Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang ;D

With them! Part 2

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)

Terlepas baca post yang PADA ZAMAN DAHULUNYA? Sila klik ini >> With them <<

Oh ya Iz terlupa nak cerita pasal aktiviti malam di dalam bilik. Tak akan tidur je. Bosanlah tidur *Pergh..* Iz teringat nak ambil ubat apa entah nak urut kaki yang sakit ni. Pergi ke bilik VVIP. VVIP? Siapa? Hehehe.. cikgu kamilah :D Ramai sangat terjah masuk tanpa segan binti silu. xD

Ketuk pintu kuat-kuat. Cikgu Marwani buka pintu. Kami serbu. Cikgu tengah makan, dengan selamba bin badaknya kami join sekaki. Makan strawberi, ubi rebus, cendawan goreng, udang goreng, apa lagi tak ingat. Yang best main iPad cikgu, buat harta seketika xD

Tengok gambar.. wow!!! tak ada pun gambar Iz! TT^TT Best! Gambar grup "HOT" je banyak.. yelah dia orang buat iPad cikgu macam iPad dia orang, beli sendirilah. Dah ar malas nak ungkit, benda dah lepas.. TT O TT .
Dalam 15 minit kemudian.. Fatin, Natasha dan Balqis datang menyerbu. Bawa maggi cup.. cup maggi. mana betul ek? tapi yang pasti maggi tu dalam cup :D

Iz biasalah buat muka tak malu makan sekali. Yugi dengan Nisa segan-segan persis gadis melayu terakhir. Hehehe. Memang bestlah masa tu sampai pukul 11 tak silap lepak dalam bilik cikgu. Dah penuh perut dengan makanan yang di ambil, kami pulang ke bilik masing-masing. Tidur.. ZZZzzzz...


>> Keesokkan harinya <<

Jam menunjukkan 6.20 AM. Bangun! Mandi time. Ok, part ini Iz paling suka. Masa mandi buka paip yang warna merah keluar air sejuk, paip biru keluar air sejuk gila! Macam mana nak mandi? Guna sinki. Jangan kau orang ingat Iz duduk dalam sinki.. sudah! Ambil air kat situ.. Pastu dalam 5 minit tiba-tiba rasa berwap semacam. Wow air dekat shower dah panas tapi Iz dah habis mandi. Wahai shower yang dikasihi.. izinkan aku nak belasah kau! Dengki! >,<

Iz minta Nisa ajarkan CARA-CARA NAK BERMAKE-UP! . Serius! Iz tak reti.. tak pandai .. tak master bab MAKE-UP! Nisa pakaikanlah Iz make-up. Pastu dia suruh Iz adjust mana yang patut. Iz? Adjust? Iz buat nak serupa macam anak pontianak versi 10.7! Yugi gelak je. Kalau boleh nak guling-guling atas lantai je >,< Aku tahu ar aku ni tak reti make-up.. kalau nak gelak tu.. kuat-kuatlah.. >,<


Dah hilangkan semua make-up *Iz yang pegang kamera

Masa nak keluar tu ada dengar lagu ONE PIECE- RUN RUN .. eh sat, tu bukan lagu dalam telefon aku ke? Check jap.. Cikgu Ruzaini call? Rindu dekat kita orang ke? xD #K. tak salah sekali sekala perasan jangan lebih sudah.

Ke part yang agak best. Ke ladang strawberi. Sat. part ni tak best sangat. Masa berjalan-jalan usha sana usha sini di Tanah Rata best. Iz dengan Nisa batak tahap 3 jumpa taman permainan. Apa lagi serbu sakanlah. Yugi dipaksa menjadi bidan terjun dalam kategori tukang ambil gambar. Gayut sana gayut sini. Huish nasib baik pakai kasut, kalau pakai selipar Osaka sah hilang!

Masa dekat area palang ala-ala kubu pertahanan tu, Iz panjat sampai satu tahap ni dengan Nisa suruh Yugi tangkap gambar. Tengok Yugi gelak semacam. Hairan. Pelik. Toleh belakang. Pergh! Ash! Kacau daun kari! EEeeiii! Menyibuk betul >,< Pastu Soon pijak palang yang Iz duduk. Pergh terasa beratnya. xD Zack? Hilang.. 

Cikgu pekik suruh naik bas. Iz, Nisa dan Yugi sempat bergambar. Dah nak kena tinggal apa lagi lari!!! Tapi ada juga yang tak naik. Bosan menunggu, Cikgu Ruzaini ajak pergi tandas. Ok masa nak balik ke bas tu, Iz dan Nisa sempat lagi bergambar. Cikgu duk sengih je. Cemburulah tu hehehe.. 

Telefon Iz berbunyi lagi. Mak? Hai, rindu dekat aku ke? Hehehe.. Mak pesan beli jagung. Jagung? Cuba banyakkan kau orang on the way nak ke ladang teh dengan duit tinggal RM5 dapat beg. Memang taklah. Mak bebel ar Iz ni boros ar itu ar. Mak tanya beli apa sampai duit tinggal RM5? Nak tahu? Sila scroll ke bawah :) #Sebenarnya tinggal RM1 sebab beli air dekat Bharat :)

  1. Bateri  RM9.00
  2. Makanan masa dekat R&R Tapah RM7.00
  3. Jambu dekat R&R Tapah RM2.00
  4. Drumstick dekat MARDI RM3.00
  5. Halwa Roselle RM5.00
  6. Jampple dekat Night Market RM15.00
  7. Baju untuk Zul Amri & Ammar RM20.00
  8. Keychain skateboard RM10.00
  9. Gula-gula kapas RM3.00
  10. Jambu potong RM3.00
  11. Air Twister RM3.00
  12. Strawberry RM10.00
  13. Aiskrim Cornetto Black Forest RM3.00
  14. Gula-gula perisa buah RM2.00 
  15. Air Teh Bharat RM4.00

Tinggal RM1.00. Memang kaw-kaw kena marah. Yelah, beli itu marah beli ini marah, beli ar makanan, kenyang perut xD

Ladang teh Bharat! Oklah masa pergi tak best sangat tapi yang best masa beli sejenis minuman ni. Air Teh berperisa Strawberi dan Mangga Berkarbonat! Ada ke? Ada! Nak bukti? Nah, tengoklah..


Didakwa memberi rakan minum air ini sehingga terdesak! 

Tersedak? Macam mana tu? Iz buat dajal sikit je. Iz goncang air tu. Goncang kuat-kuat. Pastu bagi beberapa mangsa minum. Habis tersedak semuanya! xD Baiknya saya~ ^^ Yugi asyik geleng kepala je. Sian.. xD

Dah sampai dekat R&R Behrang. Pergh.. Hujan kot! Panas! *Baca boleh, percaya jangan* Masa dah habis solat nak naik bas. Buatlah muka cool kononnyalah jalan menuju je bas. Masa nak naik bas. Sat.. pergh!!! tersilap naik! Pakcik driver bas tu duk pelik je. Buat muka selamba + cover malu. Lah bas, kau dekat sini rupanya, puas aku cari kau tahu tak! #Bas dipersalahkan. 

Masuk je dala kereta cerita insiden tadi semua terdiam.Awat tak gelak? gelaklah! Huhuhu TT^TT.. Mengarut je. Pakat Azmiera duduk belakang bas sementara tunggu dia orang naik bas. Ambil gitar Muaz. Action main walhal tak reti pun! Perasan je. Yang bestnya cilok makanan Farhan. Tengah syok menjamu selera budak laki naik. Kantoi? Tak kami sempat duduk tempat kami dalam masa 4 saat! Hebat tak? xD

Dah semua naik. Jalan! Masa on the way balik tu.. Ya Allah bosannya. Ambil iPad cikgu Marwani main game. Eh, talking pocoyo ada keyboard? Iz mainlah keyboard yang tak sampai 10 key tu main lagu Najwa Latif- Carta Hati. Masa Iz main semua diam. Risau pun ada. Bila dah habis main baru bising. Huish. Hebat! xD Macam sama je masa Iz darjah 4 main rekoder semua diam. Kau orang pakat ek? :P

Bas dah sampai di perkarangan sekolah. *Sekolah pun buat karangan? hebatlah xD* Semua pungut barang masing-masing. Iz tunggu driver Iz datang. Driver? Puih.. mimpi je! Abang Iz datang bawa motosikal ayah dengan muka perasan handsomenya. Masa bagi beg Iz, Ezrai tanya abang Iz pasal lepak tak silap. Iz terkedu.. why? Tak sangka abang Iz yang .. ni ramai yang kenal.

Tanya Ezrai, "Kau kenal abang aku ke?" Masa tu abang Iz hantar beg, ni duk tunggu Cikgu Ruzaini cukai jagung. 

"Eh, tak.. mana ada" Ezrai jawab. Tak kenal? Habis yang kau cakap dengan abang aku tu siapa? Hantu? Dia tersengih dan terus blah. Ceh.. 

Kalau kau orang nak tengok gambar kita orang masa dekat Cameron, sila rujuk:
>> Versi Izhs <<
>> Versi Ash <<
dan lain-lain

p/s: Maaf jika terkasar bahasa atau apa-apa sahaja yang mengguris hati. Hope enjoy :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan