Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :) Trimaz singgah blog Iz ^^ Tinggalkan jejak yaw! ;D

Kopi Hazelnut?

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)


Kopi hazelnut? Apakah.. Sejenis kopi? Apakah.. Apa yang dirapukan ni? Ha... Ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian.. Masa Iz masuk matrik, sem 2, sebulan lagi nak habis matrik, classmate Iz pukau kami sekelas suruh rasa kopi hazelnut. Iz? Kopi? hahaha.. memang tak la. lain la kalau kopi susu.

Bila kami lepak depan bistro, siap buat bulatan, dah passing cawan ke sebelah, sampai giliran Iz. Mar suruh minum. Iz dengan berat hati sedut penyedut minuman *wah ayat! xD* sikit. dan.. gulp! Sedapnya!!! Mana taknya, kopi berais. hehehe.. Siap berebut hoi nak habiskan air tu.

Tiap kali lalu bistro, mesti beli air tu. Hahaha. pengaruh kuat sangat. Tapi ada hari tu akak bancuh air tu letak susu banyak sangat, manis lit lit. Ek? Ada ke manis lit lit? Heee. Sejak habis matrik tu, Iz teringin air tu lagi. Heee. Sekarang Iz buat sendiri. Mana jumpa? Beli. *ok lawak hambar, maaf*


Kali ni Iz buat sendiri. Walaupun bukan sama jenama, Iz tetap beli yang ni. Kenapa? Sebab hari tu ada expo keusahawanan dekat mana entah.. yang pasti yang ni sama booth dengan air boboiboy. Air Tok Aba. Malt coklat. Sedap.. Rasa macam dalam cerita boboiboy tu *sembang lebih, hee*. Adik Iz beli air Tok Aba, Iz beli air la ni. Sekali sedut, jatuh cinta. Auch. hehehe. Lepas beli paket besar, stok cepat habis. Iz tak jumpa dah air Mocha Latte ni. Dan Iz pun berhuhuhu. 

Sejak balik kampung hari tu, singgah Giant nak cari kurta adik Iz, tapi tak jumpa. Yang jumpa yang ni. Terus Iz rembat. Rindu.. Hehehe. Siapa yang teringin nak rasa, boleh lah cari Mocha Latte with hazelnut ni dekat Giant yang terpilih. Harga? Iz tak ingat sebab mak Iz yang bayarkan. hihihi. Tapi dalam lingkungan RM13 ke bawah. 


Oh ya. Laras ni salah satu syarikat bumiputera yang hasilkan produk tempatan. Buatan Malaysia. Halal. Ada logo MESTI. kenapa tidak sokong barangan Malaysia? Lagi-lagi air ni yang sedap. Iz bancuh kopi mesti letak susu walaupun yang ni dah siap letak stevia. Orang bancuh kopi panas, tapi Iz buat yang sejuk. Derhaka? Hee tekak masing-masing.

*akhirnya terupdate juga blog Iz setelah sekian lama menyepi T__T xD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan