Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang ;D

Holaa

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)


Hoorraayy.. SPM dah habis. Maka dengan ini, sudah tamat zaman persekolahan Iz. #sepatutnya post ni buat masa bulan 11 tapi virus M bermaharajalela# Dah tak payah gosok baju sekolah. Baju sekolah? Taip pasal baju sekolah teringat masa last payper. Masa Iz gosok baju sekolah, terketar-ketar lutut. Penangan apakah ini?

Dah habis jawab, balik. Balik je rumah, ayah Iz belikan KFC. Wahhh.. tapi.. Iz tak makan. sebabnya ayam tu ayam lama. Tengok warna pun dah tahu. Hee. Baru habis SPM insya-Allah, Iz dapat darah tinggi. Apesal? La ni, adik-adik Iz. Masya-Allah. kecik besar kecik besar je tengok diorang ni. Buat hal non-stop. Dan yang paling best, asyik-asyik Iz kena marah sebab salah depan. Kwaja. Cis!!!

Dulu azam lepas SPM nak ambil lesen. KONON. tapi sampai sekarang tak ambil lagi. Kenapa?

Iz : Mak, kakak nak ambil lesenlah~~ boleh?
Mak : Tak payah ambil lesen, kerja dulu.
Iz : Ok..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Iz : Mak, kakak nak kerjalah~~ boleh?
Mak : Tak payah kerja, ambil lesen dulu.
Iz : Ok.

Muka Iz masa tu rasanya macam ni

Susahnya jadi Iz ni. Jadi sekarang Iz menganggur jelah. Itu tak boleh, ini tak boleh. Huuuuaaaahhhhhhh T__________T
Duit dalam tabung tak bertambah. Iz mula rajinkan diri aktifkan akaun 8Share & Churpchurp Iz. Walaupun dapat 20 sen sehari, tak pe! tak pe! Sikit-sikit lama-lama jadi bukit! yeah! Chaiyok! Ganbatte! Iz nak kumpul duit sebab nak beli laptop. Nak buat assignment masa sambung belajar nanti kan senang~ cewah..

Doakan Iz dapat keputusan SPM yang cemerlang. Mudah-mudahan.. amiin..
Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)

Minggu sedih

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)


Minggu sedih? mungkin.. Esok kertas akaun, rabu addmath, khamis sains. Gila tak? Khamis 13 Nov tuisen. Jumaat pagi kelas tambahan akaun, Jumaat petang tuisen. Sabtu pagi kelas tambahan akaun. Ahad? Jangan mimpi cuti. Kelas tambahan sains. Harrr.. Gila padat.. Bila rehat je, celik je mata dah kena pergi kelas. walawei~

Tak apa. Pengorbanan. Apa erti kejayaan tanpa pengorbanan? Ceh ayat.. Tapi.. Tapi.. Dalam kesibukan Iz la ni, Iz tak 'bertegur' dengan seseorang ni. Yelah, selama SPM ni, apa-apa hal Iz mesti bagi tahu dekat dia. Tapi Iz terikat gila dengan masa sampai nak cakap "Iz bz" dekat dia pun tak sempat. Masak..

Dia merajuk dengan Iz. Dia ada hantar chat dekat Iz. Dia duk anggap Iz cari kawan lain. Tapi Iz mana ada cari kawan lain. Iz sibuk sangat.. Iz sentap! Terus block. Ambik kau.. Tindakan drastik! Tak fikir panjang. Pastu dia mengadu dekat kawan sekelas dia. Alamak.. Kaw-kawlah dia mengadu. Iz bukan apa, semua kawan Iz sedia maklum yang Iz ni sensetif tapi.. kenapa dia yang terlebih sensetif? Iz rasa macam.. harrr.. susah nak diungkapkan.. tapi itulah kenyataan..

Keesokan harinya, kawan dia hantar chat dekat Iz. Yang tak boleh blah dia tu seakan-akan "busy-body", Iz paling pantang orang yang "busy-body", memang makan masa nak fikir, "nak balas ke tak. nak balas ke tak". Akhirnya Iz balas. Balaslah juga sebab risau dekat seseorang tu. Tapi.. tapi...seseorang itu dah buat keputusan nak "buang" Iz daripada hidup dia. Owh.. ok..

Iz? sedih? meraung? hurm.. tak.. Iz malas nak panjangkan masalah. Biarlah dia handle hidup dia. Hak dia, siapa Iz nak halang-halang macam main galah panjang? Hee.. Bagilah dia ruang merasa orang-orang baru pula. Asyik Iz je culik dia masuk dalam poket. Hehehe. Iz terima ke kenyataan la ni? Insya-Allah. lambat-laun kena terima juga. Putus kawan? Er.. entah. Maybe dah tak ada jodoh "kawan" dengan dia. Yeah.. Iz cuba berfikiran positif walaupun agak payah. Harr..

Nak buat macam mana, aturan hidup Iz memang macam ni sejak azali. Nak salahkan takdir? Lawak. Iz ada lah juga cuba ubah takdir Iz ni, tapi.. harrr,, harrrr. semuanya harrrrr jelah.. Tapi.. adakah tindakan Iz ni betul? ke dia yang salah? mana satu? hurm.. harrrr.. eh, best plak pula taip harrr ni.. hehehe..

Sekian sahaja luahan hati Iz yang haaarrr..
Assalamualaikum :')

Oh Trial SPMku

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang.

Lama Iz tak update blog. Harr.. Kalau hang pa ada apa-apa hal yang berkaitan dengan Iz, berfacebooklah dengan Iz.  Mesti dibalas. tapi kena bagi tahu dari mana datang la. 

Trial SPM? Dah habis dah.. dah dapat markah dah.. tapi lagi 2 subjek belum dapat. Setakat ni Iz dapat 3A- 2B 2C. Kelakar sangat. yang C tu sipi lagi nak B. yang B tu sipi lagi nak A-. Mana tak nya, candy crush! cookie jam! game aje.. hehehe. 

Alhamdulillah akaun Iz dapat A- ngam . ngam . soi . dalam kelas Iz, akaun, 7 orang je dapat A- + A . Berkat tunjuk ajar cikgu dengan usaha Iz, dapat la ni. SPM sebenar, study smart je. Tak payah nak hard - hard sangat. Hehehe. Macamlah Iz pernah study hard. >,<

Iz harap tahun ni, tak ada kes soalan bocor macam UPSR. Nak bocor sikit tak pa. Ni sampai mengadu dekat KPM memang siaplah! Adik Iz tahun ni UPSR. Relax je. Tak stress. Lelaki. Memang macam tu. Tak suka tengok depa-depa la ni kena ambil semula UPSR. Tapi, pasay pa tak ambil markah percubaan? Kenapa harus diulangi? Mengapa?

Ni baru trial SPM, mak Iz dah tanya nak masuk mana? Mana? Matrik? Politeknik? Universiti? Er.. haih.. serius, Iz tak suka tang cari la ni. Ayah Iz suruh ambil audit. Jadi macam dia. Hek. Tapi lepas SPM, Iz kena pergi PLKN! 



Teruja? Entah. Jiwaku rasa kosong-kosong oo. Mak Iz gembira Iz dapat. Along, abang Iz, gelakkan Iz. Eleh, tahun lepas dia yang paling super duper triple beria nak sangat pergi PLKN, sekali tak dapat terus jadi batu. Chooii. Mampukah Iz bertahan? Iz ni kecil orangnya. 145 cm je tinggi Iz. Macam darjah 5. 

Ramai dalam kelas Iz yang tak dapat. Yang dapat, Ash, Farhan, Alien? Har.. Iz harap dapat tempat yang jauh-jauh. Dapat kenalan baru. Dapat kawan baru. Dapat pakwe baru. Eh? Hahaha. 
Iye.. iye lah tu. Marah 'dia' nanti. 

Sampai sini jelah coretan nukilan laporan Iz.
Doakan Iz berjaya dalam SPM la ni. 
Assalamualaikum :)
kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang 

BH Skor | Rabu | 9/7/2014

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang.

BH Skor? Wow.. *gelaklah* Sebenarnya Iz tak tahu nak cerita macam mana, jadi Iz hantam sajalah. ^__^V

Malam tu.. Iz dengan Qiela pi surau depan rumah kami. Macam biasalah Iz selalu duk usik dia dengan selipar dia. " Orang kata, perempuan yang tak reti susun selipar tak layak jadi isteri" K, merapu ar, betul ke tak entah. Hehehehe. Sorry Qiela, nanti cek minta maaf masa raya na..

Masa tengah cari port yang best nak solat tiba-tiba terdengar suara mak Fara, biasalah suka berborak, Iz masa tu duk main teka-teki dengan Qiela. #siapa yang ada sebelah Iz automatik jadi childish. xD# Pastu, mak Fara tiba-tiba panggil Iz..

" Cuna, masuk paper! " kata beliau dengan nada yang sangat teramat beria-ria. Iz dengan Qiela lip-lap #blank. Mak Fara pun explain ar macam mana keTERjumpaan Iz dalam surat khabar. Beliau sanggup panggil Angah suruh check betul ke tak tu Iz. Ambik kau..

Sekali mak Fara suruh Iz pi ambil surat khabar dia nanti masa habis terawih. Iz hairan tang sini. Gambar Iz yang masuk Qiela yang over-excited. xD


Tada.. hahaha. lawak kot!! Muka Iz! yang besar tu abang Iz yang tangkap. Isk. isk isk. Orang first dalam kalangan kawan Iz yang tahu, Qiela. hahaha. terbeliak mata dia. hahahha. pastu balik rumah Iz sorok ini paper. Tak nak bagi tahu parents. Hehehe. *jahat? derhaka? entahlah..

Malam tu sebelum tidur, Iz telefon Niesa. Dia macam biasa. Ha? Ha? Tu je ar ayat dia. tak ada ayat lain dah. Esoknya, Iz bawa itu paper pi sekolah. Kecoh wo..

" Wow, aku duduk sebelah artis!"

" Kenapa tak ada gambar aku?! "

" Macam mana kau masuk? "

" Betul ke tu kau? "

" Aku tak percaya "

" Untunglah.."

dan lain-lain.

Iz malas nak refresh balik part yang sakit hati. Sebab memang sakit hati. Iz memang nak lupakan part tu. Huhuhuh. Malam tu, ayah Fara datang rumah. Pi koba an Iz masuk paper kat parents Iz. Masak. Habislah aku.. Mak dah masam muka. Tapi ayah Iz bangga. Sebab Iz mewarisi ke"popular"an dia. Ceh.. Tapi mak Iz serius tak suka. Yelah, Iz dengan mak Iz tak sebulu. Iz dengan ayah Iz sebulu. Hurm..

Iz minta maaf masa raya. Hahaha. Selesai masalah dunia. Tapi moment yang langsung tak boleh blah. Iz lupa nak bagi tahu dekat Best Friends Forever Iz, Zulfadhli. Hahaha. serius! terlupa habis! Dekat sebulan baru Iz nak bagi tahu. Pastu dia marah sebaba tak inform dia. Iz pekakkan telinga. Lalalalala~

Sincerely,
Izhs :)

Insaf seketika.

Assalamualaikum. kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)


Result PPT Iz ya Allah, hancus! Hahaha. Iz tahu, exam kali ni Iz cuma fu-kus dekat subjek Ekonomi jer~ hahaha.. Macam tahun lepas, result ekonomi Iz mesti 45 ke bawah. Lai lai lai. Tapi kalau tempuh PPT mesti naik ke 60 ke atas. Ha.. Pelik bin ajaib. Hehehe. Serius ko.. menangis tak berlagu bila result monthly test Iz teruk ko.. Masa tu Iz study ala bin kadar. Kali ni Iz cuma fu-kus kertas 1 je. Tapi apakan daya, lai lai. Tapi naik tau! Ha..

Yang tak boleh blah sangat-sangat subjek AKAUN!!! Mengapa? Iz buat lawak. Betul! Percayalah! Hilang 15 markah.. terbang meninggalkan daku huhuhu.. Akaun Realisasi. Tang ni Iz tak letak tarikh. Dah yakin dapat markah 15 gitu-gitu tetapi, cikgu bagi KOSONG!! huaahhh!!!! TTT^TTT Insaf ko! Yelah, selama ni Iz buat tak letak tarikh. Markah penuh 25. Tapi dapat 0! Hahahahha! TTT O TTT Insaf. tak buat lagi dah! Insaf!!

Exam kali ni Iz tak ada A mahupun Gagal. Jyeah! Tapi Tak dapat top-10! dapat top-15! Pelik je.. Banyak-banyak perkara, Iz paling tak tahan dengan BI Iz. Markah sama je dari tahun lepas! Hahaha. Tak naik tak turun, maintain je.. Pelik? Bagi Iz yup! Hehehe.

Iz tabik spring dekat Soon! Pasay pa? Dia dapat nombor 1 dalam kelas dan dalam tingkatan! Fuyoo.. Kawan cek tu! Hahahaha.. Bila Iz nak jadi macam dia? Dalam mimpi! Hahaha. #pemalas

Jumaat ni kena hantar folio akaun, jumaat ni kena jawab kuiz akaun, doakan kejayaan Iz dapat kuiz akaun nanti ya? :)

Assalamualaikum :)

Giveaway Jun by Syira Lokman

http://syiralokman.blogspot.com/2014/06/giveaway-jun-by-syira-lokman.html
*klik banner kasi join*
Apa yang best? Baca ni..

Lavanessa Swiss Professional Skin Care Treatment 10 pcs Rm125 x1- Akif Imtiyaz
Halfmoon Glitter Shawl x1 - Efa
Custom Made Lace Shawl x1- Efa
Novel karya Hilal Asyraf x1- Edo Hayra
Diy brooch x5- Eymasu craft
Mini Notebook x1 - Umira
Kad Blogger x5- Ana Ahmad

Topup RM5 x2 -Hani
Topup RM5 x2 - Siti Hajar
Topup RM5 x2 - Diba
Topup RM1O x1-Iskandar Daughter
Topup RM10 x2 -Fatihah

Edit Full Template x2 - Myra Azmee
Review blog x 2 -Syira
Bloglist 2014 x3 - Syira

Tarikh tutup penyertaan : 17 Jun 2014 | 11.59 PM

TAMAT

SEGMEN: Saya nak watermark by kapas-putih.blogspot.com



url blog : http://izpunyeciter.blogspot.com
watermark :  Izhs Diaryz
tambahan : warna semestinya biru! campur putih. campur hitam. biru tu macam blog Iz. kekeke *banyak songeh betul da.. xD*
tambahan 2 : nak letak gambar macam ni


tambahan 3 : nak menang! boleh? hahahha. acah-acah je. peace ^__^V


Tarikh tutup penyertaan : 11.59 PM | 8 JUN 2014

TAMAT

Kesedihan melanda

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)

Haihh.. actually, bila tiap kali Iz buka blog Iz ni, yang serba biru ni, rasa sayu sangat. Pasay pa? Mana tak nya!! Header blog ketepi sangat! Editlah! Memey ar, nak sangat. tapi tiap kali Iz klik Edit Html mesti keluar gini ha..


