Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :) Trimaz singgah blog Iz ^^ Tinggalkan jejak yaw! ;D

Video D ' yrde

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)

# apa kaitan dengan ni? xD

Lama gila Iz tak update blog? *kononnyalah. * 15.6.2010 Iz sepakat dengan geng Iz nak buat video D ' yrde.  Dah set gerak pukul 9. Iz pergi dengan Amira. Tapi sebelum itu.. Malam sebelum buat benda alahan ni, Pali mengada-ngada nak datang dengan Syabil. Iz paksa dia naik dengan kita orang. Sebab Syabil lambat nanti Ash dengan siapa? tak ke sedih di situ?

Setelah dipaksa akhirnya Pali setuju. Cantik! xD Pagi tu Iz saja je ar lalu ikut tangga nak ke sekolah. Tak sangka plak junior Iz ada. 3 orang. Hantar folio. Tapi yang maha pelik tu Alif, Eizlan & Shika pandang Iz semacam. Sebab apa? Iz pakai tudung bawal buat gaya labuh. Baju macam baju seklah labuh sampai ke lutut. Tak ke 'menyerlah' tu? xD Dia orang boleh plak tunggu je nak buat pengecaman. hadoyai! xD

Borak punya borak dah sampai dekat kedai Shaukat. Tunggu Amira. Nak beli barang jap. *makanan tambahan yang tidak mahal * Dah beli pergi ke bustop Kenanga. Tunggu Pali. Tak sangka datang tepat pada masanya. xD. Kereta dah sampai. Masa nak naik tu Pali boleh pula tak nak duduk depan. Sabo jelah. Mak Sara boleh plak belanja kita orang makan nasi lemak. Ya Allah. baiknya. Rezeki!!!

Masa depan pagar rumah Sara, Ash duduk dekat tembok. Sian. Turunkan tingkap, halau dia xD. Ash pandang tak puas hati je. Hahaha. Dah sampai tu duduk macam rumah sendiri. *Iz je buat macam tu, yang lain jadi tetamu xD* Mak Sara ajak sarapan dekat halaman rumah. Bentang tikar. Nasi lemak bungkus ada 4. Sorang pun tak nak ambil. Iz dah kebulur ambillah. Tapi yang lain tak. Aduh, segan tak bertempat. Iz ambilkan untuk Pali. Ash pandang je. cemburu le tu xD Iz terpaksa buat sebab kebulur sangat.

Dah selesai sarapan, bincang pasal video. D' yrde nama manusia. Kawan Iz. hahaha. Sian. First scene, Iz dengan Sara berlakon. Sara segan. Iz asyik lupa skrip. tenison cameraman dengan director. xD Scene kedua pun sama. Dah habis scene 2, Syabil dengan Muqmin datang. Dahlah sesat. Lambat pula tu. Marah kami. Dia minta maaf dengan Ash je! Wah... Rasa nak lempang laju-laju. Azan Zohor berkumandang. Solat dulu. Iz dengan Amira solat dekat bilik Sara. Sedar tak sedar Iz punya jari luka. Hahaha. Adat. Pergi ke mana tak luka tak sah.

Belum sempat nak shooting ke babak 3 dah dijemput makan. Wah, langkah kanan beb! Masa sarapan, Pali duduk sebelah Iz jaraknya 60 cm. Makan tengah hari tu, duk menghadap. Ash sebelah Iz. makan peliks. hahaha. Tapi masa makan ar banyak gelak sampai senak perut. Bila sunyi Ash minta pasang radio. Iz bukalah. Lagu apa ntah dengar, dia orang nyanyi sambil makan. Yang lain gelak ar. Pali senyum je. Sara kesian. Gelak je kerja dia. Amira pun sama. Syabil dengan Muqmin tak habis-habis buat lawak. Aku? Er.. hehehe.

Babak 3. Ash kena jadi tukang hantar barang. Dia balik rumah dia dengan Muqmin. 10 minit kendian, Muqmin call Saybil habak dia orang kat TESCO. Wah.. segela kata cacian kita orang bagi. Geram. Bila sampai Ash habak kena tipu. Ini yang amarah naik tinggi melangit. Rasa nak telan je sekor-sekor >,<
Babak 3 ar yang banyak tak jadi. Hahaha.

Time Iz berlakon asyik nak gelak je. Entah apa penyakit tak tahu. Muqmin dah stress dengan Iz. Hahaha. Ash sabar je dengan gelak Iz. Syabil control je. Nasib siapa suruh aku berlakon? Ha! Kan dah kena! xD Dah lama sangat dekat tempat berlakon Muqmin buat hal. Nak air~ Nak air~ Siap kacau lagi time rakam. Rasa nak humban je dia dalam longkang. Geram.

Akhirnya siap juga video tersebut tapi malang tidak berbau telefon bimbit Mak Sara hilang! Kesian an? Dah habis tu, Iz dengan Amira nak balik jalan kaki. Tapi mak Sara baik gila hantar kami sampai depan rumah. Pergh. Tak pernah dapat macam tu. Selalu dapat dalam mimpi je. Kali ni jadi kenyataan! ;D

Apa-apa pun video kali ni memang awesome! Tak macam tahu lepas, first time koo. Ni pun sebab nak masuk pertandingan liga kreatif remaja 2013. Insyaallah kalau ada rezeki menang buat kenduri 2 jam. hehehe. Oh ya, Iz ada upload video ' Mencari Syabil yang hilang ' dekat youtube. Bosan sangat Ash dengan Pali rakam je. Iz upload, marah suka belakang cerita. ;D


yang kuning tu Ash | yang hitam tu Pali | yang pink tu Sara | yang baju ungu pakai spek Amira | yang purple gila tu Iz :D
That's all, see you soon.
Assalamualaikum :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan