Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang ;D

Kek batik

Assalamualaikum. Hohoi. Masihkah sempat mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha? Mestilah sempat.. mak Iz kata raya aidiladha 30 hari. Ikut maklah. ^^

   Iz beraya dekat kampung Iz. Aktiviti setiap kali balik kampung adalah buat kek! Tapi kali ini Iz tak buat kek coklat sebab mesti budakbawah 12 tahun sibuk mengganggu Iz! Sebab itulah tak jadi! Iz buat seorang diri ok je! #mula dah show off dah..

   Kek apa Iz buat kalau tak kek coklat? Kek batiklah.. senang sikit nak buat.. buat?! #selak buku sejarah hidup pernah tak aku buat kek batik, error, tak pernah!# kawan habak senang nak mampus. Iz teringat resepi kek batik masa Iz blogwalking dan terjumpa Blog Cik Epal . Nasib baik sempat terjah kalau tak naya weyh!

Ni resepinya..
1 paket milo tak kisahlah 200 gram ke apa ke asalkan milo
1 ketul mentega (250 gram)
1 paket biskut Marie.
1/2 tin susu pekat manis

Cara-caranya:
1) Kerat setiap biskut Marie ke 4 bahagian. pastikan sudut dalamnya 90 darjah.

2) Masukkan mentega dan milo ke dalam periuk dan panaskan dalam suhu sederhana.

   Amaran!!! Jangan masukkan milo setelah mentega dah cair! nanti berkepul-kepul dan berbuih. #Kes terjadi dekat kampung, nampak sangat tak pernah buat! eh memang tak pernah buat apa. inilah first time! :D#

   TETEPI kalau terlupa... TERlupa..jangan panik! JANGAN PANIK!! #mula dah..# Kau orang masukkan milo tu habis sepaket lepas tu kacau dengan tenang. Nanti jadi macam liat. Masukkan air sedikit agar benda alah tu tak berketul. Buat sampai puas hati.

3) Apabila mentega dan milo selamat disatukan, masukkan setengah susu pekat manis. Tapi kalau rasa tak suka manis-manis takut gigi rosak, letaklah dalam suku. Kacau sampai ada buih tak jadi muncul.

4) Ambil biskut Marie yang telah dibahagikan kepada 4 bahagian bersamaan sudut dalamnya 90 darjah dan masukkan ke dalam periuk. Mandikan mereka secukup rasa. Pastikan jangan kuat sangat kacau tu takut biskut bercerai-derai.

5) Masukkannya ke dalam bekas yang lebar tak pun loyang. Dah letak, ambil sudu ke sudip ke garfu ke mampatkan biskut-biskut disaluti coklat. Pastikan permukaannya agak rata. agak-agak.. ^^

6) Masukkan bekas tu dalam peti beku yang sejuk selama 3 jam.

7) Jangan lupa baca basmallah sebelum makan. xD

model kek batik.
Selamat mencuba :)
#Aku rasa aku ni kuno.. biarlah asalkan aku tahu dan aku buat. yang penting perut kasi kenyang :D

Bisnes?

   Assalamualaikum, wah tajuk macm best tak semestinya isinya best. ya ke? Kalau tak percaya cuba baca. Kau orang pernah dengar kain eva foam tak? Tak pernah?

Macam nilah rupa dia.
   Iz buat pin daripada kain tu. Rupa dia macam ni


bukan aku ada post ke? tapi post pasal apa ek? lupa ar ^^
   Idea ni sebelum PMR dah tersembul keluar sejak terlihat satu video di Youtube cara-cara buat apa entah nama tu alih-alih terpadang ni. Wah smart! Tapi "bertuah"nya idea Iz dicuri oleh cikgu Iz sendiri. TT^TT . Tapi tak apa! Iz anggap ini satu cabaran buat Iz! Nak jadi usahawan kena .. #rujuk buku rujukan jap#

<<<:::Selepas 5 minit berlalu:::>>>

   Ha! kenalah Bijak mengambil peluang! yeah! kena cari pelanggang secepat mungkin! yosh! Sanggup menghadapi risiko! Iz kena tanggung rugi kalau jualan tak laku tapi setakat ni semua ok! Daya usaha berterusan! yeah! Non-stop! kecuali di rumah. yeah! xD

   Dan hasilnya, jeng.. jeng.. jeng..
Wala..
New version xD

   Amacam? Smart tak? Tak?! Meh sini Iz sekeh-sekeh! xD
Harganya RM2.00 sahaja. Tak mahal tapi murah. Dulu jual RM*terpaksa dirahsiakan sebab mahal sangat*

   Iz nak berterima kasih dengan Zakrul Azuan! Yeah! My Bestie! Sebab ajar Iz cara jahit cara dia. simple! Tak sangka lelaki pandai menjahit. Mak dia ajar. Mak Iz? Ajar anak orang. Kepada warga SMKTBR kalau nak tempah pergilah ke facebook Iz iaitu Little Junior Ipin

p/s: stok warna yang ada setakat ni ada warna kuning, putih dan turqoise. 

PMR?

Assalamualaikum! yosh!
tak ada kaitan pun.
   PMR dah habis. #15.10.2012# Iz sengaja tak update blog sebab bukannya ramai yang melawat blog Iz ni. #Tahulah buruk TT^TT# ok..ok Iz cerita dari mula sampai habis jika ingat ^^

1) Sebelum nak masuk dewan
   Pagi tu Iz pergi ke sekolah dengan tenang. Rasa macam hari biasa pula xD. Tengok semua baca buku rasa janggal pula. Eh, PMR?! xD Hahahaha rasa macam tak percaya PMR datang ke Malaysia. hehehe. Tapi yang tak best masa dalam dewan. Sejuk? Eh rasa sejuk bukan best ke? Bukan yang itu.. yang ini. Pasal Alien. Tak sangka dalam translasi ( 3, 5 ). nak dekat tu. huish.. >,< Baru je duduk pergh dia dah toleh. Nak je baling kerusi dekat dia.

2) Semasa di dalam dewan
   Perlu cerita ke?Tak payahlah malu je xD

3) Selepas keluar dewan
   Macam biasalah riuh macam artis luar negara datang ke Malaysia. Kanak-kanak Ribena macam itulah xD

   Masa gap untuk subjek seterusnya yang mula lepas Zohor, Iz and the geng #cewah# buat study sendirian. Buat macam grup. Masa study gruan #grup + sendirian# , Iz .. er.. ha! Iz terstudy sama dengan si Saiful dan si Amar. Saiful ni harap je badan kecil tapi lagi besar dari Iz , suara pergh! macam .. gonzilla? eh tak tak.. macam dah matang xD

   Si Amar tu pula. Malas nak cakap. Dulu malu macam bapa kucing sekarang nombor satu. Apa pun tak boleh jadi. Tapi part ni cerita tak best. Part mana best? Sila bawah di bawah..

   Masa last day PMR, sebelum nak ambil last payper.. last pay...per #macam Jozan Lawak Ke der# Iz, Yugi, Ash, Soon, Zack, Saiful, Amar dan pendatang tanpa jemputan Faris, duduk lepak dekat bilik BOSS. #dekat luar je# Study sambil sakat menyakat itulah mereka. Tiba-tiba je si Amar mula tunjuk perangai.

   Masa tu Iz nak dan tengah minum air. Dia kata " Budak kecil minum susu" Pergh... nasib baik tak tersembur! Ambil botol acah nak pukul dia. Eh, elak! ceh! Ash dengan Soon jangan cakaplah. Ketawa tanda sokong. Malas layan manusia pemusnah harapan negara ni. #ayat kejam! xD#

   Iz teringat nak kasi itu surat amaran dekat Alien. Iz suruh Yugi tulis. Masa tu budak penyakat tengah khusyuk buat something. Dah habis tulis surat Iz minta Ash jadi posman. Si Amar sibuk je nak tengok. Nak baca "Surat cinta!" kepala otak kau! Ini watikah perlantikan ... tak ini surat amaran! ya.. amaran! Soon pun mula tanya pasal pa Iz nak main surat-surat ni

   Iz bagilah tahu yang si alien ni dari tingkatan 1 asyik pandang Iz. Soon pun pandang Iz. Iz ambil botol campak dekat kaki dia. Menjerit dia! Padan muka kau! Tak dapat sepak , campak! habis cerita! senyap! xD


Harap kita kawan sampai bila-bila. :)

ECBF?

Ecbf? Apakah.. Eskrem Cornetto Balck Forest! Tahu tak ni? 
Ni dia ECBF! :D
Kenapa Iz dapat? Sebelum itu kau orang ingat tak yang Zul Amri cabar Iz lawan kek? Tak ingat? Tak apa sila klik >>> Zul Amri VS Izhs <<<

Dia mengaku kalah! Hahha yosh! Iz menang! Dia tak ada bahan nak masak. Yoler tu ke takut? :P

Masa hari Khamis tu, Iz dapat inbox daripada Zul Amri yang dia nak bagi ECBF. Tapi lambat bagi. Dapat hari ini #Ahad. Iz masa tu dahlah ada kelas tambahan English yang terakhir. Lambat keluar gara-gara budak form 2. Dah pukul 11 a.m. 

