dah habis derma. Kena rehat dulu. Aku tiba-tiba rasa macam berkhayal. Rasa nak pitam. Cepat-cepat kau bawa aku pergi ke ruang santai perempuan. Aku ingat dalam 10 minit boleh dah jalan. Aku gagahkan diri sebab kau tak solat lagi. Bila dekat rak beg, aku rebah tiba-tiba. Melutut bhai. Kau gelabah. Hahaha.

Aku rasa sakit tu sama macam masa aku kena x-ray gigi hari tu. Ke aku ada alahan? Ek? Kau papah aku balik asrama. Tengah jalan pula aku termuntah. Aduhai. Apasal la aku ni. Sampai pak guard yang lalu tegur aku kenapa. Allah. teruknya aku ni. Suka buat orang risau. Bila sampai blok aku, kau biarkan aku jalan sampai ke bilik. Aku sampai je terus rebah tak ingat apa. Hahaha. Pastu malam tu kau wasap aku cerita dekat aku yang kau kena macam apa yang aku kena. Masa kau nak ambil wudhuk, kau ting-tong macam aku. Menjerit kau panggil "Shobana!!" sambil tersimpuh depan bilik. Hahahha. Pengalaman beb. Best.


Ingat tak masa prank birthday Balqis? Ok. Yang serius paling hawau. Grup kita punyalah plan cantik-cantik nak kenakan Balqis. Kau siap remove Balqis daripada grup. Plan baik punya. Tugas kau bawa Balqis pergi belakang blok. Aku dengan yang lain dah ambil posisi. Aku macam biasa, tugas aku rakam situasi macam prank Nabila hari tu. Semua dah ambil tempat. Tapi.......... tapi............
semunya berubah! Kau pergi bagitahu Balqis yang kita semua nak kenakan dia. Aduuuu. "Sorry la, aku tak tau nak menipu! Aku bagi tau Aqis yang kita nak buat prank!" Aku dengar rasa pergh.... Semua geram dengan kau. Hahahha. Birthday Balqis tapi kau yang teruk kena tepung. Hahahha. Sedih-sedih.


Sebenarnya banyak peristiwa suka duka aku nak taip yang berkaitan dengan kau. Tapi aku ni memori tak kuat sangat. Aku bersyukur sangat dapat berkawan dengan kau. Walaupun kita berlainan loghat. Kau pure-ganu. Aku ni fake-nogoghi. Kita berkawan. Banyak benda kau mengadu dekat aku. Kau pernah cakap kau nak jadi se-heartless macam aku. Aku yang jenis tak terasa hati. Jenis yang lasak. Jenis yang boleh pertahankan diri. Kau silap. Aku kalau boleh nak jadi macam kau. Jenis yang rendah hati. Rendah diri. Kata-kata tak melukakan hati siapa-siapa.


Terima kasih sebab sudi belikan kuih semang untuk aku. Terima kasih sebab bagi keychain penyu dekat aku. Terima kasih bagi masa dekat aku. Aku harap persahabatan kita kekal hingga ke Jannah. Tak lama lagi kita sambung belajar jadi budak degree. Aku harap kau jaga diri dekat UMK. Jangan cepat melatah. Jangan cepat give-up. Ada masalah wasap aku. Aku sedia tolong kau. Terima kasih sebab hadir dalam hidup aku. Kenapa aku menangis ni ya Allah. Aduh.. hati batu dah retak. Aina, terima kasih Aina. Arghhh.. aku tak boleh taip lagi. Allah.. Kau baca jelah.


Assalamualaikum ya sahabat.


Ok. Dah stop nangis 3 minit. Hati batu kan? Hahahahaha.