Tick box yang kecil-sekecil-kecilnya pun dah tak ada. Benda ni dah lama. Lama sangat. Pendam je dalam hati. Rasa nak teriak noh.. Hahaha. Hurm, kebanyakan blog yang Iz terjah semua lawa-lawa. Kemas. Simple. Iz? old version. Hek..

Kalau blogskin, mesti biru! tapi sikit-sikit pink. Argh! Nampak na anti-pink tu. Hahaha. Hurm. Kan best Iz tutup mata je, bila buka mata blog Iz jadi serba baru yang gebabom gitu. Hahaha. Berangan je lebih. Kalau minta tolong kena bayar. See? Ceh.. hahaha.. Upah. Siapa yang sudi serba-barukan blog Iz? Mampu? kekekek..

Yang teramat keciwak, *ceh..
#holiday mood : on

Pertandingan Forum Remaja SMK peringkat daerah Hulu Selangor 2014

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)

Well, ekceli *ni penagruh novel "akhirnya aku kahwin" * Iz cadang nak sambung post kem part 2 tapi macam malas pula rasanya. So, Iz updatelah dengan ceritera forum Iz ni. Yang join forum ni Iz, Luqman, Ash, Azmiera, dengan Niesa. Asalnya ajak Syakira tapi dia jujur dia gugup so Iz anggap dia dah disqualified. Sehari sebelum pertandingan..

Kami yang gah berlima ni berlatih dekat pusat sumber sekolah. Sampai rehat je. Pastu makang. Masuk kelas. Berlatih. Tak lama, sekejap je, memey ar. baca.. bukan hafal 100% xD Sampaikan..
masa latihan forum..Ash : ahli panel pertama kita, Muhd Luqman Hakim bin Ismail .. ahli panel kedua kita, Nur Izatul Husna binti Ismail .. ahli panel ketiga kita Nur Azmiera Shamimie binti Ismail.. eh silap.. Azmi..Iz : Ismail? xD bhahahahhahahahah
lawak kot.. Esoknya..
depan surau sekolah 

selfie in da car. cikgu pun pelik je tengok Iz xD

jejaka-jejaka 'idaman'

Iz yang biru tu. Niesa yang putih tu. 

ekecli, I don't like this picture because.. -_-

ekceli, ahli panel 2 tu, rupa dia seiras er.. hurm.. :'(
Masa giliran sekolah Iz, M.C = Ash | Panel 1 = Luqman | Panel 2 = Iz | Panel 3 = Azmiera
Serius, Ash cakap macam depan perhimpunan sekolah Iz je. Hehehe. Luqman pula cakap macam baca karangan dalam kelas. Hek.. Iz tak tahulah kenapa part Iz ramai yang senyum-senyum. Senyum tak apa, ni part Azmiera, semua gelak. Gagap. gugup. tersasul. Semua dia. Punca kalah? Maybe..

Luqman | Ash | Iz | Azmiera
Time jawab soalan spontan. Sumpah! Iz merapu! Semua gelak. Cikgu dah pesan, jawab je, salah betul belakang cerita. Ramai juri gelak. >,< Malu wowh..

Ash dan Luqman. gila camera xD

Iz yang tangkap ni, sebab tu cantik. xD *poyo na..

happy je Ash dapat sijil penyertaan. xD

crazy na yang 2 dari kanan & 2 dari kiri xD

Niesa suka gambo ini pasay Iz nampak tembab. Apakah?

2 manusia yang bikin hura-hara except Iz. *kononnya xD

Niesa tergoda tengok gambo ini xD

Luqman, Niesa, Iz, Ash ( LNIA) xD classmate since standard 6, form 1, form 2 :) lebiu :* xD

pasangan yang kuat gaduh macam kucing dengan anjing. Alhamdulillah.. xD

Muhd Luqman Hakim Bin Ismail | Nur Izatul Husna Binti Ismail

jangan abaikan cikgu. possing! ;D

Miss Niesa Gojes xD
See? Even kalah. Kami tetap ceria. xD 
Oh, sekolah tepi bukit? Ni dekat SMK Kalumpang. Ha! Masa waktu zohor, Iz nak pi surau. In the same time, ada 3 mamat ni selisih dengan Iz. Dia kata Iz cantik~ xD keterPERASANan kan? Hahaha. Tapi ok pe, puji ciptaan Allah. Tetapi, yang tak bestnya, mamat yang tengah tu pi tolak mamat kat tepi sampai nak terlanggar Iz. Nasib baik tak jatuh. Pergh.. Nyaris! Iz dah siap dah pasang siku-siku. Ha.. Hahaha..

Sekian sahaja daripada saya, kembali kepada saudara pengerusi. ecececeh.. xP
Assalamualaikum, :)
-Izhs Diaryz-

Kem oh Kem ( Part 1 )

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)

Pergh, lama gila tak update blog. Maklumlah student kan.. bukannya blogger 24 jam 7 hari seminggu macam En. Ben Ashaari tu. sehari minimum 2 post! Ambik kau. Ke main lagi. ;D

Kali ni Iz nak cerita khas pasal kem sahaja. Maybe ada sambungan, sebab panjang. Hehehe. So, kau orang mesti ada pengalaman kem kan? kan? Yeah, macam Iz ni gila kem. Bukan sebab sijil tapi memang jiwa ni suka akan kem. Tapi masalahnya, kem tu yang tak berapa suka dengan Iz. Maybe Iz ni kecik kot. xD *memandai je*

1) Kem Perdana Unit Beruniform SMKTBR (1) 2014
Kem ni Iz pi tempat yang sama macam tahun lepas. Akademi Bomba dan Penyelamat, KKB. Kali ni Iz jadi helper! Maksudnya.. peserta + pembantu cikgu = kerja lebih sikit. Tahun ni Iz jadi macam.. macam.. pen'berdikari'. macam mana nak terangkan ek..

jejaka sesat dalam bas. thehehe. :)
Ha! Iz terlebih suka berseorangan. Normallah. Ini Iz. Pelik bila Iz ada dalam suatu grup. Pelik yang sangat pelik. Ha ha. Entahlah, Iz yang suka menyepikan diri ke, dia orang yang tak suka Iz 'join' dia orang, nevermind. Dah biasa. Since darjah 5 lagi. Saya OK, Saya dah besar.

Kem kali ni, alien join. Argh! Tapi Iz pelik, pasay pa awal-awal lagi dah meluat na bila alien join. Bukan dia dah ada aweks ka? Hek.. Yang sakit hatinya, dia pun jadi helper. Wah, sakit ni. Masak. Hurm.. Sabo jelah der, tahun last der. Rilek der.

pemeriah bas :) *saya tara ada, saya tukang tangkap gambar :)
Sampai-sampai je sana. Kami yang HELPer la sangat, tolong depa naikkan khemah. Lorh, ramai ngupenya tak tau pasang khemah! Gasp! Iz pun ngajo depa-depa ni. Yang kelakarnya, Iz tak tau nak join khemah mana. Maklumlah, pemegang prinsip "alone is me". Ambik kau. Sekali join khemah Ain. Rasakan Iz. Kau nak sangatkan "alone is me" ambik kau.

Malam tu, kita orang kena pi dewan audoterium nak pi donga siapa ntah duk cerita pasal kewujudan bomba ni. Siapa ada video lagi. Ambik kau. Habis je tu, ada suprise untuk kita orang. Ada amanah kena jaga der! Telur ayam der! Iz duk pikiq, 130 orang, sorang sebutir. Apa kejadahnya? Pastu depa duk suruh anggap telur tu NYAWA kita. Apakah? Habis, bila telur pecah, that means nyawa kita melayang? Eh, sakai. Amanah sudah ar. Ni nyawa bagai. Ergh!

khemah -khemah, 2 singgi! mau? xD
Sampai je dekat khemah.
" Husna!!!!!! Kau helperkan? Tolong kita orang!!! " Tu dia... Iz pun pi ar tempat yang depa koba tu. Khemah der. Molek je. Der, dalam khemah der. somot! banyak der! meremang bulu roma den! xD Iz pun apa lagi. Cari tok penghulu kem, tanya pendapat. Dia suruh alihkan khemah, sarang somot bawah khemah. Tukang alih khemah, Iz, Zizan, Yasmin dengan Alien! Iz dengan alien control bahagian depan. Kitorang lawan siapa ke depan dulu, dia menang. pekejadnya lahai. xD


Dah selesai masalah tu, Iz pi ar balik khemah yang Iz tumpang dengan geng Fara. Iz nak keluarkan lampu suluh. Iz melutut jelah, malas nak tanggalkan kasut. Tiba-tiba. Krek! Ada benda sejuk Iz rasa dalam poket seluar Iz. Sejuk sangat. Mak!!!!! Tolo!!! Pecah!!! Hahahahhahahahhahahah!!! TTT^TTT Iz merupakan manusia pertama yang pecahkan telur pada pagi tu. tak sampai 1 jam. dah pecah. Menangis wo..

Entah kenapa, ayat ni, asyik bermain je dalam fikiran Iz,
Jangan fikir apa yang baik itu baik, yang tak baik itu tak baik. 
Mendalamkan maksudnya? Kan? Iz sumpah-seranahlah dekat Iz sebab tak amanah, tapi Iz masih tak puas hati kenapa depa duk bagi telur sorang sebiji. Tak boleh terima kenyataankan?
Kelakar tak Iz menangis beria-ria sampai nak panggil mak Iz sebab telur sebutir pecah? Kelakarkan? Hahaha. Iz rasa macam tak amanah je. Iz fikir yang positif. Tapi tak boleh. Negatif je memanjang.

Iz dah tukar seluar terus badmood. Cik A, Fara, Ain, Khairina, Azmiera, semua tengok air muka Iz berubah. Lemah longlai badan Iz. Macam baru tau result SPM je. xD Entah kenapa ada 1 kes ni ha. si Aishah ayah dia nak pick up dia sebab dia demam. Ha! Time tu Iz terfikir nak JAGA amanah dia. Jeng..jeng..jeng.
Selesai masalah. Kes dihapuskan! ;D

astaka yang tersimpan beratus kenangan. :)
Masa Iz pi tempat ambil makanan/minuman. Tiba-tiba Jumi duk tunding jari dekat Iz. #Jumi ke siapa, entah# Iz apa lagi, buat muka peliklah. Dan.. alien duk pandang Iz. Iz buat tak tau lah kan. Dia tanya Iz. Eh, serius? Hek.. Dia tanya Iz ada tak bam yang untuk otot. Iz jawablah ada. Dia pun mintalah. Cara dia pandang tu macam nak kena penampar kot. Menyampah. Bila Iz nak bagi, dia asyik lari je. Memang nak kena penyepakkan? Kan?

Bila dah bagi, dia buat harta pusaka warisan negara terus! Setiap kali Iz nak minta mesti suara Iz tak ada. Ha.. aiyok.. penangan apakah? ceh.. bhahahhaha.. teruk na perangai. Iz tengok dia urut Azizan. Kelakar der. Tapi yang tak tahan tu, budak lelaki qonquer tempat rest perempuan yang jaga shiff malam. Sakit hati kami. Iz ni lagi ar, berapa shiff entah. Malam tu sahaja, Iz tibai 2 khemah. Hahaha. Bukannya apa, cikgu kesian yang khemah grup Yasmin bersemut lagi dalamnya, cikgu suruh pasang khemah yang cikgu bawa sebagai pengganti.

Ini saya. Saya helper yang baik :) *sila muntah secara berjemaah kalau terlebih terperasanan xD

Macam orang gila kami pasang khemah yang kedua-duanya telah rosak barangkali. Tiba-tiba adik Afiqah tidur sebab kepenatan. Azlin pun sama. Cikgu, Afiqah, Yasmin, Zainab, and else *actually tak ingat* pakat nak pi toilet. Tinggallah Iz sorang-sorang dengan 2 puteri beradu. Gulp! Iz tengok keadaan sekeliling. Seram sejuk bhai. Menggigil kaki. Tengok kiri, kanan, depan, belakang, atas dan bawah. Serius! Seram. Seram macam mana pun kena selesaikan gulung khemah yang rosak rodnya. Nasib baik Zul Amri ada dari jauh dengan Aizat. Boleh dia orang tolong tengok keadaan Iz dari jauh. Kalau tak.. fuh...

Jam menunjukkan pukul 3.00 pagi. Iz pi khemah Ain. Dia bising Iz tak tidur. Hehehe. Iz tengok khemah Ain sesak dengan susuk tubuh penghuni khemah. Iz pun minta Zainab nak tumpang khemah depa nak tidur sat. Tapi nanti depa kejutkan. Argh... Iz apa lagi pi terjah khemah Azmiera. Lantak kau lah.. Tapi.. Iz tak bagi tahu pun Zainab yang Iz hijrah khemah lain. Masa Iz baring nak rehatkan badan dengan mata yang segar-bugar ni, tiba-tiba dengar " Ada orang tak? " Eh.. apa ke pelik na soalan tu? hek..

Rupa-rupanya Zainab duk risau cari Iz. Memey ar, mesti ar dia risau mana tau kena sorok dengan bunian ke hape ke. hahahha. Hadoyai. Salah Iz juga. Tak maklumkan dekat depa. Hehehehe. Iz tidur ayam-ayam je. Bangun pukul 3.30 pagi. hehehe. gila tak? ^_^V

Bersambung..

Rasakan suntikan

Assalamualaikum, kalau tara jawab ada dosa, kalau jawab tara dosa :)



Ceh.. tajuk ke main lagi.. Macam novel. Hahaha. Actually tajuk ini based on my result. Er.. ujian bulanan 1 ._. TOT. Hari ini Iz dapat 3 kertas. Sentap bhai. Habis! Sengat! TT^TT. bukan nak berlagak tapi tak tenang hati. Ok, hari ini Iz dapat kertas Matematik, Sains, dengan Bahasa Melayu. Matematik dengan Sains dapat A. Tapi Bahasa Melayu dapat C. Mana tak nya weiyh!! Headcount. Tak capai sasaran kena jumpa dengan pengetua.

Seriously? Oh mak den. Eh.. biarlah. Kita yang jawab. kita tahu kesilapan dengan kekurangan, kita kaji balik. Kalau bebel juga pengetua tu, mak Iz sarankan sumbat telinga dengan kapas. Jyeah.. sayang mak! :* Janganlah ada sesi bebelesen. Mak Iz tak de pun bebel dekat Iz pasal result. Mak Iz cakap jangan marah murid. Nanti stress. kang menjunam result lagi salahkan dia. Kesian tau dekat pelajar :'( Kami bukan manusia tanpa perasaan. Kami bukan robot. :)

Abaikan stanza atas tu. Tapi masa Cikgu Musa suruh semak penbetulan dengan kertas ujian. Ada part yang peribahasa. Maybe dalam kelas Iz je betul. sebab masa cikgu tanya apa jawapannya, Iz je yang over confiedent. Sekali kena bahan dengan cikgu.

" Jawapannya sedangkan lidah lagi tergigit "

Tapi Iz buat macam ini --> " Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi suami isteri "

" Itu lagu!! Mana ada peribahasa macam tu! Itulah hafal lagu je . " Damn. Hahaha. Best. Dah itu je ingat, tulis jelah. Nasib baik tulis kalau tak hurm..

Masa Cikgu Parvathy suruh buat benda yang sama macam Cikgu Musa buat, Iz ada yang careless!!! Oh mak aku!! Mana tak nya. Dekat graf Iz buat -1.85 tapi bila dekat answer sheet Iz buat -18.5!!!! Mak!!! Ya Allah!! TTTT O TTTT kalau tak boleh dapat markah 12/12. >,< #pengajaran : jangan over 'professional' nanti careless benda yang senang :)

Hahaha. tak boleh blah. Tapi waktu yang tak boleh blah masa tuisyen Addmath. Serius kelakar! Hahahahha. Afiq boleh plak blank kira-kira ni, Selalu dengan Iz dia suka tunjuk kepandaian dia yang 'awesome' tu. Tapi Iz yang menang hari ni. Yeay~ ;D

Oh ya. Minggu lepas si Pakcik Pali ajak Iz buat study grup, bayangkan hanya tak jumpa selang 5 minit dia balik. Apakah? Iz tunggu dengan Ash dekat kelas Iz mana tahu dia patah balik ke. atau datang pukul 2.30 petang ke. Sekali. hurm!!! Iz pun studylah dengan Ash. Geram.

Dah bosan tahap gila-gila babi xD Ash ajar Iz main apa entah. Yang tepuk tangan sekali dengan cawan. Bestlah juga. Cuma Iz ni cepat pusing. xD Sekali dah jadi, ambik kau. Non-stop. xD Iz tuntut choki2 dengan Pali. Tak kira. Dia ajak, dia tara datang, dia kena denda, :)
Smile always :)

Assalamualaikum, love from kitkat's lover :)
xD

Spm Suka Seksa Saya

Assalamualaikum, kalau jawab sayang, kalau tak jawab kau siapa? :P

doodle tara jadi lai-lai malas punya hal :)
Jyeah, bulan 3! Hai bulan 3! *tabiat generasi sekarang* MASA? apa itu MASA? menurut kefahaman Iz, MASA itu sesuatu yang menentukan corak kehidupan kita sama ada baik atau kureng baik. Nampak tak merapu tu? Hek..

Tahun ni Iz kena berbaik-baik dengan MASA. Iz tak suka dengan MASA yang singkat. MASA yang panjang. dan lain-lain. Iz nak ngam-ngam soi je *banyak songeh kau xD*

Hari Isnin : balik pukul 3.00 PM, pergi tuisyen Matematik 3.20 PM, balik rumah 5.40 PM, buat assignment 9.00 lebih PM. rehat? ya Allah.. rasa macam nak mati je.. no rest. :'( Sedih tahu tak? Minggu lepas, menangis Iz balik sebab kelas akaun cikgu lepaskan 'awal' sangat. Dengan tak makan lagi, balik rumah makan macam tak pernah jumpa makanan ala-ala sesat di hutan belantar dalam  tempoh yang sungguh lama. Tapi Alhamdulillah, Cikgu Shahizan kasi buat tuisyen hari Selasa. Yahooo!! Ya Allah.. syukur alhamdulillah :') Terima kasih ya Allah..

Hari Selasa : macam itulah :)

Hari Rabu : Iz sayang grup Iz. Maharani Saujana. ;D

Hari Khamis : Iz, Syakila, Afiq & Azhan tuisyen akaun dengan Cikgu Razak! serius! best! best betul Iz dijadikan mangsa bahan lawak TT^TT tahu la Iz ni kadang-kadang sengaja menyerlahkan ke'blur'an tu. Ceit!! -,-

Hari Jumaat : Tuisyen Add Math dengan Cikgu Shahizan. Nampak anak dia yang kecik-kecik comey lote argh!! rasa nak telan je dia orang ni! Bhahaha. xD Kecik je. Geram. Yang Awe plak suka meriuhkan keadaan. Apapun boleh :)

Demi SPM tahun ini. Tidak mengapa. Tidak!!! huah!!! TTT O TTT
Sedar tak sedar tu semua luahan hati Iz. Kan? Hehehe.. biarlah.. tak mati pun orang baca satu abjad. :)
Assalamualaikum! Assignment! Here I come!

Kejohanan Merentas Desa 2014 kali ke-10!

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)


Sejak minggu lepas ada latihan merentas desa. Iz lari dengan Syakila. Tapi banyak jalan-jalan-jalan. Hehehe. Hari ini. bersamaan 24.1.2014, sekolah Iz buat kejohanan. Pagi tu Iz bangun pukul 7 pagi. Menggila.. Lambat woiii!! Gila punya kerja ni!! pi sekolah pukul 7.15 pagi. Ambik kau. Masak! xD #pengajaran : setkan alarm supaya dapat bangun sesudah subuh.

Dah sampai sekolah tu duduk barisan. pot pet pot pet. Turun padang. pakai nombor.. siap. Masa warm-up, lawak k, cikgu buat yang minor je yang major tak. patutlah ramai peserta mengalami kekejangan otot. kasihan mereka. Saya simpati. xD 

Yang bestnya, masa dekat garisan permulaan a.k.a dekat pagar sekolah, Darisa bagi gula-gula! yeay! xD Iz koba an dekat Darisa nanti lari solo. Prrriiittttt!!!! bunyi hon yang botol tu cikgu tokan. pokak telingo den. pe nghomannya. Iz jalan je. Darisa ikut je. Sekali ambik kau. Last! xD Darisa risau. Sorry Darisa. Den sajo jo buang tebiak ni, konangan~ xD Cikgu Rafidah pun pandang Iz pelik semacam. Hihihi. 

Iz target 30 minit tamat ar. Iz slow jog tinggalkan Darisa tanpa mengucapkan selamat jalan. Oh, sadis. slow jog punya slow jog sampai dekat selekoh, Alif pandang Iz pelik semacam. Eleh. Lari punya lari jumpa Azmiera, ingat nak tegur tapi malas nak bersuara. Sampai tanah merah baru tegur. Ayoyoyo.. xD Masa Iz lari ikut denai yang merah tu, ada someone tegur Iz..

junior : hai akak.
Iz : er? hai. *buat muka pelik
junior : *cakap2 dengan kawan dia sambil tunjuk Iz.
Iz : apakah? 

Hehehe. Nampak na Iz ni janggal gila dengan orang tak kenal. Maaf. Peace ^^V. Oh ya, Iz pakai nombor R 914. Iz tamatkan larian dan akhirnya dapat nombor 41!!!! ;D Dari yang terakhir ke 41. Hang caya dok? ;D yosh! Nisa dapat nombor 28. Darisa dapat nombor 98. xD Penat na lari, Iz dengan Niesa Saad baring. xD Inikah perempuan? Ya Allah.. tak malunya.. Mana taknya, baring ada pandang, ramai lelaki. xD Nisa pun tegur. Eleh.. jealous ar tu xD

Nisa nak air. Botol air dalam kelas. Kelas berkunci. Nasib baik sebelum keluar Iz renggangkan sedikit ruang antara daun tingkap tu, leh panjat terus terjah. Hohoho. Nisa pun pelik. Sekali Iz yang kena panjat. Nasib badan kecik. Senang je panjat. Nisa badan dia panjang, 'tinggi', konfem payah masuk. xD Sekali panjat hambik kau! Kena rangka tingkap dekat betis. erm.. dekat tulang kering ke keting orang panggil. Nasib baik sikit je kena. Huhuhu

Turun kantin. Lepak sat. Cari adik Iz. Tunggu jelah. Dia tu budak-budak last habis. Hahaha. Tiba-tiba..

Irfan : Tepi!! Tepi!! *sambil dukung Idin
Azizan : Sana.. Tepilah!! *sambil alihkan beg-beg budak lelaki dan budak lelaki

Irfan setia mendukung Idin yang mengalami kekejangan otot yang kronik. Azizan dengan tangkasnya mengangkay bangku kantin yang berat serorang diri. Sedangkan bangku tu memerlukan dua hingga ke tiga orang untuk mengangkatnya. Kekuatan yang jarang-jarang boleh kita lihat di hadapan mata. Azizan terus meletakkan bangku di tengah laluan pelajar. Irfan segera meletakkan Idin di atas bangku. Ramai junior menggerumini Idin. Feymes dia sehari. xD Tapi terbit rasa kasihan terhadap classmate Iz.

Sambung balik cerita Iz. Adik Iz jumpa Iz. Bagi air. Dia ambik air Iz. Iz ambik air dia. xD Nisa geleng je tengok telatak kami. Hehehe. Dah tiba waktu untuk menunggu untuk mengetuahui keputusan kejohanan merentas desa. Rumah sukan Iz dapat no. 2!! yeay!!

hahaha. tu sahaja. Assalamualaikum.