Mana ar pakcik ni. Iz short-cutkan ceritalah. Masa dia dah sampai depan rumah Iz. #pergh depan rumah tu!# Iz pun menhampiri dia #eceh! XD# dia senyum? Mimpi di tengah harilah ni. Seram sejuk pun ada. Huish.. XD

Boleh pula dia tanya nak ke tak? Ayat!! Iz seramlah tengok dia senyum dekat Iz. Sihat ke tak entalah. Dia cakap pergh..lembut tak ada gagap! Makan ubat apa entah. Tapi ayat akhir dia Iz sepatah haram tak faham. Mulalah gagap dia. Isk3.. 

Dia minta hadiah saguhati. Dah kalah mana ada hadiah sagu hati. Apa da.. 
Kenapalah bagi satu, asal tak sepuluh? hehehe! Yosh!

Makin makin makin..

Ok, tajuk merapu sudah datang. Pmr on the way tengah tunggu tiket penerbangan. Lama juga Iz tak update blog ni. Malas? Tak ada idea ma.. Oklah, Iz nak cerita babak-babak sebelum PMR nak datang ni. Siapa ingat pasal ZAS? Eh, tak tahu apa tu? Yang penting tu bukan makanan. ZAS- Zakrul Ash Soon. Ha.. kenal tak dia orang? tak kenal? memanglah~ 

Ini Zakrul. Kartunis dalam kelas

Ni Ash / Aiman Syafiq Hasan budak bermasalah dengan Iz

Ini Soon budak pandai segala pandai.
Minggu ni Iz sakit hati dengan Ash dan Soon. Kenapa?

1) Ash selalu sorok barang Iz.

   Sorok? Yes. Dia kalau depan meja Iz mesti tangan dia tu gatal sangat ambil botol air Iz lepas tu sorok tempat lain. woi! Sakit hati gua der! Lepas jerit dekat dia mana botol? Dia buat muka tak bersalah! Sakitnya hati!! Sampai nak pukul dia guna botol. Tadi dia sorok jam tangan Iz. Iz elok je letak atas meja. Toleh je ke meja. Ghaib~. Kalau nak sangat ambillah! Ambil! Eiii!!

2) Aktiviti Agong SZANPIY

  Eh, sejak bila pula grup tu ada aktiviti agung? XD Kita orang sepakat nak buat kek coklat lepas PMR ni. Tapi tempat tak ada. Iz target buat dekat rumah Ash tapi masa buat perbincangan Iz langsung tak cakap dengan dia sebab nak balas dendam. Tapi aduh Saleha.
 
  Dia kata ok kalau ada seseorang suapkan kek coklat dekat dia. Iz offer dekat Yugi mesti ok kan. Tapi dia tu "gedik" nak suruh orang lain. Mesti kau orang ingat si Ash tu nak Iz suapkan dia kan.. Sejak kebelakangan  ni, si Ash tu kalau makan nak bagi Iz mesti nak dia suapakan. Sampai Cik Izwasyee kata "sweet candle light". 

   Pergh berapi Iz! Ash kata Iz ni kalau makan mesti nak kena suap?! Hoi! Amboi... selama ni aku makan suap guna tangan aku je! Masa kecil-kecil lain cerita. Kau tak pernahkan suap aku? Dah senyap kang aku sepak kaki kau sampai lebam nak?! 

3) Terjadi bahan dalam kelas

   Bahan? Bukan bahan uji kaji sama sekali. Masa tu Cikgu Yati bagi latihan Sains. Dah habis jawab soalan hantar balik kertas tu dekat cikgu. Iz dah kumpul sebahagian kertas nak hantar dekat cikgu. Si Ash tercengat dekat tempat dia. Iz tanyalah nak hantar ke tak? Dia bagi kertas dia tapi bila Iz ambil dia tak bagi. Iz kata nak hantar ke tak? Dia jawab dengan excitednya Nak! 

   Iz ambillah kertas dia tapi dia tak bagi lagi. Pergh, panas hati aku! Iz suruh Cikgu Yati tampar dia. Tapi cikgu duk senyum je. Lepas tu cikgu cakaplah

" Kalau kamu benci orang tu lama-lama kamu jatuh hati dekat dia tapi suka sangat dekat dia tak boleh nanti lama-lama benci" 

   Iz tutup telinga. Semua duk khusyuk dengar. Iz cakap dalam hati semua ini tak akan berlaku. Yugi duk senyum. Sampai hati kau. 

Makin lama makin benci aku dengan perangai kau Ash! Tak pernah senangkan aku! menyusahkan! Eeiii!!! >//..<