Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang ;D

Last paper, done!

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)

Yeah. Alhamdulillah. tamat sudah sem 1 untuk degree tahun ni. Last payper diraikan dengan pergi ke Jalan Reko, Kajang dan layan Boruto the Movie *baru nak tengok*. Haha. Sakan hoish. Padahal baru tahun 1 T^T


Gambar tak senereh. Haha. Macam biasalah, pergi jawab exam pakai baju kurung. Tapi ramai je tibai pakai blaus t-shirt bagai. So far exam kali ni hmm.. ada 2-3 subjek Iz target lulus. tapi sebenarnya semua subjek target lulus. Hahaha. Tak target dekan. Kenapa tak target dekan? Kan senang. Err. Iz spesies makhluk Allah yang tak suka taruh harapan tinggi walaupun ramai yang suruh target tinggi. Iz target lulus bukan bermaksud Iz belajar sambil lewa. *sambil lewa atau sambalawa?* Iz cuba uji diri Iz nak tengok sejauh mana Iz faham belajar subjek berkenaan. 

Ada manusia yang target dekan. Tapi dapat 3.92. Frust. Stress nak belajar. Ada manusia yang target dekan. Tapi dapat 3.0+. Bersyukur. Iz golongan yang tiada di atas. Hahaha. Iz yang target 2.0 ke atas. dapat result cantik, syukur alhamdulillah. Hahaha. Tapi, bila kawan Iz tanya "Berapa kau target sem ni?" Iz jawab "Lulus pun cukup." Mulut dia senget-senget pandang Iz. Hehehe.

"Kau gila ke? Degree kot! Susah nak graduate nanti. PTPTN lagi! Lulus je? Serius la?" 

"Aku amalkan "lulus pun cukup" sejak zaman sekolah lagi. Hahaha" 

"Tapi, kenapa? "

"Tak suka berharap. Sakit bila jatuh. Risiko tinggi. Aku kenal diri aku. Kemampuan aku. Aku dengan kau, walaupun sama kuliah, tapi otak lain. Sebab tu aku tak belajar. Dah pandai. Exam semua AAAA. Nampak tak ujub, riak dan takbur tu? Hahaha"

"Pale otak dia." kawan Iz cubit Iz T^T

"Ok, sebenarnya, aku dulu ada baca mana entah kisah seorang student ni, SPM kot. Dia struggle nak mati. Dia satu-satunya harapan sekolah, keluarga, mak ayah dia. Malam sebelum SPM tu dia bunuh diri. Dia stress sangat."

"Pergh. Kat luar negara pun ramai bunuh diri bila nak exam"

"Tapi dia bukan bunuh diri. Dia dibunuh oleh harapan semua orang sekeliling dia. Dia tak tahu macam mana nak manipulasi harapan tu kepada kekuatan dia untuk belajar. Ada orang boleh jadikan dorongan daripada semua orang tu sebagai kekuatan dan sebaliknya. Aku takut jadi yang sebaliknya. Tapi setakat ni tak ada lah akal nak bunuh diri. Gila ke apa? Dosa besar!"

"Kalau macam tu, aku pun nak target lulus!"

"Kau dah kenapa?"

"Takut dibunuh"

"Pale otak dia"

Macam biasa, ada tokok tambah sikit dalam "karangan" kat atas ni. Tapi ada yang betul. Ini berdasarkan pengalaman dan fahaman Iz. Kalau ada pandangan yang berbeza, boleh kongsi :D

Si Tompok Cafe

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)

STC? Pernah dengar? Tomok? Kucing? Serius la? Ya. Iz serius. Apa yang menyebabkan Iz cerita pasal STC ni?

Al-kisah.. Iz ada projek bagi subjek Pengantar Pengurusan. Sehari Dalam Hidup Seorang Pengurus. Alhamdulillah pengurus STC bagi kerjasama. Dapat air sirap limau free. Ihiks. Yang best dapat masuk bilik yang dipenuhi dengan kucing-kucing. Iz ni sejenis Iz yang acah-acah berani dengan kucing. Suka usap bulu je, Bila disua suruh pegang, kucing yang takut dengan Iz. Sedih tahu tak. Iz ni garang sangat ke? :( Hihihi


Kucing paling besar dalam STC ni. Rasa er.. besar separuh badan Iz? Ngeri


Iz dah lama tak makan chicken chop. Sebab mahal dan tak berbaloi. Tapi yang ni. Cenggini. Dengan harga yang boleh 3 kali makan. 

Kalau nak tengok video yang Iz edit boleh ke sini. 

>>> Youtube <<<

Bilik kucing tu masuk bukan free ya anak-anak. Untuk dewasa, kalau masuk setengah jam kena bayar RM5. Untuk kanak-kanak. Er.. tak ingat. maafkan saya >,<

Sekian. arigatou!


Sambutan Hari Jadi ke-19

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)

Oh ya. Hari tu a.k.a Jumaat lepas a.k.a 2/12/2016, hari jadi Iz. Yeah. Insan yang lahir di pengakhiran tahun. Bulan Disember. Ha.. Ni Iz nak kongsi pengalaman yang har har. Tahun lepas sambut dekat matrik dalam luar bilik. Yang tahun lepas tu first time di-celebrate-kan sebab selama ni celebrate dengan family je. Ni dengan kawan. 

Tahun ni luar biasa. Sebab hmmm. entahlah. rasa tak luar biasa. rasa macam.. entahlah.. 

Ok ok. banyak na aduan rakyat ni. Kita teruskan dengan diari. Hek. 

Malam yang sebelum 2 Dis tu mak Iz dah wish kat facebook. Nampak tak betapa semangatnya mak Iz? hehehe. Mana tak nya. Iz je sorang perempuan & sorang je anak dia yang lahir hujung tahun. Selalu tercicir. Huhuhu T^T 

Adat dekat blok asrama mesti prank habis-habisan. Tapi malam tu geng-geng Iz lupa. Iz tahu dia orang lupa sebab selalunya kalau ada birthday someone mesti prank malam tu. Ni tak. kantoi!

Iz celebrate dengan cukulat. Cukulat? Cokolat. Ha. Dah lama tak beli. Hari tu juga beli. Sebab Iz ingat lagi ayat Lee *ex-rumet KMPk*, "bila birthday saya, saya kena makan banyak." Ok. Set. makan banyak. Makan nasi lemak & nasi bujang. Hahaha. Bajet tak mencukupi. Tapi tibai beli coklat cadburry.

Dah lama craving, baru dapat. Untuk diri sendiri daripada diri sendiri. Jyeah!
Tak ada siapa lagi wish birthday Iz. Sis reda. Sis dah biasa alami. Nasib budak-budak bulan Disember. Kan? ke Iz sorang je rasa macam ni? ek? Dan-dan hari tu jugalah hari jadi ketua PMFEP, Abang Ibraz. Ramailah yang wish. Sampai Iz balas "Abang Ibraz je ke? + buat emoji jari telunjuk kiri kanan bertemu*" Maka lepas tu ramailah yang wish. Yang tak boleh belah, Tasha yang searas dengan Iz ni pun lupa. Inikan budak depan bilik. isk isk isk.

Malam tu ada kelas ganti Makroekonomi. Tiba-tibalah rumet Iz ajak pergi makan. Iz dapat hidulah nawaitu dia orang tu. Hahaha. A'liya pula tanya "Ala.. Iz ada kelas, baru nak ajak keluar makan" Elehhhhhhh.. pi gi lah! Dan maka dengan itu Iz pergi ke kelas ganti dengan Norin.

 Masa masuk dewan kuliah, Aini nampak Iz terus wish. Norin terkaku. "Haaa.. birthday kau ke hari ni?? Aku tak tahu.. bla bla bla dan bla" Ahhh. Sudah. Banyak na drama. Aishh. Habis je kelas, Iz balik dengan Norin & Umi. Tapi tiba-tiba Umi cakap malam rumah hantu dah buka. Maka dengan ini, Norin terpaksa pulang ke KDO sorang-sorang sebab esok dia ada kem. Kasihan. Dan Iz & Umi pergi masuk rumah hantu.

First time Umi masuk rumah hantu tapi tak nangis.
Lepas masuk rumah hantu, Iz dengan Umi duk pot pet pot pet masa balik. Masa depan FSSK, tiba-tiba Umi jerit "Weiyy!!!!" Dah kenapa makcik ni. Iz tanyalah apahal. Dia cakap tak ada apa-apa. Ek. Aneh. Pelik bin ajaib. Jalan sikit lagi jerit lagi "Weiy!!" Dah kenapa. Umi cakaplah "Bukan sepatutnya kau balik ke hari ni sebab Ahad ni nak celebrate birthday kau?" Ek. Dah ada kelas ganti mestilah tak jadi balik. Choi!

"Hari ni 2 Disember kan?" Yalo. "Happy birthday!!!" Auch. Tersentuh hati cek. Aish.. hahaha. Dan dan Umi ajak makan, nak sambut birthday girl. Dah la tengah lapar masa tu. Ini dinamakan rezeki beb. Rezeki. Mula-mula nak makan dekat KDO, tapi tak jadi sebab kedai tutup. Maka ke KTHOlah kami. Umi terus belanja burger dengan air teh ais ikat setengah. Hahaha.

Yang tak boleh belah, Umi buat My Story masa Iz makan. Dah lah makan bersepah. Aish. Malu la. Hahaha. Pastu Iz ceritalah pasal teater SEDARAH yang KTHO menang tu. Dan dan dah pukul 11.45PM. Hahaha. Tiba-tiba Umi cakap "Good luck". Ok. Part ni seram. Iz balik je bilik, bilik Iz dengan bilik depan gelap. Ok. nice. Balik je solat Isyak. Minum teh ais bungkus ikat setengah sampai habis. Terus tidur.

Dan kemudian, kipas ditutup. Mata Iz kuyu gila. Sebab seharian hadap Makroekonomi je. Dan bantal yang tutup muka dialihkan. Maka muka Iz disirami air + bedak + planta. Yang tak boleh belah tilam basah. Bangun je Iz simbah air kat dia orang. Kemudian sesi makan kek. Kek. Kek. Ke disuap dan dicalit ke atas sampai ke dahi beb. Lepas tu bagi air sarsi. Sarsi. Sarsi. Sarsi sangat! Masin. Begitulah kisah hidupku.


Malam tu tidur bilik depan. Tak tidur dengan rumet. Padan muka dia! Ceh

#KEMSIS16

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)
Lama gila Iz menghilang. Siapa rindu Iz? angkat tangan sikit. *pew-gha-sun
Iz ni budak junior tahun 1 UKM. Dah la junior, tahun 1 pula tu. Pendek pula tu *apa kaitan ntah

Hari tu.... Iz ada join satu kem ni. Kembara Siswa Siswi namanya. atau nama peh-meh dia kemsis16. Kem ni anjuran PMFEP, P.. M... Fakulti Ekonomi & Pengurusan. Heee. Iz join ni sebab Iz suka kem! Lagi-lagi jungle tracking. Terasa jantan sikit. Huhuhu

Iz hasut jiran searas Iz join kemsis ni. 2 orang je join. Sokey la daripada nothing. *hakak ambik foundation english, tu la hakak speaking xD. Serius, kem ni cuma 4 orang laki je join yang tahun 1. Yang laki selebihnya senior. Rasa nak gelak. Mari gelak sama-sama. Hahahhahah. 

Dah redah hutan, balik tu jalan tepi highway. kau rasa?
Ok. Iz tak tahu pula siapa yang join kemsis ni dapat merit. Syiok la kau. Tapi senior cakap, siapa join kemsis ni dapat jumpa buah hati baru. Eh? Hahahhahaha

Gadis-gadis KTHO
 Tapi yang malangnya, sehari sebelum pi kem ni, Iz cedera. Makan pakai sudu garfu. Jadi minah saleh kau! Kena air sikit, auch auch auch. pedih. Dah kenapa? Iz jatuh sebab rushing siapkan assignment yang ad-hoc kaw-kaw. Mak cakap "eleh, luka sikit" Ok mak.

Penumpang Bas 2
Sebenarnya seronok bergaul dengan kawan-kawan sefakulti. yang sebaya bestlah. yang tua setahun kureng sikit sebab nak kena berakak-akak. aishh. Hahaha. Nampak tak Iz tak tahu nak taip apa? T^T

Saya Mahu Hadiah Raya! oleh PTS

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)

Alhamdulillah. Peraduan Saya Mahu Hadiah Raya oleh PTS entah bila nak umumkan pemenang walaupun Iz tak harap menang *menipu je ni hehehe* tapi syukur Iz antara 200 peserta terawal yang sertai peraduan ni.

Macam mana Iz boleh sertai peraduan ni? Al-kisah... Iz scroll facebook macam biasa. Tiba-tiba Reja Mus *kartunis Komik-M* share banner pasal peraduan ni. Tulis reviu buku PTS. Reviu yang terpilih boleh menang duit raya RM100. 200 penyertaan terawal dapat hadiah. Hurm.. memandangkan masa tu Iz frust tak menang GA mana-mana, Iz sertailah.

Tapi banyak budak sekolah yang join. Rasa macam aduhhh.. Tengok syaratnya "tiada had umur" Ok. Cun. Iz masuk. Hahaha.

*comelnya saya. ihiks. jangan muntah :P

Sanggup selongkar balik kotak yang Iz simpan novel-novel yang beli masa zaman sekolah tapi tak baca-baca lagi semata-mata nak cari Komik-M : Misi 4 Flat. Buat karangan reviu tu. Iz baca sendiri Iz gelak. Hehehe

                                       >>>>> Reviu oleh Iz , Komik-M : Misi 4 Flat <<<<<<<<

Iz tak sangka Iz jadi peserta terawal yang sertai bila godek-godek messenger, ada urus setia hantar mesej. Alhamdulillah. Rezeki. Terus bagi detail dekat akak cantik tu. Bagi hari tu, esoknya dapat. Wow. Laju gila. Macam hari pos, semalam dah dapat. Hehehe. Gambar pembalut hadiah tu tak sempat nak snap sebab mak yang teruja Iz dapat hadiah. Mak yang buka hadiah tu. Hehehe

*muka tak boleh blah xD
Buku nota lah! Ya Allah. Iz suka buku nota. Boleh melukis. Hohoho. Tapi... Kulit buku ni kosong. Iz yang acah kreatif pun mulalah design kulit buku ni. Tapi..


Apa yang Iz sedang lakukan pun Iz tak tahu. Buat tanpa perancangan. Tapi Iz teruskan je. Hehehehe. Dan...


Hasilnya. Simple. Rumit. dan pelik. Ni pun belum siap lagi. Nak shading-shading kasi umpp. Heeee..

Dulu pun Iz ada masuk peraduan Saya Mahu Hadiah! yang kena kumpul bucu penanda kulit novel tu. Iz hantar 2 kali. Dan 2 kali itulah dapat hadiah. Hadiahnya Iz dah tak ingat tapi buku lah. Dan dapat surat daripada PTS beserta buku nota + sampul comel gila + bagde button secara tiba-tiba. Rasa macam peminat rahsia yang hantar. Hahaha.

Walaupun Iz ni macam tak sesuai dengan novel PTS yang range budak sekolah, Iz bertukar arah ke Komik-M. Masih lagi dengan PTS. PTS tak menghampakan Iz. I love PTS! :)