Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang ;D

My ticket?

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)


Iz post ni tak ada kerja, yelah happy gila ni. Awat happy? Awat gila? Alkisah...

Sejak minggu lepas lagi Iz cadang nak tukar kelas, subjek akaun Iz tak boleh bawa :'( . Ini serius! Apahal nak tukar? Baru je belajar bab 1! Porah! Iz ni kalau suruh kelaskan bagai-bagai memang fail! *gagal*. Mak Iz suruh Iz stay kelas akaun, harhar :3.

Tapi Iz ni kan tak dengar cakap. Iz nak tukar kelas. Iz minat pasal perdagangan. Biologi~ Tak kuasa akaun, akaun ni. Wait! bukan ke awal tahun Iz punyalah riuh macam orang gila sebab teruja dapat masuk kelas akaun? Tu dulu ni sekarang~

Iz tahu kelemahan Iz, sebelum terlambat baik Iz tukar kelas. Iz buat solat istikharah nak make sure apakah betul ke keputusan Iz dan alhamdulillah hasilnya sama apa yang Iz fikir. Sat, bukan ke Iz ni ada 'kelebihan' yakni dapat 'tengok' masa depan? Tak ke aneh tu? xD

Kira Iz ni beruntunglah? Ya ke? Dah ar daya ingatan macam kena virus tak boleh ingat even benda tu terjadi 3 saat yang lepas TT^TT. Ini serius! Tapi Iz dapat 'tengok' masa depan. Aku ada, kau ada? | 'tengok' masa depan = dalam mimpi jadi kenyataan.

Hari ini, Iz, Nisa dan Pqah buat ujian cita-cita dekat bilik kaunseling. Dah jawab. Dan hasilnya amatlah pelik. Pelik? Pasay pa lak? Iz kelas akaun tapi ada minat bio. Tak ke aneh tu? xD

Dah bincang-bincang dengan cikgu, Iz dapat TIKET tukar kelas! Yeah! Oh, bukan Iz seorang je tapi dengan member sekelas Iz, Alya. Kami bakal hijrah! :'O Eh, nanti apa yang bakal terjadi dengan Nisa? Biarlah dia.. jadi matang skit~ xD

Wait, wait, wait!!! Bukan ke kelas sains sukan tu ada alien? Adakah aku terlupa atau...? Oh My Google. Hahaha. Tapi Iz rasa tak kan WAJIB takut dengan si alien tu. Dia kan manusia, kita sebagai manusia jangan takut antara manusia sebab kita ni kan hamba Allah :)

Tapi mak Iz ni ha tak berkenan, hai.. yang belajarnya Iz bukannya mak. >,<

Iz harap petunjuk dari Allah ni akan membuatkan suatu perubahan yang baik bagi Iz dan yang lain-lain. Harap-harap. Assalamualaikum :)

Minggu = 3 in 1

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)


3 in 1? Apa kejadahnya? Ok, ok, ok. Iz ceritakan apa yang terjadi pada Iz dalam seminggu ni. 3 masalah dalam 1 minggu. Yeah, Iz akan cerita secara berperingkat.

1) Nak tukar aliran
Kenapa nak tukar aliran? Kenapa? Hahaha. Iz nak tukar sebab Iz tak suka akaun! Serius weyh! Iz tak sanggup tengok result Iz ada GAGAL. *Hok alorh, belum exam lagi da kelam-kabut!* Iz tak minat akaun, Iz minat yang kemahiran sahaja yang tak payah dok hafal. xD

Iz cadang nak masuk kelas sains sukan! yeah! biologi! My favourite subject! Walaupun tak belajar lagi! Yeay! Iz minat tang sukan, kesihatan.. ala-ala doktor sukan gitu xD

Tetapi!!!!!!

Mak Iz ni ha, tak redha! TTT O TTT. Mak Iz suruh masuk kelas sains tulen kalau nak tukar. Sains tulen? :'v
Iz ni nak hafal/ingat banyak-banyak mana boleh TT^TT. Iz bukannya apa, cuma Iz memang tak jatuh cinta dengan subjek akaun tu. Iz menyampah. Tak suka. Serius. *nampak tak kurang ajar tu? Jangan ikut. xD*

Iz akui memang kelas SAINS TULEN & AKAUN ni masa depannya cerah!!! tapi Iz ni otak biul. Apakah haram ke masuk kelas SAINS SUKAN? Kang buat sepanduk tulis " SAYA NAK MASUK KELAS SAINS SUKA JIKA TIDAK SAYA TAK NAK PERGI SEKOLAH! " xD

Iz dah buat solat istikharah, dah hasilnya kelas SAINS SUKAN. Ni Iz tak bagi tahu lagi dekat mak Iz, kalau bagi tahu mula ar dapat saliva secara percuma. Iz yang nak belajar bukannya dia orang T^T Kenapa Iz diuji sampai tahap ni? Setiap kejadian ada hikmahnya :)

2) Latihan Merentas Desa
Iz rasa setiap sekolah dah start melakukan aktiviti tradisi sekolah ni. Merentas Desa. Yeah! Iz suka! tapi yang tak bestnya buat waktu petang~ alahai. pagilah syiok! Tak payah belajar! ;D

Masa dekat padang sekolah tempat kita orang berkumpul sempat lagi tangkap gambar xD

Iz yang tudung hitam sebelah kanan >

Nak senyum tapi..

Kawan Iz sejak kecil lagi ;D

Spontan?

Ada orang 'ayu'lah dekat sini xD

lalalai~
Masa Iz dengan Azmiera lari.. Tiba-tiba ada sekumpulan junior kami jerit " LITTLE JUNIOR IPIN!!! ". Iz terfikirlah, tu bukan nama facebook Iz ke? Iz tolehlah belakang bagi senyuman yang terpaksa buat. Azmiera blur~ Tak sangka ada yang kenal Iz yang sombong ni TT^TT xD

Iz dengan Azmiera tamatkan larian kita orang dalam masa 43 minit! Yeah! Tapi kita orang target nak awalkan lagi dari masa yang Iz rekod. Kalau boleh nak dapatkan pingat! Yeah!!! ^^ Dah habis lari-lari, lepas dekat bustp sekolah. Tak ada kerja tangkap gambar ;D

Cik pertolongan cemas~

Dari sharpen ke bluren xD

semuanya bawah 150 cm xD
Serius best gila ar! Tapi penat. Dah habis sekolah Iz buat latihan merentas desa, sekolah rendah pula yang sambung xD. Esoknya pun best.. Iz tak pergi sekolah sebab...

3) Kita pergi dia halau balik
Apa kejah tajuk tu? Hahaha. Ok. Sambung untuk cerita di atas tu. Iz tak pergi sekolah sebab Iz ponteng sekolah! ;D Bukan sebab sakit kaki, tapi sakit gigi. TT^TT Tak ke pelik tu? xD Setiap tahun Iz wajib sakit gigi :'( 

Iz nak makan pun payah. Nak buka mulut lagi ar. Ternganga sikit sakit gila. Huhuhu. sebab tu tak pergi sekolah, tak boleh kena panas nanti ber.. berdesing? tak.. berdenyut! ha! betul tu. Entah apa bala mai dekat Iz, Iz tak tahu. 

Petang tu Iz pergi klinik pergigian serendah. Ada mamat handsome *gatal dah* Tapi.. mamat tu rasanya form 1, tak mau layan ar. malas. malas xD. Iz tunggu dekat 1 jamlah juga. Tiba-tiba je dengar suara manusia versi robot tu sebut angka giliran Iz. empat kosong empat lapan, bilik 1. 

Masuklah Iz ke bilik itu, dan akak-akak tu pandang semacam. Ni apahal ni? Nak check gigilah akak! Meh baring sini. Kamu ni sekolah mana? Smk tabura. Eh, bukan ke kita orang ada buat check-up dekat sana? Tu sesi petang. Tak adanya! Sesi pagi! Akak, manalah saya tahu, saya bukan cikgu. Ni gigi kamu ni kenapa? Gigi saya ni ha sentuh sikit sakit. Bengkak ke? Entahlah kak. Ni kena jumpa doktor ni. Akak bukan doktor ke? Tak, kamu kena pakai pendakap gigilah. #Aku tak jong****lah! 

Kamu tunggu dekat luar ya nanti kami panggil. Iyelah.

Itu je? Je?! poyo ini semua. xD. 10 minit telah berlalu.
empat kosong empat lapan, bilik 3. 

Masuk je situ, akak & abang tu pandang semacam. woi-woi aku sakit gigi ni TT^TT.

Adik, duduk sini. Yeah dapat duduk. Ni kenapa? Entahlah kak, gigi saya ni sakit bila sentuh. Kenapa plak? Entahlah tak tahu. Hurm.. gigi adik ni cantik, sayang kalau cabut. Cabut jelah kak. Tak boleh, sekolah adikkan tengah buat pemeriksaan gigi. Tu sesi petang. Tak kira, adik kena makan ubat tahan sakit dengan antibiotik. Yelah..

Ok, adik pergi dekat farmasi dekat bawah ambil ubat ni, tapi sebelum tu bayar duit pemeriksaan. Akak, saya tak bawa duit. Apa?! Tak bawa langsung?! Ha'a. duit semua dekat mak ^^. Hai... Adik pergi ambil ubat dulu, ubat pil bolehkan? Boleh SANGAT kak. 

Ketika di kaunter farmasi, 

Ambil angka giliran duduk. Baca arahan. Aduh Saleha! Lupa nak kepilkan slip ni! Masak! Pergi ke kaunter tu balik dan tanya akak tu. Akak! saya lupa nak letak ini slip! Akak tu buat tak tahu. Akak!!! Sama juga respondnya. Akak!!!!!!!!!! Ha, ye adik kenapa? Ni ha lupa nak letak. Oh, letak sini sini. 

kosong kosong lima lapan kaunter 1, nah adik. Ok. Pergi ke klinik pergigian. Telefon mak, lambat sampai. Seorang diri, mak kepada mamat 'handsome' tadi sapa aku. Adik dari mana? Dari Tabura. Jauh tu. Nak buat macam mana, ni je klinik kerajaan yang terdekat, banyak yang swasta, semua mahal-mahal.Oh, adik kenapa sakit gigi? Entahlah cik, gusi ni macam bengkak, maybe akar gigi dah rosak. Oh.. Tak cabut ke? Sekolah saya tengah buat check-up gigi tapi turns saya lambat lagi sebab sakit sangatlah saya datang sini. Oh.. 

Dan hasilnya..
3 papan ubat antibiotik + 1 papan ubat tahan sakit. Sila habiskan secepat mungkin. Mati aku,. bab telan-telan ni ar payah ni. tekak susah terima kenyataa, TT^TT

Apa-apa pun kesemua masalah 3 in 1 ni kena habiskan atau pendak kata selesaikan dalam minggu depan. Doakan yang terbaik untuk Iz :)
p/s: Maaf sekiranya ada terkasar bahasa anggap sahaja budak baru belajar :)
Assalamualaikum :D




Form 4!

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)


Form 4 dah Iz ni? Tapi saiz macam budak darjah 6 >,< Harhar ;D
Form 4? Kelas apa? Kelas akaun, alah kelas yang kira-kira tu ;D
Seriously, Iz agak berbeza dengan suasana baru dalam kelas baru Iz. serba barulah katakan. Maknanya Iz pun kena 'baru'lah? Macam tu ke? Harhar ;D

Iz stay at SMKTABURA (1)!! Why? Saja, buang tebiat. Hehhe. Tak adalah, Iz takut kalau masuk KOLEJ VOKA SG. BULOH tu tak boleh pick-up apa yang cikgu ajar. Lagi-lagi sebelah asrama perempuan ada suprise! serius! best! rugi tak masuk woo.. xD

Ok, berpatah balik dengan cerita Iz. Sat.. Iz dah start bercerita ke belum? Belum an? Ok, Iz cerita kisah hari ini yang amat... er... bacalah kau orang. kalau menyampah ke bosan ke apa-apa ke close tab je. Habis cerita ;D

Pagi tadi Iz nak beli fail. bukan gagal. fail peka sains. dalam bahasa melayu ya ;D. Dah beli, naik kelas. Masa naik kelas, pergh. sakit hati. Anak Si Hasan sanggup jalan jauh sebab nak cakap dengan Iz. Tanya dah beli fail ke belum. Serius rimas. apalah motif budak ni. Menyusahkan hidup orang je. >,<

Hari ni, kelas Iz best. Cikgu English ajar pasal Diari. Cikgu habak siapa ada diari? Iz seorang je angkat. Sat... Diari? Online diary ;D Pastu cikgu bagi teka-teki, selain diari ada perkataan yang sama maksud. Satu kelas diam. Fikir punya fikir cikgu kesian sangat bagi clue. J. Journal? Yeah, Afiq betul! xD Ok tak best. ;3

Waktu pendidikan kesihatan syok! Tak belajar! harhar ;D Tapi yang Iz sakit hati tu tang Anak Si Hasan. Iz tahulah Iz ni menumpang kelas dia. Tapi dia tu ergh! gedik betullah! Duduk sebelah Iz. Budak perempuan lain yang belakang tengok je. Malu ar. Iz habak kat dia orang yang si Anak Si Hasan ni 'pondan' xD. Yelah, dah kelas tu semua perempuan dia seorang je sesat. Tak malu sungguh! >,<

Matematik tambahan. Serius best! Why? 3 minit je! Pengetua yang mengajar. Wow. Tapi pukul 12.00 pm ada mesyuarat agung rumah sukan. Selamat! Serius selamat! xD. Tunggu dekat luar kelas cari mangsa keadaan. Ok dapat. Pergi tempat yang di suruh. Semua duduk.

Masa tunggu cikgu bagi arahan. Iz dengan Harijah berboraklah. Tiba-tiba Harijah pop up pasal Anak Si Hasan. Ni apahal pula ni. Dia syak Iz dengan Anak Si Hasan tu ada apa-apa hubungan. Dia? Oh no no no. Not my taste! Yelah walaupun ramai budak perempuan kata yang dia ni handsome, pandai, baik, anak orang  kaya and bla bla bla.. Tapi not my taste! #bapak gedik siot! xD

Iz dah kelaskan dia sebagai kawan sahaja. Zack dengan Soon bestfriend. ;D Hati Iz keras nak terima Anak Si Hasan? harhar. sorry sikit. correction. I'm already taken by someone #blushing. Terus teranglah Iz habak kat hang pa semua. Iz dah ada someone. Special. hehehe. Dah shh.. senyap-senyap. Tok sah bising-bising. :P. Dan mesyuarat pun bermula.

cikgu: siapa form 4, angkat tangan!
Iz: #angkat tangan, tapi member sebelah tak angkat.
cikgu: ha, kamu jadi naib bendahari!
Iz: yeah-yeah, ada 'jawatan' yeah-yeah. 


Yeah. Ada jawatan secara tiba-tiba. Tapi tak apa. Penolong bendahari. bukan bedaharam na.. bendahari. kutip duit. Iz suka duit. kira perefectlah tu na? xD #sat. apalah terloghat ni? ;D

Jadi begitulah kisahnya, serius post kali ni teramat gedik! Geli aku baca! ;D Oh ya, banyak sangat ayat SERIUS. seriuslah sangat! xD
Assalamualaikum :)

Post pertama dalam 2013

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)

Eh, sat! 2/1/2013! Sekolah! ;D Siapa pergi sekolah tadi? Best tak? Hehehe.
Pagi-pagi tu Iz pergi sekolah dengan adik Iz, Aqilah dan adiknya. Tengah syok berjalan, adalah seorang ni tegur Iz tanya frm 4 ke? Iz? form 4? bahahhahahah!! macam tak percaya! Tapi itulah kenyataan! >,<

Entah kenapa pagi tu Iz pergi loghat Kedah. Semua pelik je dengar. yelah, orang Negeri Sembilan cakap loghat Kedah, tak ke special tu? xD. Iz bertugas macam biasa, biasalah sangat. Tempat Iz jaga tu ada Wan. Apa lagi, duk berboraklah. Hilangkan bosan tahap 13.2 #ada ke? xD# Iz ajak Wan teka perhimpunan habis pukul berapa. Iz agak pukul 9.00 AM tepat xD

Tapi jangkaan Iz meleset! habis pukul 9.03 AM! Beza 3 minit je pun! Hahaha. Dah habis perhimpunan tu kami #tingkatan 4# masuk dewan 'syurga' xD Cikgu duk bagi taklimat/ceramah. Cikgu edarkan borang permohonan nak masuk kelas apa. Dalam kepala otak Iz ' Akaun, Akaun, Akaun '. Dah hantar je borang permohonan tu, hati Iz lega. ;D

Tapi, cikgu suruh serahkan borang permohonan dekat guru kelas. Borang dah ghaib harhar ;'D. Terpaksa buat baru. Dalam kelompok lelaki, Iz dengan Niesa je perempuan. Bayangkanlah~ >,< 
Pastu cikgu suruh rehat.

Semua dah masuk dewan tapi adalah juga yang tak masuk. Iz cari pelanggan Iz masa rehat. Onigiri felt, Iz jual. Laku! yeah! ^^


RM4 setiap satu. hehehe. Dalam sejam je Iz dapat RM16! Yeah! Masa masuk dalam dewan. Tempat dah penuh. Cikgu nak sebut nama pelajar bertuah yang dapat masuk kelas tu. Sampai je kelas 4 Akaun, nama Iz cikgu sebut dua kali! Mana tak popular aku masa tu bahahaha xD Malu kot! Macam mana boleh terselit dua ni? Pelik vs hairan betullah ;D

Iz nampak ramai sangat angkat meja. Iz pun angkatlah meja baru. Biru! Lawa! Hahaha. Tapi 2 meja Iz kena angkat! Badan kecil angkat meja? harhar ;D Iz pekik macam orang gila minta tolong. Tangan Niesa tak boleh angkat meja tu maklumlah patah. Minta tolong dekat Firdaus hampeh! Harith? Lagi ar! 

Angkat punya angkat, huish baru sampai dekat tangan, belum daki lagi tu! Ternampaklah Amirul. Iz minta tolong dekat dia dan dia tolong Iz! Huah! Akhirnya ada penyelamat! Iz ingat tingkat 3, alih-alih atas sekali. Mak ooiii! Puas mendaki dengan mengangkat meja dengan kudrat yang ada, Iz dan Niesa berjaya angkat! Yeah! Hoorraaayyy!! xD

Yang tak puas hati tu, sebelah kelas Iz, Sains Sukan. Budak alien tu kelas tu ar! Iz duduk tepi tingkap. #gara-gara angkat meja dengan Niesa# cuba bayangkan.. bayangkan.. setiap kali rehat/ naik kelas/balik ke dia lalu sebelah tingkap. Guuuaarrrgghhh!!! 

Tak apa, tak apa. Tunggu habis bulan ni. Kolej Vokasioanl Sungai Buloh. Wait for me! ;D