Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang ;D

Tahap seterusnya

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang.

Agak lama tak kemaskini blog ni. Haha. Makin ketinggalan? Erm. tidak. Mungkin mod nak menaip cerita tak ada. Post terakhir pun tahun 2018. Hahahaha. Kalau papan kekunci komputer riba tak rosak, tak adanya nak terbitkan post baru. Ada hikmahnya. Ya.

Baiklah. Sempena PKP ni, Iz nak imbas kembali kehidupan Iz sepanjang menjadi seorang mahasiswi sehingga menjadi seorang pekerja kilang sos. Mungkin bagi pelawat, *bapak skema ayat, hahahha* post ni macam "Kenapa aku kena baca cerita hidup kau? Kau artis ke?" Hahahahaha. Tidak. Iz cuma nak ungkapkan apa yang Iz belajar sepanjang hidup ni. Yang membuka mata Iz. Dan juga menutup mata Iz.

Macam mana ya nak mulakan. Mulakan masa matrik? Rasanya ya. Hahaha.

Dunia matrik..

Semasa zaman matrikulasi, Iz ditempatkan dalam sebuah kelas A2T7b. Rata-rata rakan sekelas berjantina perempuan. Dan ada dua orang lelaki India. Rakan kelas perempuan? Iz ni membesar dengan laki-laki. Rakan sekolah pun rapat dengan lelaki. Iz macam tak suka kawan dengan perempuan. 

Sebab Iz tahu, mulut Iz ni pedas. Cakap sikit, merajuk. Hahaha. Tiba-tiba kena pujuk. Iz macam euuww. Gediknya. Haha. Jahatkan. Tapi Iz rasa sampai sekarang Iz kurang berkawan dengan perempuan. Mungkin Iz tak cukup perempuan? Hahahaha.

Ya. Iz pernah bergaduh dengan kawan sekelas masa matrik. Sebab lepas tangan tak nak buat tugasan, dengan alasan 'Aku ketua PAL, aku sibuk' Sungguh Iz rasa nak lempang je. Small small don't die, big big trouble people. Iz nampaklah macam mana kawan sekelas layan Iz. Berbeza sangat. Sebab Iz tak pernah ada kawan rapat sama kaum. Kawan rapat Iz, Yugita. Nisa dan Pika pun kawan baik tapi masa zaman sekolah tak serapat macam Yugita.

Ada kawan sekelas seorang ni memang spesies manja, Iz macam dah kenapa perempuan ni. Semua orang suka berkawan dengan dia. Iz macam ok, menarik. Dia jenis yang berfikiran terbuka. Kira sesuailah dengan Iz. Walaupun tak rapat mana, tapi dia ramahlah. Tak memilih kawan.

Apa yang Iz sedar, kawan sekelas Iz ni ramai orang pantai timur. Berpuak-puak tu biasalah. Iz macam ah lantak kaulah. Selagi tak ganggu hidup aku, aku ok. Hahaha. Cuma Iz agak terkilanlah ada dua insan ni pergunakan Iz masa mula-mula. Lepas tu buang Iz macam sampah. Haha. Iz macam ah lantak kau. Nanti bila susah baru cari aku. Puihh. Mungkin istilah "Pandai yang kesunyian berego" sesuai dengan gelaran Iz. 

Bukan nak berlagak, tapi Iz ni sejenis yang pandai cuma malas. Malas. Hahahaha. Pernah ada peperiksaan apa entah, untuk subjek Perakaunan, dekat matrik ada 4 dewan kuliah. Iz seorang je dapat markah penuh. Ketua Jabatan pun macam tak sangka Iz bijak. Iz pun tak sangka Iz bijak tapi Iz malas nak belajar dekat matrik ni. Haha. (Jangan contohi Iz. Tak baik. Allah tak suka)

Dekat matrik jugalah Iz belajar erti "Lone Ranger". Masa masuk mula tu, Iz berkepit dengan Nisa dan Kila. Khabir pesan, "Kau kena belajar jalan sorang-sorang, berdikari sorang-sorang. Demi masa depan kau." Iz dulu pernah berhajat nak berseorangan sebab rasa nak jelajah sendiri. 

Mula-mula rasa macam jahatnya biarkan Nisa dan Kila. Tapi fikir balik, ini bukan Iz. Bukan diri Iz. Iz kena berani melangkah. Sombongnya Iz. Eh, memang sombong pun. Hahaha. Yang aneh bin peliknya, walaupun Iz ni Lone Ranger, ramai yang kenal Iz. Iz macam, "Perlu ke aku dikenali? Aku ni tak penting."

Perlahan-lahan Iz belajar kawan dengan kawan perempuan secara berhemah. Yakni rakan sebilik Iz. Iz memang tak rapat dengan rakan sekelas, tapi agak rapat dengan rakan sebilik. Sebab selalu bergurau senda. Macam-macam buat. Iz tak rasa keseorangan. Rasa macam ada 2 orang kakak. Dan seorang adik perempuan. Dan jiran-jiran yang baik. Alhamdulillah.

Masa jadi AJKO lagi seronok, sebab Iz dapat tonjolkan diri Iz yang sebenar. Yang bukan "Lone Ranger", yang asli. Yang suka bergurau, macam-macamlah. Iz selesa dengan diri Iz yang masa tu. Yang ceria, gembira dan bertenaga sepanjang jadi AJKO dulu. Ada draf post pasal ni, tapi macam biasalah, hahahahhaa.


Kesimpulan sepanjang Iz belajar di matrik ini ialah, hmm. 
Jangan abaikan diri sendiri. Hargai diri kita dulu. Gembirakan hati kita, sebelum nak gembirakan orang lain. Kalau tak mampu, jangan paksa. Tak berdosa pun berehat sekejap.
Ok, mari siapkan diri ke dunia yang atas sikit,

Dunia IPT..

Alhamdulillah, Iz berjaya tempatkan diri dalam sebuah IPTA yang sangat terkenal dengan penggunaan Bahasa Melayu sebagai medium perantaraan. Cuba teka. Tak dapat? Apa ni. Teka lagi. Cepat-cepat Iz bagi masa tambahan.

Tet!

Jawapannya ialah Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jawapan betul? Tahniah! Nah gula-gula. *bayangkan

Menjadi seorang mahasiswi yang tak berapa sweet and wii *apakah, alam yang ini banyak betul menduga mental Iz. Fizikal ada kembang pastu kurus balik. Hahahah.

Bahagian ini serius. Agak serius. Iz dihasut untuk mengikut trend orang bandar sana. Tapi macam biasa, Iz degil orangnya. Orang lain pakai baju sopan santun tapi Iz peduli apa, seluar track, baju lengan panjang, tudung sarung hitam, beg galas. Hahahahhaha. Ya Allah. Macam pergi bersukan padahal pergi kelas!

Tatkala orang lain sibuk nak melawa, make up, ikut trend pakai tudung tutup leher, pakai seluar nampak buku lali dan sebagainya, dan Iz masih menjadi Iz. Tak terdetik pun nak ikut fesyen yang menyesatkan itu. Kenapa nak ikut benda tak baik? Kenapa? Allah murka sis :'(

Alam IPT ini banyak dugaan yang Iz hadapi. Masalah rakan sebilik. Masalah keluarga. Masalah rakan sama kos. Masalah rakan matrik yang sama IPT dengan Iz. Masalah rakan kolej. Banyak betul masalah. Tapi ada satu masalah ini yang Iz memang tak boleh lupa sampai bila-bila.

Bayangkan, sesi pembelajaran semester kedua dah habis. Iz dan dua orang kawan kos Iz pergi berendam dekat kolam renang. *ya, kaki Iz mana sampai. haha, Dan malam itu, Iz buat macam duduk dekat hotel. Makan maggi, tengok Shin Chan dekat Youtube. Tidur lambat sebab layan Hello Baby. Haha.

Jam 2 pagi, Iz terjaga. Tulang belakang Iz rasa macam kena cucuk. Bertalu-talu. Iz bangun. Lentikkan badan. Ya Allah.. Sakit dia macam entahlah. Iz tak dapat ungkapkan. Berair mata. Lama juga rasa sakit itu. Pastu Iz rasa tak sedap hati. Tiba-tiba teringat rumah. Tak tahu kenapa. Iz cuba tidur balik. 

Esok pagi, makcik Iz datang kutip Iz. Makcik Iz bagitahu mama masuk hospital. Zas. Mata berair. Terus kemas barang. Patutlah pagi buta tu rasa semacam. Petanda untuk berita buruk. Mungkin.

Dan ya, Iz ada karang hikayat mama Iz masuk hospital tapi tak siap lagi. Tiap kali menaip, menangis. Macam mana nak menaip? Oshiete! 

Mama takut Iz jijik dengan mama. Tapi Iz ni kan hati batu. Tangan inilah yang cuci berak mama, mandikan mama, salinkan baju mama, tukar pampers mama, bagi mama makan, sedut kahak mama dekat tiub. Sungguh tak cukup tidur. Tapi Iz tak nak cerita lebih. Tak best cerita dekat sini. Tunggu novel Iz yang hikayat ini diterbitkan. Acah!

Sungguh, menjadi seorang mahasiswi, mental kena kuat. Kita tak tahu siapa kawan kita, siapa tikam kita, siapa percaya dekat kita, siapa khianat kita. Iz pun banyak juga salah silap. Tapi yang tak boleh belahnya Iz cari pasal dengan satu kelas kos Iz. Lepas tu gaduh. Hahahahaha. Dah tahu mental tak kuat tapi cari pasal juga. 

Lagi-lagi fyp kos, banyak bendalah Iz belajar. Menguatkan lagi mental Iz yang cepat koyak. Kot. Malam-malam menangis mengenangkan fyp. Mengenangkan ahli-ahli fyp. Oh ya, yang hikayat ini Iz akan abadikan dalam novel siri ke-empat mungkin. Banyak pengajaran boleh dapat. Sungguh. Dia bukan macam projek berkumpulan biasa-biasa. Yang ini luar biasa. Insya-Allah. Doakan Iz. Iz tahu Iz baik. Ihiks!


Dah habis belajar, campak-campak topi, apa kesimpulannya? Mental dah kuat belum? 

Satu sahaja potongan ayat yang memberikan kesedaran tahap tiga bagi Iz. 
Kalau bukan sekarang, bila lagi?
Ringkas dan padat. Makin dewasa makin ringkas ayat. Hahahaha.

Baiklah, kita ke alam pekerjaan. Alam di mana Iz hanya hidup selama 6 bulan. Kenapa 6 bulan je? What the? Kerja ke main? 

Tenang-tenang. Iz bekerja sebagai pegawai Pemasaran Digital merangkap Pereka Grafik merangkap QC Label merangkap Juruvideo merangkap Jurufoto merangkap Pengubah bahasa merangkap kaunter aduan dan lain-lain. 

Wah, canggih! Hahahaha. Seronok ke kerja banyak jawatan? Seronok! Sampai tak terbuat kerja hakiki. Punyalah boleh multi-task tu sampai OT. Dengan rakan sejabatan yang terlampau tua dan tidak boleh bekerjasama, sangatlah seronok. 

Banyak konflik wo masa kerja. Dosa orang kita kena tanggung wo. Belum lagi dosa diri sendiri. Hahahaha. Dengan tak nak mengaku salah macam budak-budak punya perangai. Dalam kes ini, Iz berani cakap, Iz yang dewasa. Yang sejabatan itu tak dewasa. Hahahaha. Jahatnya mulut. Tapi itulah kenyataan. 

Pasal kerja Iz malas nak coret panjang berjela-jela sebab Iz dah lupa. Hahahahahahaa. Ya Allah. Iz dah tua! Dah lupa ingatan! Hahahahaha. Tapi kesimpulan yang Iz boleh bagi agak kompleks. Iz cuba ringkaskan. Cuba ya,
Gapailah dahan yang meranting, bukan dahan yang mereput. Panjatlah dahan yang membantu, bukan dahan yang menjatuh.
Wah! Rasa macam Syira Lokman pula. Hahahaha. Oh ya, taip nama Syira Lokman, sekarang ni Iz mengisi masa dengan menaip novel. Iz baru saja hantar manuskrip novel pertama Iz, Permulaan Szanpiy. Tapi sayang seribu sayang, Iz terpaksa memalsukan diri dengan bubuh adegan yang boleh diterima. Ikutkan hati nak letak adegan bunuh-bunuh, orang makan orang (cannibal) macam dalam anime Attack On Titan. Hahahahaha.

Tapi Iz fikir balik, ya Allah. Kenapa nak hasilkan novel macam itu. Lama juga la Iz berdiskusi dengan diri sendiri. Nak buat jalan cerita macam mana. Sebenarnya Iz pernah terbitkan satu novel bertajuk Szanpiy dekat NovelPlus. Tapi ceritanya tergantung.

Iz menaip novel Szanpiy masa 2018, zaman Iz down sangat-sangat. Yah, zaman IPT. Dengan menaip novel, Iz dapat tukarkan rasa negatif kepada positif. Sebab menangis dah bosan, stok air mata kering. Mengadu dekat bestfriend sudah. Mengadu dekat pakwe sampai putus sudah. Hahaha. Akhirnya solusi ini terbentuk bila blogger terkenal Malaysia, Ben Ashaari, perkenalkan NovelPlus.

Iz malu dengan penulis-penulis muda yang dah berjaya terbitkan novel cinta-cinta tapi Iz buat genre untuk remaja. Hahahaha. Eh.. peduli apa. Dengan cara tersebut, Iz dapat merealisasikan angan-angan Iz sejak darjah 6! 

Baiklah saudara-saudari, setakat ini sahaja pertemuan kita. Maaf andai terkasar bahasa, penggunaan ayat yang entah apa-apa dan terlampau syok sendiri. Ingatlah. Ini diari atas talian Iz. Suka hati Iz lah nak buat apa, (ayat budak-budak twitter, hahahahaha)


Tak salah berangan, yang salahnya tak mulakan.
Ja ne.
Assalamualaikum :D