Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang ;D

Iz yang dulu bukanlah yang sekarang

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)

Agak menarik topik kali ni. Menarik ke? Hahaha. Tak rasanya, sebab dah lama Iz tak update blog T_T.

Nak update dekat Instagram pun macam tak ada masa, apatah lagi facebook. Kenapa Iz yang sekarang tak sama dengan dulu?

Ok, pertama, Iz makin gemuk. Hahaha. Ok. tak lawak. #hambar.

Sejak jadi mahasiswi UKM ni, Iz pegang jawatan yang agak besar tapi kecil di mata orang. Apa tu? Dekat fakulti, Iz pegang jawatan Timbalan Eksekutif Kelab Keusahawanan dan Inovasi 17/18. Satu je jawatan dekat fakulti.

Kalau ada yang macam tertanya-tanya apa tu Kelab Keusahawanan dan Inovasi ni boleh klik di bawah ni >> KLIK SINI << tu yang facebook. Kalau instagram yang ni >> DI SINI<<. Kelab ni baru je aktif. Dan kalau ada pembaca yang sudi nak tahu boleh klik mana-mana media sosial kami.

Rasanya tu je kot. hahahha. malas nak taip panjang-panjang sebab nak study untuk mid term pula. Adios~

Tanggungjawab baharu!

Assalamualaikum dan heeee *sengih.

Lama gila Iz tak hadap blog! Sedihnya.. T_T. Mungkin sebab semester ni Iz sibuk sangat sampai lupa akan kewujudan blog. *walhal intsagram, facebook, whatsapp boleh hadap hmmm

Oklah, Iz ceritalah apa yang Iz bikin sibuk masa semester 2 ni.

1) Akademi menara gading junior

2) Alumni Talk

3) Makan Malam Alumni

4) Malam Anugerah Pelajar

5) AGM Bei

6) AGM PMFEP

7) Midterm *tak study

8) Siapkan assignment

9) Layan Naruto xD

10) Jamuan HELAA

Kalau rasa macam apakah semua ini? Silalah rujuk di instagram Iz di @izhs97 

Lepas AGM BEI, Iz dapat jawatan sebagai Timbalan Eksekutif Kelab Keusahawanan dan Inovasi sesi 2017/2018. Kena rangka program yang best-best. Program yang ada kaitan dengan pelajar dan keusahawanan. Hmmm. Iz tak dapat idea lagi. samar-samar. T_T

Insya-Allah, dengan bantuan MT dan para Exco yang hu ha hu ha akan ada banyak aktiviti-aktiviti menarik semasa Iz and de geng galas tanggungjawab baharu ni. Amin. :D

FREEBIES : Name tag Doodle versi budak sekolah

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)

Dah lama tak buat freebies. Last buat masa.. entahlah. Eh! Masa Iz tingakatan 4! Yosh! Alhamdulillah. Freebies yang Iz buat tu ramai yang bagi thumbs up! Sampai cikgu sekolah rendah Iz pun ambil doodle Iz buat bunting masa kem pengawas. Tapi dia tak tahu tu Iz buat. Nampak tak riak ujub dan tak'bur tu? Hahaha.

Kali ni Iz guna balik design lama. Doodle ni terhasil sejak mak Iz jadi cikgu kelas tahun 5 masa 2015. Tahun ni mak Iz jadi cikgu kelas lagi sekali tahun 3. Baru sekarang nak publish. Kah!

Doodle ni tercipta bila mak suruh Iz buatkan jadual bertugas. Tapi doodle ni juga boleh divariasikan dengan pelbagai kaedah. Nak re-edit balik pun boleh. No hal. Iz bagi free je. Tak bayar. Tak dikenakan GST pun.

Background transparent + PNG













Last paper, done!

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)

Yeah. Alhamdulillah. tamat sudah sem 1 untuk degree tahun ni. Last payper diraikan dengan pergi ke Jalan Reko, Kajang dan layan Boruto the Movie *baru nak tengok*. Haha. Sakan hoish. Padahal baru tahun 1 T^T


Gambar tak senereh. Haha. Macam biasalah, pergi jawab exam pakai baju kurung. Tapi ramai je tibai pakai blaus t-shirt bagai. So far exam kali ni hmm.. ada 2-3 subjek Iz target lulus. tapi sebenarnya semua subjek target lulus. Hahaha. Tak target dekan. Kenapa tak target dekan? Kan senang. Err. Iz spesies makhluk Allah yang tak suka taruh harapan tinggi walaupun ramai yang suruh target tinggi. Iz target lulus bukan bermaksud Iz belajar sambil lewa. *sambil lewa atau sambalawa?* Iz cuba uji diri Iz nak tengok sejauh mana Iz faham belajar subjek berkenaan. 

Ada manusia yang target dekan. Tapi dapat 3.92. Frust. Stress nak belajar. Ada manusia yang target dekan. Tapi dapat 3.0+. Bersyukur. Iz golongan yang tiada di atas. Hahaha. Iz yang target 2.0 ke atas. dapat result cantik, syukur alhamdulillah. Hahaha. Tapi, bila kawan Iz tanya "Berapa kau target sem ni?" Iz jawab "Lulus pun cukup." Mulut dia senget-senget pandang Iz. Hehehe.

"Kau gila ke? Degree kot! Susah nak graduate nanti. PTPTN lagi! Lulus je? Serius la?" 

"Aku amalkan "lulus pun cukup" sejak zaman sekolah lagi. Hahaha" 

"Tapi, kenapa? "

"Tak suka berharap. Sakit bila jatuh. Risiko tinggi. Aku kenal diri aku. Kemampuan aku. Aku dengan kau, walaupun sama kuliah, tapi otak lain. Sebab tu aku tak belajar. Dah pandai. Exam semua AAAA. Nampak tak ujub, riak dan takbur tu? Hahaha"

"Pale otak dia." kawan Iz cubit Iz T^T

"Ok, sebenarnya, aku dulu ada baca mana entah kisah seorang student ni, SPM kot. Dia struggle nak mati. Dia satu-satunya harapan sekolah, keluarga, mak ayah dia. Malam sebelum SPM tu dia bunuh diri. Dia stress sangat."

"Pergh. Kat luar negara pun ramai bunuh diri bila nak exam"

"Tapi dia bukan bunuh diri. Dia dibunuh oleh harapan semua orang sekeliling dia. Dia tak tahu macam mana nak manipulasi harapan tu kepada kekuatan dia untuk belajar. Ada orang boleh jadikan dorongan daripada semua orang tu sebagai kekuatan dan sebaliknya. Aku takut jadi yang sebaliknya. Tapi setakat ni tak ada lah akal nak bunuh diri. Gila ke apa? Dosa besar!"

"Kalau macam tu, aku pun nak target lulus!"

"Kau dah kenapa?"

"Takut dibunuh"

"Pale otak dia"

Macam biasa, ada tokok tambah sikit dalam "karangan" kat atas ni. Tapi ada yang betul. Ini berdasarkan pengalaman dan fahaman Iz. Kalau ada pandangan yang berbeza, boleh kongsi :D