Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang ;D

Kejohanan Olahraga 2013

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)

#entah bila tak ingat tapi sebelum puasa xP

Well, siapa ingat lagi yang Iz bajet gila dengan pingat tahun lepas? Alorh, yang batak gila first time dapat pingat nombor 1 tu xP sila klik sini >> hooray~ << Tapi tahun ni Iz dapat nombor 4! TT^TT. Apasal jadi macam tu? Ha.. Mai sini duk rapat-rapat, budak laki duk luar, pasang telinga, jangan bercakap, siapa cakap bayar seposen XP.

# cerita berdasarkan apa yang Iz ingat ^^

Seminggu sebelum kejo ola, ada latihan rumah sukan. Iz hadir~ Tak sangka RAMAI datang petang-petang gini.. selepas 2 rumah sukan dapat habuan yang kapaw dekat perhimpunan~ Serius, terkesima semuanya! xD. Masa tunggu itu cikgu dekat kantin. Iz tak sangka alien datang. Sibuk je. Dah ar kena denda tak nak mengaku. Gedik. Ni celop rumah sukan orang. Sepak nak? Gggrr..


Masa cikgu dera semua turun padang, budak perempuan terus ke lari-lari ala-ala hindustan tu. Serius! Without any warm-up terus lari, hang tak lari nama hang cikgu tak tanda. Sadis. Time geng Iz lari, Alis dah set kan siapa nombo 1, 2 and so on. xD. Time lari Iz tak sangka dapat nombor 1. #batak k batak.


Masa dah habis lari, alien ada kat atas bukit sepanjang Iz berlari dengan tudung yang terlampau bagi kerjasaman sampai nampak leher, kaki macam tak pernah lari dengan pakai lari je. xD Serius, apasal alien tu? Sibuk je. Dah tu, pergi lontar peluru~ Azizan ajar budak junior cara-cara lontar peluru. Iz , yang pernah jadi atlet celop suku ni ajarlah mereka. Nak menangis tengok Azizan aja, seorang pun tak faham. Isk3.


Dah habis segala tu, Syafiz menggedik nak nombor telefon Iz. Fiqar pula batak dengan handphone baru, rasa nak pijak je handphone dia tu. >,<. Ada hari apa entah, ha! latihan khas kepada atlet rumah sukan untuk kejo ola ni. Petang. Iz kena pi sekolah pukul 3. Dah ar sakit perut, tak makan, rasa gastrik datang, buat bodoh jelah. Tunggu somebody dekat bustop sekolah. Tapi siapa?


Ok, part ni lawak. Aku tunggu siapa ni? >,< Jumpa Mardiana. Culik dia. Ab pun sama. Yeah, ada geng. Turun padang. Eh, jumpa cikgu dekat tangga. Culik cikgu juga xD. What? Alien? Dei, tak ada ke muka orang lain selain manusia ni? Muka pakwe aku ke muka pavlova ke muka buku ke. Ni tak, balik-balik muka dia. Hish! >,<

Dah habis berlatih sampai tangan bengkak, mengadu dekat Ash. Serius tangan rasa macam sendinya dah salah. Ya Allah, pe ke peritnya. Bayangkanlah hang pa tadah tangan, peluru kat tapak tangan, sendi dekat pergelangan tangan kiri dan kanan hampir bertemu. bayangkan~ ya Allah, sakit wei, tu baru peluru. Macam mana azab seksaan dekat neraka? >,<

Pagi Khamis tu, ada acara Iz. iaitu lontar peluru. Time nak melontar yang fist round, Iz paling jauh. Yang second pun sama tapi yang third round, sebab lapar sangatlah dapat 5.05 meter. Lawak ni, sampai menangis, time Iz melontar, Iz pusing belakang, TERnampak kawan alien tunding jari dekat Iz dari tempat menunggu giliran lelaki. Alien pun tengok je. Ke ada ultraman dekat belakang aku? Iz pun pusinglah cari apa yang dia orang tengok. Pastu hilang.. Haih..


Sepetang Jumaat yang indah lagi aman, Iz dipangil untuk menghadiri latihan kawad kaki. Kawad depan surau bhai. Alim je. xD dah nama PPIM. Time latihan, tak sangka ada acara tarik tali. Wah.. Tapi lambat ar. Iz TERingat yang Iz ni simpanan peserta tarik tali. Hahaha. Masa latihan kawad kaki, alien mai datang lagi. Oh lupa, dia ADA latihan kawad kaki. Padahal jadi tiang bendera je pun. Tapi dia tak usha. Cantik!

Pukul 4 dah tiba, Tengku datang cari Iz. Apahal ni? Dia habak tarik tali tak cukup orang. Iz dengan berlagak bajetnya lari~ Ok, baju rumah hijau mana? Ada. Masa tu dekat padang ada Pali, buat praktikal sains sukan. Dia entahlah cam ke tak cam Iz kat situ. Lantak ar. Time tarik tali, ya Allah, kus semangat, lemah longlai terus! Semua tenaga dikerah. Bapak ar. Inikah tarik tali? Alien tengok je tapi dia kat pihak lawan.


Yang tak boleh blah tu si Alif dengan Aizat duk habak " Kau kata kau kuat sangatkan? Buktikanlah ". Rasa nak lempang dua makhluk Allah itu dengan penyapu. cer bayangkan time tarik tali juga ar depa cari pasal. Dah habis tarik tali pukul mereka. Geram!! Time rehat Pali TERperasan Iz. Ok, malu. Bak tepung, nak sorok muka. Ye ar, cer bayangkan budak saiz macam tahun 6 tarik tali. Tak ke malu tu? >,<


Dan akhirnya rumah hijau perempuan dapat nombor 4 sebab ramai ahli badan sekeping je. Hahaha xD Ok ar, pengalaman pertama. Yang TAK dapat dilupakan. Hehehe ^^V Esoknya Kak Era buat suprise. Ada latihan kawad kaki. Hahaha. balik tu tidur~ Tak larat kot nak bangun. Mak tahu pun duk tibai gelak je >,<

Pagi tu Iz nak pi seolah kena tahan dengan mak. Kena jadi anak dara. Sidai kain 3 bakul. Ni kes balas dendam ar ni. haih. Nasib ar sorang je perempuan dalam siblings. Yang tak leh blah tu masa nak keluar, ayah Iz pesan tuggu adik balik dari surau. Kunci dia tak de. Haih. Dah pukul 8.45. Masak. Dah ar pi sekolah. Gi sekolah aku seorang je lambat. Baguih.

Kena buat dekat padang. Alien usha. Bila member dia perasan dia buat donno. Sakai. Kata dah ada gf, tapi still menggedik. Dah time rehat, duduk dekat tangan seorang diri. Ash datang. Mengadu yang kawad PBSM dia terlampau statik sangat. Suruh kasi idea. La sangat. Heih. Orang lalu lalang duk habak dating. Dah malas, nak makan. Ash ajak keluar Iz. Iz ikutlah tapi terus ke kantin. Bukannya belanja pun. Kedekut. Hahaha. Lepak dekat port perempuan dekat surau lepas beli makanan rapu.


Eh, rumah hijau latih kawad? Azizan handle? Alien ada? Ah, celop! Iz duk ar kat tebing nak tengok formasi rumah hijau tapi asyik dengan asas kawad je. Bosan. Alone again. Hahaha. Dah tu, Kak Era datang suruh buat topeng. Iz buat donno. Asyik pink je. Pink, pink, pink. Dah tu Iz buatlah sepanduk. Bukan buat but EDIT! xD Yang paling tak tahan buat stail merak. Hahaha. xD


Sebelum balik, Iz dengan baiknya tolong handle white glove. Macam nak makan je semua tu buat takoyaki. Sedap tak? xD Yang lagi anehnya Iz pi gosok kesemua 21 pasang white glove, kiri dan kanan, sah gila! xD
Esoknya pergi ke sekolah macam biasa. Berkumpul dekat surau. Hek..


Dah turun padang, penglihatan terhad. Awat? Sebab kami pakai topeng! Sampai terpaksa tolong Amira sebab dia kan rabun. Sian dia. Dah terpacak. Semua umat manusia tengok PPIM pelik je. xD Tapi ok ar, tak pernah pakai. #ahaks~


Dah turn kami berkawad, time buat formasi serius Iz pekak. Cikgu ar.. yang jadi emci tu time bagi arahan ar nak memekak rasa nak lempang je. Unit beruniform lain tak de plak bising, dengki ni.. --' Dah siap susun dekat depan para penonton, buat ar formasi kami, hahaha xD serius lawak. :)


Dah habis bla-bla-bla oleh semua orang dan tibalah sangat untuk keluar baris, Ya Allah, gembiranya hati nak keluar baris, yeppi! Time KP dengan KRS keluar baris buat bentuk kipas, si pemegang bendera KP tu boleh plak cam Iz. Ingat dah tunduk macam apa entah tak perasan, tapi perasan juga, pandang macam pe ntah rasa nak sepak je dia tu. Menyampah. Dah keluar baris nak usha lagi alien tu, rasa nak ***** je dia tu. Eeeiii!!! Geram!!!

Pergi suarau dah siap tukar baju spare, turun bawah nak isi perut. Cari member, semua hilang. Kawan lupa kawan --' Jumpa junior, culik dia. xD Bawalah dia ke hulur ke hilir. Hohoho. Tapi yang tak best, tiap kali lalu mana-mana tempat, alien mesti ada? Ya Allah, sabarkanlah hati ni. Oh ya, Yugi suruh face to face dengan dia. Aku? Tralalala.. Eh, mak aku panggil! xP



Dah tu, pergilah satu part corner nak duduk, jumpa pakcik. Tangkap gambar dia, spontan. Marah pakcik, mana button delete? Iz lari je ar xD Tangkap banyak-banyak, saja nak uji tahap kesabaran dia. Hehehe. Tengok Amira dapat baju kelas. Untunglah. Hurm..



Malas nak duduk, meronda. Setiap kali lalu ar alien ada. Peluang untuk face to face amatlah besar tapi malas. Hahaha. Sampai dah hafal apa reaksi muka dia tu. Peliks. Hahaha. Pelikkan. Isk3. Turun padang nak tengok form 4 berlari. Iz dengan Azmiera memekak je ar. Iz jerit Hijau. Azmiera jerit Merah. Sampai ke telinga bingitnya. Hahaha. Tangkap gambar Ash dengan Edin. Smart koo.. xD


Bosan tengok orang jerit, bila orang dah habis lari, Iz tangkap ar gambar pelajar 4 sains sukan buat praktikal. hahaha. Dengan gambar ketua pengawas & timbalan ketua pengawas 1 pun Iz tangkap. xD Marah beliau~ tapi ok pe, smart! xD


Padang dah sesak, Iz dengan Azmiera pun pakat nak duduk dekat surau lepas Cikgu Khairudin belanja air. Best ko.. Eh dah habis? Eiks. Owh, majlis penutup. Lepak dulu. Semua duk tengah padang, tak macam Iz dengan Azmiera, duk bawah khemah. Hehehe. Dah habis tu, semua blah. Iz tengok Alien pandang Iz macam nak minta Iz tumbuk muka dia. Boleh je. Mai sini. Gggrrr..


Azmiera kena pungut sampah. Iz tolonglah. Argh! Alien duk usha. Ggrr.. KP kena buat Iz tolong~ Baik tak? *sila muntah jika perlu* Ada sampah dekat bukit. Panjat punya panjat licin koo!!! xD Cikgu Marwani cuak habis! xD Dah tu Cikgu Marwani suruh pengakap buat kerja panjat-panjat ni. Siapa entah suruh simpan balik kayu dia orang. Masa on the way nak simpan, Iz buat ala-ala merejam lembing. Azmiera terkebil-kebil je xD

Tapi kena rampas >,< Jumpa Alif, Apa lagi, balas dendam! Kak Ainul protect dia. Alif siapa entah pun protect dia. Ramainya orang sayang dia. Ergh! Iz ni bukannya baik sangat bila part-part nak belasah orang. Iz cuba tumbuk je. Peitlah juga dia rasa. Sebab tangan orang lontar peluru kan kuat! xD Puas hati Iz.


On the way balik, Iz terfikir nak jumpa Alien. Tapi kaki Iz ni terus menapak ke arah tangga nak ke rumah. Hahaha. Tunggulah tiba masanya Iz janji *sambil buat tangan ala-ala berikrar* Iz berjanji akan jumpa dia sebelum habis sekolah dan tanya soalan " kau perasan ke aku yang perasan ? " tu je. xD

That's all. Assalamualaikum. :)
#maaf sekiranya ada ayat yang tak dapat difahami dan whatever as long as you all CAN read this silly post :)


nak tengok gambar penuh kejo ola? >> klik sini <<

Video D ' yrde

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)

# apa kaitan dengan ni? xD

Lama gila Iz tak update blog? *kononnyalah. * 15.6.2010 Iz sepakat dengan geng Iz nak buat video D ' yrde.  Dah set gerak pukul 9. Iz pergi dengan Amira. Tapi sebelum itu.. Malam sebelum buat benda alahan ni, Pali mengada-ngada nak datang dengan Syabil. Iz paksa dia naik dengan kita orang. Sebab Syabil lambat nanti Ash dengan siapa? tak ke sedih di situ?

Setelah dipaksa akhirnya Pali setuju. Cantik! xD Pagi tu Iz saja je ar lalu ikut tangga nak ke sekolah. Tak sangka plak junior Iz ada. 3 orang. Hantar folio. Tapi yang maha pelik tu Alif, Eizlan & Shika pandang Iz semacam. Sebab apa? Iz pakai tudung bawal buat gaya labuh. Baju macam baju seklah labuh sampai ke lutut. Tak ke 'menyerlah' tu? xD Dia orang boleh plak tunggu je nak buat pengecaman. hadoyai! xD

Borak punya borak dah sampai dekat kedai Shaukat. Tunggu Amira. Nak beli barang jap. *makanan tambahan yang tidak mahal * Dah beli pergi ke bustop Kenanga. Tunggu Pali. Tak sangka datang tepat pada masanya. xD. Kereta dah sampai. Masa nak naik tu Pali boleh pula tak nak duduk depan. Sabo jelah. Mak Sara boleh plak belanja kita orang makan nasi lemak. Ya Allah. baiknya. Rezeki!!!

Masa depan pagar rumah Sara, Ash duduk dekat tembok. Sian. Turunkan tingkap, halau dia xD. Ash pandang tak puas hati je. Hahaha. Dah sampai tu duduk macam rumah sendiri. *Iz je buat macam tu, yang lain jadi tetamu xD* Mak Sara ajak sarapan dekat halaman rumah. Bentang tikar. Nasi lemak bungkus ada 4. Sorang pun tak nak ambil. Iz dah kebulur ambillah. Tapi yang lain tak. Aduh, segan tak bertempat. Iz ambilkan untuk Pali. Ash pandang je. cemburu le tu xD Iz terpaksa buat sebab kebulur sangat.

Dah selesai sarapan, bincang pasal video. D' yrde nama manusia. Kawan Iz. hahaha. Sian. First scene, Iz dengan Sara berlakon. Sara segan. Iz asyik lupa skrip. tenison cameraman dengan director. xD Scene kedua pun sama. Dah habis scene 2, Syabil dengan Muqmin datang. Dahlah sesat. Lambat pula tu. Marah kami. Dia minta maaf dengan Ash je! Wah... Rasa nak lempang laju-laju. Azan Zohor berkumandang. Solat dulu. Iz dengan Amira solat dekat bilik Sara. Sedar tak sedar Iz punya jari luka. Hahaha. Adat. Pergi ke mana tak luka tak sah.

Belum sempat nak shooting ke babak 3 dah dijemput makan. Wah, langkah kanan beb! Masa sarapan, Pali duduk sebelah Iz jaraknya 60 cm. Makan tengah hari tu, duk menghadap. Ash sebelah Iz. makan peliks. hahaha. Tapi masa makan ar banyak gelak sampai senak perut. Bila sunyi Ash minta pasang radio. Iz bukalah. Lagu apa ntah dengar, dia orang nyanyi sambil makan. Yang lain gelak ar. Pali senyum je. Sara kesian. Gelak je kerja dia. Amira pun sama. Syabil dengan Muqmin tak habis-habis buat lawak. Aku? Er.. hehehe.

Babak 3. Ash kena jadi tukang hantar barang. Dia balik rumah dia dengan Muqmin. 10 minit kendian, Muqmin call Saybil habak dia orang kat TESCO. Wah.. segela kata cacian kita orang bagi. Geram. Bila sampai Ash habak kena tipu. Ini yang amarah naik tinggi melangit. Rasa nak telan je sekor-sekor >,<
Babak 3 ar yang banyak tak jadi. Hahaha.

Time Iz berlakon asyik nak gelak je. Entah apa penyakit tak tahu. Muqmin dah stress dengan Iz. Hahaha. Ash sabar je dengan gelak Iz. Syabil control je. Nasib siapa suruh aku berlakon? Ha! Kan dah kena! xD Dah lama sangat dekat tempat berlakon Muqmin buat hal. Nak air~ Nak air~ Siap kacau lagi time rakam. Rasa nak humban je dia dalam longkang. Geram.

Akhirnya siap juga video tersebut tapi malang tidak berbau telefon bimbit Mak Sara hilang! Kesian an? Dah habis tu, Iz dengan Amira nak balik jalan kaki. Tapi mak Sara baik gila hantar kami sampai depan rumah. Pergh. Tak pernah dapat macam tu. Selalu dapat dalam mimpi je. Kali ni jadi kenyataan! ;D

Apa-apa pun video kali ni memang awesome! Tak macam tahu lepas, first time koo. Ni pun sebab nak masuk pertandingan liga kreatif remaja 2013. Insyaallah kalau ada rezeki menang buat kenduri 2 jam. hehehe. Oh ya, Iz ada upload video ' Mencari Syabil yang hilang ' dekat youtube. Bosan sangat Ash dengan Pali rakam je. Iz upload, marah suka belakang cerita. ;D


yang kuning tu Ash | yang hitam tu Pali | yang pink tu Sara | yang baju ungu pakai spek Amira | yang purple gila tu Iz :D
That's all, see you soon.
Assalamualaikum :)