Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang ;D

Kad bank CIMB baharu tak boleh paywave

 Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang. ♥

Bulan lepas, tahun lepas, Iz punya kad CIMB dah sampai seruan untuk penukaran kepada kad baharu. Masa daftar tempoh hari, Iz daftar dekat CIMB Bank di Pusanika, UKM. Rasa kaya bila ada kad CIMB. Haha!

Macam mana nak tukar kad bank baharu?

Ada dua pilihan sama ada secara mohon dalam talian atau pergi terus ke kaunter bank. Iz baca ulasan dan pengalaman pelanggan CIMB yang mohon kad bank menerusi talian, makan masa dan merisaukan. Lebih baik Iz pergi terus ke kaunter.

Baru Iz tahu, kita boleh 'renew' kad sebulan awal. 

Jangan lupa bawa kad pengenalan dan keberanian serta kesabaran. Proses penukaran kad bank tak sampai tiga minit. Sangat sekejap. Cuma lama menunggu bank mula beroperasi dan beratur dapatkan nombor giliran.

Rasa leceh bila kena imbas kod QR untuk isi tujuan dan dapatkan nombor giliran. Iz rindukan kertas nombor giliran.

Dah dapat kad bank baharu, Iz terus pecut balik. Tak aktifkan kad bank. Haha. Iz nak aktifkan dekat Petronas Sungai Choh. Pintu CIMB ke mesin ATM rosak, malas nak patah balik. Semata!

Kad dah aktif, CIMB Clicks dah kemaskini, esoknya, Iz nak pos barang kat kawan Iz. Pergilah di J&T. Pekerja yang biasa jaga kaunter. Iz dah kata nak 'wave' saja. Dia pun dah hala terminal pembayaran. Iz pun sentuh kad.

Bip! Bip! Bip!

Uish. Ini luar biasa. Selalunya imbas kad, bunyi bip tu sekali saja. Ini tiga kali bip! Skrin dah warna merah. Simbol pangkah bukan main besar. Ketakutan Iz begini.

"Transaction failed."

Ah sudah. Kad bank baru tukar semalam. Apa benda ni? Takkan kena pergi bank balik minta tukar kad lagi? Yare yare.

Iz pun bayar secara tunai. Muka masih bertenang. Syukur RM7.40 saja. Tapi masih duit. Haha!

Balik tu, Iz buka komputer riba. Cari segala cadangan penyelesaian masalah. Alhamdulillah. Tak membantu. Kita nak tahu bagaimana cara untuk aktifkan fungsi 'paywave' dekat kad baharu. Akaun masih hidup dan cip kad sangat baharu. Ada seorang yang komen, dia pergi balik ke bank tanya kenapa kad dia tak boleh buat 'paywave'. Orang bank pun tak tahu.

Sehinggalah Iz terjumpa satu komen ni. 

Bayar secara pin dulu untuk aktifkan fungsi 'paywave'. 

Iz cuba petua ni. Masa ni nak bayar makan dekat Melawati Mall. Pekerja restoran pula tak pandai bahasa Melayu. Iz sengaja bayar secara 'paywave'.

Bip! Bip! Bip!

Dah agak. Mesti berlaku lagi. Pekerja restoran tu pula yang cemas. Kawan Iz nak guna kad dia dulu. Iz minta sabar. Nak buktikan silap mata ni menjadi. Iz minta bayar guna pin kali ni. Dua pekerja datang selamatkan keadaan. Iz cucuk kad dan nak masukkan pin. Boleh pula dua pekerja tadi nak tengok nombor pin Iz. Iz halang dengan tangan kiri. Isy, isy, isy.

Transaksi berjaya.

Alhamdulillah. Pembayar berjaya. Tapi, fungsi 'paywave' dah boleh guna ke?

Untuk membuktikan keberjayaan (apa benda ayat ni. Haha!), Iz pergi ke sebuah butik telekung dan beli dua helai tudung. Harga tudung tu RM45. Ada promosi dan dijual pada harga RM15. Ambil!

Masa bayar tudung, Iz cuba bayar dengan cara 'paywave'. Adakah berjaya?

Alhamdulillah, berjaya!

Maknanya, kena buka pintu hati kad dengan bayar secara pin dulu baru boleh guna kaedah 'paywave'. Fuh. Kecut jantung kita ni. 

Apa-apa pun, kad CIMB baharu ni warna masih merah, corak masih sama dan jumlah duit dalam bank yang menyusut. Tsk.

Dan begitulah kisah Iz dengan kad bank CIMB baharu.