Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :) Trimaz singgah blog Iz ^^ Tinggalkan jejak yaw! ;D

BH Skor | Rabu | 9/7/2014

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang.

BH Skor? Wow.. *gelaklah* Sebenarnya Iz tak tahu nak cerita macam mana, jadi Iz hantam sajalah. ^__^V

Malam tu.. Iz dengan Qiela pi surau depan rumah kami. Macam biasalah Iz selalu duk usik dia dengan selipar dia. " Orang kata, perempuan yang tak reti susun selipar tak layak jadi isteri" K, merapu ar, betul ke tak entah. Hehehehe. Sorry Qiela, nanti cek minta maaf masa raya na..

Masa tengah cari port yang best nak solat tiba-tiba terdengar suara mak Fara, biasalah suka berborak, Iz masa tu duk main teka-teki dengan Qiela. #siapa yang ada sebelah Iz automatik jadi childish. xD# Pastu, mak Fara tiba-tiba panggil Iz..

" Cuna, masuk paper! " kata beliau dengan nada yang sangat teramat beria-ria. Iz dengan Qiela lip-lap #blank. Mak Fara pun explain ar macam mana keTERjumpaan Iz dalam surat khabar. Beliau sanggup panggil Angah suruh check betul ke tak tu Iz. Ambik kau..

Sekali mak Fara suruh Iz pi ambil surat khabar dia nanti masa habis terawih. Iz hairan tang sini. Gambar Iz yang masuk Qiela yang over-excited. xD


Tada.. hahaha. lawak kot!! Muka Iz! yang besar tu abang Iz yang tangkap. Isk. isk isk. Orang first dalam kalangan kawan Iz yang tahu, Qiela. hahaha. terbeliak mata dia. hahahha. pastu balik rumah Iz sorok ini paper. Tak nak bagi tahu parents. Hehehe. *jahat? derhaka? entahlah..

Malam tu sebelum tidur, Iz telefon Niesa. Dia macam biasa. Ha? Ha? Tu je ar ayat dia. tak ada ayat lain dah. Esoknya, Iz bawa itu paper pi sekolah. Kecoh wo..

" Wow, aku duduk sebelah artis!"

" Kenapa tak ada gambar aku?! "

" Macam mana kau masuk? "

" Betul ke tu kau? "

" Aku tak percaya "

" Untunglah.."

dan lain-lain.

Iz malas nak refresh balik part yang sakit hati. Sebab memang sakit hati. Iz memang nak lupakan part tu. Huhuhuh. Malam tu, ayah Fara datang rumah. Pi koba an Iz masuk paper kat parents Iz. Masak. Habislah aku.. Mak dah masam muka. Tapi ayah Iz bangga. Sebab Iz mewarisi ke"popular"an dia. Ceh.. Tapi mak Iz serius tak suka. Yelah, Iz dengan mak Iz tak sebulu. Iz dengan ayah Iz sebulu. Hurm..

Iz minta maaf masa raya. Hahaha. Selesai masalah dunia. Tapi moment yang langsung tak boleh blah. Iz lupa nak bagi tahu dekat Best Friends Forever Iz, Zulfadhli. Hahaha. serius! terlupa habis! Dekat sebulan baru Iz nak bagi tahu. Pastu dia marah sebaba tak inform dia. Iz pekakkan telinga. Lalalalala~

Sincerely,
Izhs :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan