Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang ;D

Si Tompok Cafe

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)

STC? Pernah dengar? Tomok? Kucing? Serius la? Ya. Iz serius. Apa yang menyebabkan Iz cerita pasal STC ni?

Al-kisah.. Iz ada projek bagi subjek Pengantar Pengurusan. Sehari Dalam Hidup Seorang Pengurus. Alhamdulillah pengurus STC bagi kerjasama. Dapat air sirap limau free. Ihiks. Yang best dapat masuk bilik yang dipenuhi dengan kucing-kucing. Iz ni sejenis Iz yang acah-acah berani dengan kucing. Suka usap bulu je, Bila disua suruh pegang, kucing yang takut dengan Iz. Sedih tahu tak. Iz ni garang sangat ke? :( Hihihi


Kucing paling besar dalam STC ni. Rasa er.. besar separuh badan Iz? Ngeri


Iz dah lama tak makan chicken chop. Sebab mahal dan tak berbaloi. Tapi yang ni. Cenggini. Dengan harga yang boleh 3 kali makan. 

Kalau nak tengok video yang Iz edit boleh ke sini. 

>>> Youtube <<<

Bilik kucing tu masuk bukan free ya anak-anak. Untuk dewasa, kalau masuk setengah jam kena bayar RM5. Untuk kanak-kanak. Er.. tak ingat. maafkan saya >,<

Sekian. arigatou!


Sambutan Hari Jadi ke-19

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)

Oh ya. Hari tu a.k.a Jumaat lepas a.k.a 2/12/2016, hari jadi Iz. Yeah. Insan yang lahir di pengakhiran tahun. Bulan Disember. Ha.. Ni Iz nak kongsi pengalaman yang har har. Tahun lepas sambut dekat matrik dalam luar bilik. Yang tahun lepas tu first time di-celebrate-kan sebab selama ni celebrate dengan family je. Ni dengan kawan. 

Tahun ni luar biasa. Sebab hmmm. entahlah. rasa tak luar biasa. rasa macam.. entahlah.. 

Ok ok. banyak na aduan rakyat ni. Kita teruskan dengan diari. Hek. 

Malam yang sebelum 2 Dis tu mak Iz dah wish kat facebook. Nampak tak betapa semangatnya mak Iz? hehehe. Mana tak nya. Iz je sorang perempuan & sorang je anak dia yang lahir hujung tahun. Selalu tercicir. Huhuhu T^T 

Adat dekat blok asrama mesti prank habis-habisan. Tapi malam tu geng-geng Iz lupa. Iz tahu dia orang lupa sebab selalunya kalau ada birthday someone mesti prank malam tu. Ni tak. kantoi!

Iz celebrate dengan cukulat. Cukulat? Cokolat. Ha. Dah lama tak beli. Hari tu juga beli. Sebab Iz ingat lagi ayat Lee *ex-rumet KMPk*, "bila birthday saya, saya kena makan banyak." Ok. Set. makan banyak. Makan nasi lemak & nasi bujang. Hahaha. Bajet tak mencukupi. Tapi tibai beli coklat cadburry.

Dah lama craving, baru dapat. Untuk diri sendiri daripada diri sendiri. Jyeah!
Tak ada siapa lagi wish birthday Iz. Sis reda. Sis dah biasa alami. Nasib budak-budak bulan Disember. Kan? ke Iz sorang je rasa macam ni? ek? Dan-dan hari tu jugalah hari jadi ketua PMFEP, Abang Ibraz. Ramailah yang wish. Sampai Iz balas "Abang Ibraz je ke? + buat emoji jari telunjuk kiri kanan bertemu*" Maka lepas tu ramailah yang wish. Yang tak boleh belah, Tasha yang searas dengan Iz ni pun lupa. Inikan budak depan bilik. isk isk isk.

Malam tu ada kelas ganti Makroekonomi. Tiba-tibalah rumet Iz ajak pergi makan. Iz dapat hidulah nawaitu dia orang tu. Hahaha. A'liya pula tanya "Ala.. Iz ada kelas, baru nak ajak keluar makan" Elehhhhhhh.. pi gi lah! Dan maka dengan itu Iz pergi ke kelas ganti dengan Norin.

 Masa masuk dewan kuliah, Aini nampak Iz terus wish. Norin terkaku. "Haaa.. birthday kau ke hari ni?? Aku tak tahu.. bla bla bla dan bla" Ahhh. Sudah. Banyak na drama. Aishh. Habis je kelas, Iz balik dengan Norin & Umi. Tapi tiba-tiba Umi cakap malam rumah hantu dah buka. Maka dengan ini, Norin terpaksa pulang ke KDO sorang-sorang sebab esok dia ada kem. Kasihan. Dan Iz & Umi pergi masuk rumah hantu.

First time Umi masuk rumah hantu tapi tak nangis.
Lepas masuk rumah hantu, Iz dengan Umi duk pot pet pot pet masa balik. Masa depan FSSK, tiba-tiba Umi jerit "Weiyy!!!!" Dah kenapa makcik ni. Iz tanyalah apahal. Dia cakap tak ada apa-apa. Ek. Aneh. Pelik bin ajaib. Jalan sikit lagi jerit lagi "Weiy!!" Dah kenapa. Umi cakaplah "Bukan sepatutnya kau balik ke hari ni sebab Ahad ni nak celebrate birthday kau?" Ek. Dah ada kelas ganti mestilah tak jadi balik. Choi!

"Hari ni 2 Disember kan?" Yalo. "Happy birthday!!!" Auch. Tersentuh hati cek. Aish.. hahaha. Dan dan Umi ajak makan, nak sambut birthday girl. Dah la tengah lapar masa tu. Ini dinamakan rezeki beb. Rezeki. Mula-mula nak makan dekat KDO, tapi tak jadi sebab kedai tutup. Maka ke KTHOlah kami. Umi terus belanja burger dengan air teh ais ikat setengah. Hahaha.

Yang tak boleh belah, Umi buat My Story masa Iz makan. Dah lah makan bersepah. Aish. Malu la. Hahaha. Pastu Iz ceritalah pasal teater SEDARAH yang KTHO menang tu. Dan dan dah pukul 11.45PM. Hahaha. Tiba-tiba Umi cakap "Good luck". Ok. Part ni seram. Iz balik je bilik, bilik Iz dengan bilik depan gelap. Ok. nice. Balik je solat Isyak. Minum teh ais bungkus ikat setengah sampai habis. Terus tidur.

Dan kemudian, kipas ditutup. Mata Iz kuyu gila. Sebab seharian hadap Makroekonomi je. Dan bantal yang tutup muka dialihkan. Maka muka Iz disirami air + bedak + planta. Yang tak boleh belah tilam basah. Bangun je Iz simbah air kat dia orang. Kemudian sesi makan kek. Kek. Kek. Ke disuap dan dicalit ke atas sampai ke dahi beb. Lepas tu bagi air sarsi. Sarsi. Sarsi. Sarsi sangat! Masin. Begitulah kisah hidupku.


Malam tu tidur bilik depan. Tak tidur dengan rumet. Padan muka dia! Ceh