Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang ;D

Bahagian 1: Pengalaman mengerjakan umrah pada musim sejuk

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang ♥

Alhamdulillah. Iz, mak, adik dan Acik dijemput untuk mengerjakan umrah pada tahun ini sebelum bermulanya bulan puasa. Saat ini, Iz baru pulang dari Mekah lebih kurang dua hari yang lepas. Sebelum memori Iz menghilang (Ya, Iz ada masalah penyimpanan memori. Pantas lupa), lebih baik Iz abadikan kenangan itu ini di sini.

Makanya, mak dan ayah sudah merisik sebuah agensi pelancongan yang menyediakan pakej umrah sekitar kawasan rumah. Iz tak nak taip nama agensi tu. Cawangan sekitar rumah Iz, pekerjanya bagus. Ya ke? Yang membuatkan hati Iz bengkak ... nanti Iz ceritakan. Haha!

Jadi sebelum itu, Iz akan kongsikan pengalaman pertama daripada seketul manusia yang tidak percaya bakal mengerjakan umrah buat pertama kalinya.

Sebelum nak daftar mana-mana pakej umrah, usyar dulu harga pakej. Masa mak Iz tanya pakej dekat salah satu agensi ni, harga pakej keras mat. Seorang 10k. Masa ni, kawan Iz kongsikan pengalaman dia ambil pakej yang lebih murah dengan harga 7k seorang. Tak silap Iz, awal tahun 2023 begitu. Jauh sangat bezanya. Dua-dua pakej ni untuk bilik berempat. Jadi, Iz sarankan dekat mak Iz untuk tunggu sekejap.

Sebulan dua kemudian, 

Sebuah agensi pelancongan menjadi sasaran mak Iz. Kursus umrah buat setiap bulan berdekatan dengan kawasan rumah Iz. Seronoklah mak. Boleh pergi kursus tiap-tiap bulan walaupun kandungannya lebih kurang. Haha!

Apa perlu ada sebelum daftar pakej umrah?

Yang pertama, passport. Tak ada passport, sedikit sebanyak sedikit sukar untuk daftar pakej umrah. Duit? Belakang cerita. Haha!

Untuk buat passport, kalian perlukan tiga macam.

1. Salinan kad pengenalan
2. Kad debit
3. Pen (untuk isi borang)

Iz buat passport di Jabatan Imigresen Malaysia cawangan Kuala Kubu Bharu secara 'walk-in'. Tak berani ambil risiko daftar secara dalam talian. Lagi-lagi, bukan Iz seorang saja perlu buat passport, adik dan ayah Iz pun sama. 

Sampai pukul 10.30 pagi di JIM Kuala Kubu Bharu. Nombor untuk sesi pagi dah habis. Syukur ada nombor untuk sesi petang. Kiranya Iz manusia 15 terakhir sebelum nombor hari ini habis. Fuh!

Suasana di JIM KKB
Suasana di JIM KKB. Meriah macam hari raya.

Tatacara pakaian itu ini, kalian boleh cari di mana-mana untuk rujukan. Yang pasti, kaca mata tak boleh pakai masa tangkap gambar. Tudung warna gelap. Jangan menggatal tudung putih. Kalau lelaki perlu pakai baju berkolar.

Sebelum tangkap gambar, borang yang gad beri masa ambil nombor giliran, kalian perlu isikan. Butiran peribadi dan juga ketinggian. Masa nombor dah dipanggil, serah borang dan salinan kad pengenalan. Tempoh tangkap gambar tu kurang tiga minit saja. Cap jari dan itu ini. Kalau lama semacam tu, selalu dekat proses tangkap gambar terganggu. Macam hari tu, ayah Iz lama juga sebab teleng kepala tu tak cukup darjah ketelengannya. Akak pegawai panggil Iz minta tolong betulkan kepala ayah Iz. Inikah dinamakan 'kepala bapak aku?' Haha!

Gambar dalam passport memang sukar nak mengaku itulah gambar kita. Haha! Dahi luas seluas alam. Ekor mata mesti nampak. Kiranya, tudung habis ke belakang. Dan yang paling penting, tak boleh senyum.

Kenapa tak boleh senyum? Tak cantiklah gambar begini. Yihh.

Bila kita senyum, kamera sukar nak buat pengecaman wajah bila 'check-in' di lapangan terbang nanti. Jarak antara bibir atas dan hidung boleh menggagalkan analisis. Mahu tak mahu, jangan senyum. Buat muka garang nak telan orang sebab bising atau muka tahan marah sebab lapar. Wah tiber.

JIM terima pembayaran menggunakan kad bank sahaja. Kalau bawa tunai, mereka tak terima. Seingat Iz, RM200 untuk passport baru. Dah selesai pembayaran, kena tunggu dalam sejam untuk proses passport dicetak. Waktu untuk ambil passport mereka akan tulis di resit.

Tibalah waktu kutip passport, hati Iz berdebar-debar. Tak. Tipu saja. Buat apa nak berdebar? Haha. Masa ambil passport, serahkan bukti pembayaran dan imbas jari kita. Jangan kau gatal suruh orang lain imbaskan cap jari. Tak boleh. Kena pemilik passport sahaja. 

Dapat saja passport, terketar-ketar tangan. Inilah kut,

Buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh

Inilah buku merahnya! Inilah!

Alhamdulillah. Selesai buat passport untuk hari ini. Syukur Allah mudahkan urusan.

Seterusnya?

Daftar pakej umrah dekat agensi pelancongan pilihan. Kalian bayangkanlah, baru siap passport, mak Iz ajak daftar petang tu juga. Semangat sangat ni. Iz dan adik minta mak bersabar. Dalam minggu itu juga daftar pakej umrah.

Pemilihan tarikh sangat penting. Kalau kami berempat pergi umrah, abang Iz pula masih belajar, siapa nak hantar? Naya naya. Akhirnya, penghujung bulan Januari menjadi pilihan. Minta pula naik kapal terbang MAS dan turun di Mekah dulu untuk empat orang.

Masa daftar, ikut agensi juga apa dokumen yang mereka perlukan. Macam agensi ... jap. Bagi Iz reka nama. Tak nak guna nama sebenar. Haha!

Iz namanya, Agensi Polka. Ya. Agensi Polka. Masa daftar, mereka mahu nama, nombor telefon, alamat rumah, salinan passport. Duit? Tak nak ke? Mestilah mereka nak. Kita bayar deposit dulu. Ikut berapa jumlah deposit seorang. Darab empat. Boleh beli telefon pintar dua biji. Haha!

Alhamdulillah, proses daftar umrah selesai. Setiap seorang dapat buku panduan haji dan umrah. Tinggal baki bayaran dan gambar passport berlatar belakang warna putih sahaja. Maka, bermulakan kursus umrah pertama pada bulan September 2023.

Kalian bayangkanlah, Iz pergi kursus tak buat sebarang ulang kaji apa-apa. Memang kosong sungguh. Apa itu umrah? Kenapa orang nak sangat pergi Madinah? Kenapa orang teruja tangkap gambar dekat tangga bergerak di Mekah? 

Jujur, rasa kosong dan tertanya-tanya.

Bila kursus umrah pertama, ustaz (rasanya beliau lebih layak dipanggil ustaz daripada mutawif. Ilmunya cenggini *ibu jari ditegakkan) terangkan umrah ini satu ibadah.

"Antara pergi Mekah dengan Bali, baik pergi Mekah. Ingat tuan-tuan, ibadah bukan tempat pelancongan."

Masa ni, Iz mula rasa sesuatu. Namun, masih belum kuat rasa sesuatu tu. Mungkin, waktu penerbangan masih lambat. Iz berangkat pada 29 Januari 2024. Kursus bulan September 2023. Kurang geliga otak Iz. Haha.

Iz telefon kawan Iz tanya pengalaman umrah pertama dia. Dia pun risau bila Iz tak banyak tanya. Iz tak nampak gambaran umrah tu macam mana. Kabur dia tu, gelap. Eh, ada ke kabur gelap? Kira gelap sokmolah. Dia macam, apa ni? 

Tuhan, tolong Iz. Iz macam sesat je ni. Ahhhh!

Tengok TikTok, sentiasa fyp video tentang umrah. Iz mula belajar sikit-sikit. Amalan sunat yang dicadangkan buat sebelum mengerjakan umrah. Iz tak ikut satu. Haha. Lebih baik Iz selesaikan puasa ganti tahun lepas dan qada solat mana yang tercicir tanpa sedar. Oh ya, tak lupa juga langsaikan hutang-piutang.

Iz kan terbit buku Lembaran Skrip Mitos dengan tiga rakan penulis. Iz berusaha habiskan baki stok dengan beri percuma dekat perpustakaan desa, perpustakaan sekolah rendah dan menengah. Ada juga jual dengan harga penghabisan stok. Takut mati dekat Tanah Haram dengan hutang yang belum langsai. Ghisau.

Bulan November, staf Agensi Polka hantar satu berita kepada Iz. Dia kata, pihak ibu pejabat tak ada tarikh untuk ke Mekah dengan menaiki MAS. Bila Iz beritahu keluarga, mak Iz sedih. Nak kerjakan umrah dulu dan naik MAS. Iz tanya balik staf tu ada tak tarikh lain ke Mekah dengan menaiki MAS. Sekali dia kona suruh transit dekat Istanbul la. Apa ini miska?

Ayah Iz pujuk mak Iz untuk terima hakikat. Mungkin Allah sedang aturkan sesuatu di Madinah. Siapa tahu? Mak Iz pun perlahan-lahan telan hakikat.

Jadi, kalau tak naik MAS? Naik apa? Ya tepat sekali. Air Asia. Kata staf, Air Asia X. Lebih besar daripada Air Asia biasa. Memanglah besar sikit. Penerbangan antarabangsa. Dah kenapa nak bagi kapal penerbangan domestik. Isy. Tak jumpa kelakarnya.

Bulan berganti bulan, kawan mak Iz ajak pergi kursus umrah di Masjid Saidina Ali anjuran agensi tak ingat. Haha. Jujur cakap, kursus yang ni belum jumpa umrahnya. Dia asyik cerita pasal perkara fardhu. Kawan mak Iz kata mereka bagus menjaga jemaah ketika umrah. 

Mutawif pun cerita ada satu insiden ketika mereka memberikan kad bilik kepada jemaah. Ada sepasang jemaah ni dapat bilik mewah. Selak langsir terus nampak Kaabah. Rupa-rupanya, pihak pengurusan hotel tersalah beri kad bilik. Jemaah pula tak nak keluar dari bilik tu. Puas pihak agensi ni pujuk tapi jemaah tu degil nak mati. Elok disiram dengan air zam-zam yang panas. Akhirnya, pihak agensi terpaksa bayar kepada pihak hotel lebih kurang 2000 riyal. Riyal nak, riyal. RM2500 lebih.

Suara mutawif ni nyaring. Termenung Iz mendengarnya.

Sedikit demi sedikit, Iz mula nampak perjalanan umrah. Sungguh, video di TikTok, daripada 10, hanya lima saja yang membantu. Haha! 

Awal Disember. Persiapan awal umrah untuk dokumen di Malaysia sudah selesai. Passport dan bayaran penuh pakej umrah. Tinggal kaitan di luar negara dan barang keperluan. Untuk bahagian 2, mungkin lagi panjang daripada bahagian 1. 

p/s: Iz akan ceritakan secara terperinci. Insya-Allah selagi mana ingat. Tak ingat, Iz minta maaf. Memori sudah luput. Tsk.

Bahagian 2: Pengalaman mengerjakan umrah pada musim sejuk

Tahap seterusnya

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang.

Agak lama tak kemaskini blog ni. Haha. Makin ketinggalan? Erm. tidak. Mungkin mod nak menaip cerita tak ada. Post terakhir pun tahun 2018. Hahahaha. Kalau papan kekunci komputer riba tak rosak, tak adanya nak terbitkan post baru. Ada hikmahnya. Ya.

Baiklah. Sempena PKP ni, Iz nak imbas kembali kehidupan Iz sepanjang menjadi seorang mahasiswi sehingga menjadi seorang pekerja kilang sos. Mungkin bagi pelawat, *bapak skema ayat, hahahha* post ni macam "Kenapa aku kena baca cerita hidup kau? Kau artis ke?" Hahahahaha. Tidak. Iz cuma nak ungkapkan apa yang Iz belajar sepanjang hidup ni. Yang membuka mata Iz. Dan juga menutup mata Iz.

Macam mana ya nak mulakan. Mulakan masa matrik? Rasanya ya. Hahaha.

Dunia matrik..

Semasa zaman matrikulasi, Iz ditempatkan dalam sebuah kelas A2T7b. Rata-rata rakan sekelas berjantina perempuan. Dan ada dua orang lelaki India. Rakan kelas perempuan? Iz ni membesar dengan laki-laki. Rakan sekolah pun rapat dengan lelaki. Iz macam tak suka kawan dengan perempuan. 

Sebab Iz tahu, mulut Iz ni pedas. Cakap sikit, merajuk. Hahaha. Tiba-tiba kena pujuk. Iz macam euuww. Gediknya. Haha. Jahatkan. Tapi Iz rasa sampai sekarang Iz kurang berkawan dengan perempuan. Mungkin Iz tak cukup perempuan? Hahahaha.

Ya. Iz pernah bergaduh dengan kawan sekelas masa matrik. Sebab lepas tangan tak nak buat tugasan, dengan alasan 'Aku ketua PAL, aku sibuk' Sungguh Iz rasa nak lempang je. Small small don't die, big big trouble people. Iz nampaklah macam mana kawan sekelas layan Iz. Berbeza sangat. Sebab Iz tak pernah ada kawan rapat sama kaum. Kawan rapat Iz, Yugita. Nisa dan Pika pun kawan baik tapi masa zaman sekolah tak serapat macam Yugita.

Ada kawan sekelas seorang ni memang spesies manja, Iz macam dah kenapa perempuan ni. Semua orang suka berkawan dengan dia. Iz macam ok, menarik. Dia jenis yang berfikiran terbuka. Kira sesuailah dengan Iz. Walaupun tak rapat mana, tapi dia ramahlah. Tak memilih kawan.

Apa yang Iz sedar, kawan sekelas Iz ni ramai orang pantai timur. Berpuak-puak tu biasalah. Iz macam ah lantak kaulah. Selagi tak ganggu hidup aku, aku ok. Hahaha. Cuma Iz agak terkilanlah ada dua insan ni pergunakan Iz masa mula-mula. Lepas tu buang Iz macam sampah. Haha. Iz macam ah lantak kau. Nanti bila susah baru cari aku. Puihh. Mungkin istilah "Pandai yang kesunyian berego" sesuai dengan gelaran Iz. 

Bukan nak berlagak, tapi Iz ni sejenis yang pandai cuma malas. Malas. Hahahaha. Pernah ada peperiksaan apa entah, untuk subjek Perakaunan, dekat matrik ada 4 dewan kuliah. Iz seorang je dapat markah penuh. Ketua Jabatan pun macam tak sangka Iz bijak. Iz pun tak sangka Iz bijak tapi Iz malas nak belajar dekat matrik ni. Haha. (Jangan contohi Iz. Tak baik. Allah tak suka)

Dekat matrik jugalah Iz belajar erti "Lone Ranger". Masa masuk mula tu, Iz berkepit dengan Nisa dan Kila. Khabir pesan, "Kau kena belajar jalan sorang-sorang, berdikari sorang-sorang. Demi masa depan kau." Iz dulu pernah berhajat nak berseorangan sebab rasa nak jelajah sendiri. 

Mula-mula rasa macam jahatnya biarkan Nisa dan Kila. Tapi fikir balik, ini bukan Iz. Bukan diri Iz. Iz kena berani melangkah. Sombongnya Iz. Eh, memang sombong pun. Hahaha. Yang aneh bin peliknya, walaupun Iz ni Lone Ranger, ramai yang kenal Iz. Iz macam, "Perlu ke aku dikenali? Aku ni tak penting."

Perlahan-lahan Iz belajar kawan dengan kawan perempuan secara berhemah. Yakni rakan sebilik Iz. Iz memang tak rapat dengan rakan sekelas, tapi agak rapat dengan rakan sebilik. Sebab selalu bergurau senda. Macam-macam buat. Iz tak rasa keseorangan. Rasa macam ada 2 orang kakak. Dan seorang adik perempuan. Dan jiran-jiran yang baik. Alhamdulillah.

Masa jadi AJKO lagi seronok, sebab Iz dapat tonjolkan diri Iz yang sebenar. Yang bukan "Lone Ranger", yang asli. Yang suka bergurau, macam-macamlah. Iz selesa dengan diri Iz yang masa tu. Yang ceria, gembira dan bertenaga sepanjang jadi AJKO dulu. Ada draf post pasal ni, tapi macam biasalah, hahahahhaa.


Kesimpulan sepanjang Iz belajar di matrik ini ialah, hmm. 
Jangan abaikan diri sendiri. Hargai diri kita dulu. Gembirakan hati kita, sebelum nak gembirakan orang lain. Kalau tak mampu, jangan paksa. Tak berdosa pun berehat sekejap.
Ok, mari siapkan diri ke dunia yang atas sikit,

Dunia IPT..

Alhamdulillah, Iz berjaya tempatkan diri dalam sebuah IPTA yang sangat terkenal dengan penggunaan Bahasa Melayu sebagai medium perantaraan. Cuba teka. Tak dapat? Apa ni. Teka lagi. Cepat-cepat Iz bagi masa tambahan.

Tet!

Jawapannya ialah Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jawapan betul? Tahniah! Nah gula-gula. *bayangkan

Menjadi seorang mahasiswi yang tak berapa sweet and wii *apakah, alam yang ini banyak betul menduga mental Iz. Fizikal ada kembang pastu kurus balik. Hahahah.

Bahagian ini serius. Agak serius. Iz dihasut untuk mengikut trend orang bandar sana. Tapi macam biasa, Iz degil orangnya. Orang lain pakai baju sopan santun tapi Iz peduli apa, seluar track, baju lengan panjang, tudung sarung hitam, beg galas. Hahahahhaha. Ya Allah. Macam pergi bersukan padahal pergi kelas!

Tatkala orang lain sibuk nak melawa, make up, ikut trend pakai tudung tutup leher, pakai seluar nampak buku lali dan sebagainya, dan Iz masih menjadi Iz. Tak terdetik pun nak ikut fesyen yang menyesatkan itu. Kenapa nak ikut benda tak baik? Kenapa? Allah murka sis :'(

Alam IPT ini banyak dugaan yang Iz hadapi. Masalah rakan sebilik. Masalah keluarga. Masalah rakan sama kos. Masalah rakan matrik yang sama IPT dengan Iz. Masalah rakan kolej. Banyak betul masalah. Tapi ada satu masalah ini yang Iz memang tak boleh lupa sampai bila-bila.

Bayangkan, sesi pembelajaran semester kedua dah habis. Iz dan dua orang kawan kos Iz pergi berendam dekat kolam renang. *ya, kaki Iz mana sampai. haha, Dan malam itu, Iz buat macam duduk dekat hotel. Makan maggi, tengok Shin Chan dekat Youtube. Tidur lambat sebab layan Hello Baby. Haha.

Jam 2 pagi, Iz terjaga. Tulang belakang Iz rasa macam kena cucuk. Bertalu-talu. Iz bangun. Lentikkan badan. Ya Allah.. Sakit dia macam entahlah. Iz tak dapat ungkapkan. Berair mata. Lama juga rasa sakit itu. Pastu Iz rasa tak sedap hati. Tiba-tiba teringat rumah. Tak tahu kenapa. Iz cuba tidur balik. 

Esok pagi, makcik Iz datang kutip Iz. Makcik Iz bagitahu mama masuk hospital. Zas. Mata berair. Terus kemas barang. Patutlah pagi buta tu rasa semacam. Petanda untuk berita buruk. Mungkin.

Dan ya, Iz ada karang hikayat mama Iz masuk hospital tapi tak siap lagi. Tiap kali menaip, menangis. Macam mana nak menaip? Oshiete! 

Mama takut Iz jijik dengan mama. Tapi Iz ni kan hati batu. Tangan inilah yang cuci berak mama, mandikan mama, salinkan baju mama, tukar pampers mama, bagi mama makan, sedut kahak mama dekat tiub. Sungguh tak cukup tidur. Tapi Iz tak nak cerita lebih. Tak best cerita dekat sini. Tunggu novel Iz yang hikayat ini diterbitkan. Acah!

Sungguh, menjadi seorang mahasiswi, mental kena kuat. Kita tak tahu siapa kawan kita, siapa tikam kita, siapa percaya dekat kita, siapa khianat kita. Iz pun banyak juga salah silap. Tapi yang tak boleh belahnya Iz cari pasal dengan satu kelas kos Iz. Lepas tu gaduh. Hahahahaha. Dah tahu mental tak kuat tapi cari pasal juga. 

Lagi-lagi fyp kos, banyak bendalah Iz belajar. Menguatkan lagi mental Iz yang cepat koyak. Kot. Malam-malam menangis mengenangkan fyp. Mengenangkan ahli-ahli fyp. Oh ya, yang hikayat ini Iz akan abadikan dalam novel siri ke-empat mungkin. Banyak pengajaran boleh dapat. Sungguh. Dia bukan macam projek berkumpulan biasa-biasa. Yang ini luar biasa. Insya-Allah. Doakan Iz. Iz tahu Iz baik. Ihiks!


Dah habis belajar, campak-campak topi, apa kesimpulannya? Mental dah kuat belum? 

Satu sahaja potongan ayat yang memberikan kesedaran tahap tiga bagi Iz. 
Kalau bukan sekarang, bila lagi?
Ringkas dan padat. Makin dewasa makin ringkas ayat. Hahahaha.

Baiklah, kita ke alam pekerjaan. Alam di mana Iz hanya hidup selama 6 bulan. Kenapa 6 bulan je? What the? Kerja ke main? 

Tenang-tenang. Iz bekerja sebagai pegawai Pemasaran Digital merangkap Pereka Grafik merangkap QC Label merangkap Juruvideo merangkap Jurufoto merangkap Pengubah bahasa merangkap kaunter aduan dan lain-lain. 

Wah, canggih! Hahahaha. Seronok ke kerja banyak jawatan? Seronok! Sampai tak terbuat kerja hakiki. Punyalah boleh multi-task tu sampai OT. Dengan rakan sejabatan yang terlampau tua dan tidak boleh bekerjasama, sangatlah seronok. 

Banyak konflik wo masa kerja. Dosa orang kita kena tanggung wo. Belum lagi dosa diri sendiri. Hahahaha. Dengan tak nak mengaku salah macam budak-budak punya perangai. Dalam kes ini, Iz berani cakap, Iz yang dewasa. Yang sejabatan itu tak dewasa. Hahahaha. Jahatnya mulut. Tapi itulah kenyataan. 

Pasal kerja Iz malas nak coret panjang berjela-jela sebab Iz dah lupa. Hahahahahahaa. Ya Allah. Iz dah tua! Dah lupa ingatan! Hahahahaha. Tapi kesimpulan yang Iz boleh bagi agak kompleks. Iz cuba ringkaskan. Cuba ya,
Gapailah dahan yang meranting, bukan dahan yang mereput. Panjatlah dahan yang membantu, bukan dahan yang menjatuh.
Wah! Rasa macam Syira Lokman pula. Hahahaha. Oh ya, taip nama Syira Lokman, sekarang ni Iz mengisi masa dengan menaip novel. Iz baru saja hantar manuskrip novel pertama Iz, Permulaan Szanpiy. Tapi sayang seribu sayang, Iz terpaksa memalsukan diri dengan bubuh adegan yang boleh diterima. Ikutkan hati nak letak adegan bunuh-bunuh, orang makan orang (cannibal) macam dalam anime Attack On Titan. Hahahahaha.

Tapi Iz fikir balik, ya Allah. Kenapa nak hasilkan novel macam itu. Lama juga la Iz berdiskusi dengan diri sendiri. Nak buat jalan cerita macam mana. Sebenarnya Iz pernah terbitkan satu novel bertajuk Szanpiy dekat NovelPlus. Tapi ceritanya tergantung.

Iz menaip novel Szanpiy masa 2018, zaman Iz down sangat-sangat. Yah, zaman IPT. Dengan menaip novel, Iz dapat tukarkan rasa negatif kepada positif. Sebab menangis dah bosan, stok air mata kering. Mengadu dekat bestfriend sudah. Mengadu dekat pakwe sampai putus sudah. Hahaha. Akhirnya solusi ini terbentuk bila blogger terkenal Malaysia, Ben Ashaari, perkenalkan NovelPlus.

Iz malu dengan penulis-penulis muda yang dah berjaya terbitkan novel cinta-cinta tapi Iz buat genre untuk remaja. Hahahaha. Eh.. peduli apa. Dengan cara tersebut, Iz dapat merealisasikan angan-angan Iz sejak darjah 6! 

Baiklah saudara-saudari, setakat ini sahaja pertemuan kita. Maaf andai terkasar bahasa, penggunaan ayat yang entah apa-apa dan terlampau syok sendiri. Ingatlah. Ini diari atas talian Iz. Suka hati Iz lah nak buat apa, (ayat budak-budak twitter, hahahahaha)


Tak salah berangan, yang salahnya tak mulakan.
Ja ne.
Assalamualaikum :D




Cara baiki keyboard laptop bermasalah dengan mudah

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)

Keyboard laptop bermasalah?

Air tertumpah dekat keyboard dan huruf H asyik keluar bila taip?
Folder kena delete dan terus masuk recycle bin?

Macam mana tu?

Situasinya macam ni.

Sedang Iz khusyuk nak buka powtoon nak edit video tu sebab pensyarah suruh masukkan dua tiga perkara dengan laptop yang lembab, Iz terus close tab. Rasa macam apahal lah laptop ni lembab. Hari tu edit powtoon ok je. Lembab pun ok juga masa ni. Ni tak habis-habis loading. Haih.

Hati ni dah geram. Dengan pensyarah yang bagitahu last minute lepas tu nak segera. Iz terus tekan software Virus Shortcut sebab rasa macam ada virus je sedang bersiar-siar.


Bila tekan, laptop sangat lembab. Iz geram sangat. Terus klik banyak kali dan tiba-tiba keluar banyak pop-box yang mengata "Nak delete tak? Jomlah delete".

Maaf guna kamera fon je. 8MP. haha
Iz pun dah tekan No banyak kali. Siap klik pangkah merah tu. Tapi. Haha. Terus masuk dalam recycle bin. Rasa macam apakahhhhh. Iz cubalah buka folder semester Iz yang sekarang ni dan terjadi kisah yang sama. Menangis wei. Hahaha. Iz terus WhatsApp abang Iz tanya apa patut buat. Mana tahu dia pernah alami ke apa ke. Tapi itulah, abang Iz suruh tidur. Iz tak putus asa. Iz googlelah How to solve auto delete. Dan ada yang suruh cabut mata keyboard. Iz cabutlah. Siap bersihkan habuk pasang balik.

Upacara membuka mata keyboard. 
Dah buka dah restart dah itu ini sama je perangainya. Iz macam nak menangis lagi. Tapi kali ni Iz cool. Hahaha. Cari lagi jawapan macam mana nak atasi. Tapi Iz cari jawapan yang versi bahasa Inggeris tak cari guna bahasa Melayu sebab rata-rata kedai komputer suruh pergi kedai dia. Macam. Entahlah. Nak kena hantar hari ni juga. Huish. Sedang ralit mencari jawapan, ada seseorang cadangkan download KEYTWEAK.

Apakah itu? Benda ni adalah sejenis mapping untuk keyboard. Misalnya butang Delete bermasalah, kita tentukan nak delete guna butang apa. Contohnya kita tentukan right-click sebagai delete. Bolehlah google kalau nak tahu lebih dalam pasal KEYTWEAK.

Tapi itulah. Langit tak selalunya cerah. Iz buka je KEYTWEAK. Butang Delete disable. Maksudnya laptop tak detect butang tu. Iz punya keyboard laptop memang bermasalah dan Iz guna wireless keyboard untuk menaip.



Sedih punya sedih. Iz dah tekad nak disable keyboard laptop. Pasrah habislah masa tu. Tapi macam mana? 

Inilah cara Iz baiki keyboard Iz. Tapi sebelum Iz kongsikan, Iz bagitahu siap-siap. Nak buat ni kena ada external keyboard sama ada wireless atau usb. Mudah seikit kerja. Terima kasihlah dekat brader mana entah yang ajar dekat youtube walaupun slang Omputih dia tu tak faham apa. Haha

Cara disable keyboard laptop:

1) Pergi ke Computer Management


2) Pergi ke Device Manager dan klik "Keyboard"


3) Pastu klik PC/AT Enhanced PS/2 Keyboard (101/102-Key)


4) Klik "Update driver"


5) Klik pilihan bawah tu


6) Pastu klik bawah tu juga


7) Untick kotak yang kecil tu. Nanti keluar macam ni. Cari jenama lain yang tak sama dengan jenama keyboard korang. Contoh Toshiba.


8) Lepas tu klik belah kanan tu. 


9) Bila dah yakin, bersemangat. Klik Next dan akan keluar notifikasi macam ni. Tekan Ok.


10) Bila dah ok akan keluar paparan macam ni. Tekan close. Belum siap lagi ni Sabar ya anak-anak.


11) Ok last sekali dia akan tanya "Nak restart ke tak nak? Nak tak? Meh lah." Hahaha. Gurau-gurau. Bergantung pada anda nak restart ke tak nak laptop. Tapi lebih baik restartlah.


Bila dah restart, cuba taip sesuatu menggunakan keyboard laptop korang. Ilek? Tak boleh guna? Alamak. Tahniah! Anda berjaya melumpuhkan keyboard laptop anda! Dan anda bolehlah berbahagia dengan keyboard baru anda. Yeay!

Sekian sahaja perkongsian Iz. Kalau ada yang menjadi, tahniah. Kalau yang tak menjadi, jangan bersedih.
Assalamualaikum ♥

Iz yang dulu bukanlah yang sekarang

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)

Agak menarik topik kali ni. Menarik ke? Hahaha. Tak rasanya, sebab dah lama Iz tak update blog T_T.

Nak update dekat Instagram pun macam tak ada masa, apatah lagi facebook. Kenapa Iz yang sekarang tak sama dengan dulu?

Ok, pertama, Iz makin gemuk. Hahaha. Ok. tak lawak. #hambar.

Sejak jadi mahasiswi UKM ni, Iz pegang jawatan yang agak besar tapi kecil di mata orang. Apa tu? Dekat fakulti, Iz pegang jawatan Timbalan Eksekutif Kelab Keusahawanan dan Inovasi 17/18. Satu je jawatan dekat fakulti.

Kalau ada yang macam tertanya-tanya apa tu Kelab Keusahawanan dan Inovasi ni boleh klik di bawah ni >> KLIK SINI << tu yang facebook. Kalau instagram yang ni >> DI SINI<<. Kelab ni baru je aktif. Dan kalau ada pembaca yang sudi nak tahu boleh klik mana-mana media sosial kami.

Rasanya tu je kot. hahahha. malas nak taip panjang-panjang sebab nak study untuk mid term pula. Adios~

Tanggungjawab baharu!

Assalamualaikum dan heeee *sengih.

Lama gila Iz tak hadap blog! Sedihnya.. T_T. Mungkin sebab semester ni Iz sibuk sangat sampai lupa akan kewujudan blog. *walhal intsagram, facebook, whatsapp boleh hadap hmmm

Oklah, Iz ceritalah apa yang Iz bikin sibuk masa semester 2 ni.

1) Akademi menara gading junior

2) Alumni Talk

3) Makan Malam Alumni

4) Malam Anugerah Pelajar

5) AGM Bei

6) AGM PMFEP

7) Midterm *tak study

8) Siapkan assignment

9) Layan Naruto xD

10) Jamuan HELAA

Kalau rasa macam apakah semua ini? Silalah rujuk di instagram Iz di @izhs97 

Lepas AGM BEI, Iz dapat jawatan sebagai Timbalan Eksekutif Kelab Keusahawanan dan Inovasi sesi 2017/2018. Kena rangka program yang best-best. Program yang ada kaitan dengan pelajar dan keusahawanan. Hmmm. Iz tak dapat idea lagi. samar-samar. T_T

Insya-Allah, dengan bantuan MT dan para Exco yang hu ha hu ha akan ada banyak aktiviti-aktiviti menarik semasa Iz and de geng galas tanggungjawab baharu ni. Amin. :D