Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :) Trimaz singgah blog Iz ^^ Tinggalkan jejak yaw! ;D

Holaa

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)


Hoorraayy.. SPM dah habis. Maka dengan ini, sudah tamat zaman persekolahan Iz. #sepatutnya post ni buat masa bulan 11 tapi virus M bermaharajalela# Dah tak payah gosok baju sekolah. Baju sekolah? Taip pasal baju sekolah teringat masa last payper. Masa Iz gosok baju sekolah, terketar-ketar lutut. Penangan apakah ini?

Dah habis jawab, balik. Balik je rumah, ayah Iz belikan KFC. Wahhh.. tapi.. Iz tak makan. sebabnya ayam tu ayam lama. Tengok warna pun dah tahu. Hee. Baru habis SPM insya-Allah, Iz dapat darah tinggi. Apesal? La ni, adik-adik Iz. Masya-Allah. kecik besar kecik besar je tengok diorang ni. Buat hal non-stop. Dan yang paling best, asyik-asyik Iz kena marah sebab salah depan. Kwaja. Cis!!!

Dulu azam lepas SPM nak ambil lesen. KONON. tapi sampai sekarang tak ambil lagi. Kenapa?

Iz : Mak, kakak nak ambil lesenlah~~ boleh?
Mak : Tak payah ambil lesen, kerja dulu.
Iz : Ok..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Iz : Mak, kakak nak kerjalah~~ boleh?
Mak : Tak payah kerja, ambil lesen dulu.
Iz : Ok.

Muka Iz masa tu rasanya macam ni

Susahnya jadi Iz ni. Jadi sekarang Iz menganggur jelah. Itu tak boleh, ini tak boleh. Huuuuaaaahhhhhhh T__________T
Duit dalam tabung tak bertambah. Iz mula rajinkan diri aktifkan akaun 8Share & Churpchurp Iz. Walaupun dapat 20 sen sehari, tak pe! tak pe! Sikit-sikit lama-lama jadi bukit! yeah! Chaiyok! Ganbatte! Iz nak kumpul duit sebab nak beli laptop. Nak buat assignment masa sambung belajar nanti kan senang~ cewah..

Doakan Iz dapat keputusan SPM yang cemerlang. Mudah-mudahan.. amiin..
Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan