Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang ;D

2 Dis!

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)

Semalam Iz, Aisyah dan adik Aisyah cadang nak pergi Rawang nak sambut dekat sana. Motif sebenar nak jumpa "dia". Dah berjanji seminggu sebelum birthday Iz nak jumpa. Punyalah tak sabar nak jumpa Iz malam tu buat onigiri felt untuk "dia".

onigiri felt from Izhs Diaryz :)
Iz jual tu. satu RM3. Kenapa naik harga?! Sebabnya nak jahit onigiri felt ni susah! Tolonglah faham! hehehe. peace yaw~ ^.^V

Pagi tu Iz dah prepare semua barang nak di bawa dalam masa 5 minit tu Iz dapat mesej daripada "dia" katanya tak boleh datang. Hati Iz masa tu hanya Allah je yang tahu. Nak menangis? Buang masa je, benda dah berlaku. 

Oklah babak "sedih" ni malas nak cerita kita ke babak "tak boleh blah". Iz pergi kedai dahlia nak pergi tukar duit syiling sebanyak RM125 ke kertas. Beg sandang memang beratlah! Tapi setiap kedai yang Iz singgah si tukang jaga kaunter mesti tanya " nak tukar berapa? " Iz jawablah RM50. Yang tak boleh blahnya dia kata " Jap ek, ni ha syiling dah banyak. nak buat apa?" Iz terus blah. Pokemon punya jantan. >,<

Masa dalam bas on the way nak ke sentosa, ada ar seorang manuia ni, perempuan, duduk sebelah Iz. Iz tak berapa kenal. Dia senyum dekat Iz. Dalam hati Iz "Apahal ar dia ni, kenal aku ke? siapa dia ni? buang tebiat ke?" Lorh. Dia kenal Iz. #tak sangka ramai betul yang kenal aku ni xD *show off tak bertempat macam ni ar*.

Iz duduk diam jelah. Pastu dia cuit Iz, Seram~ Dia tanya pasal sekolah. Masa Iz toleh belah kanan terjumpa Syafiqah. Hidup lagi dia tu xD. Pastu sampai Sentosa cari Aisyah. Naik bas dan sampai di Rawang. Kena tukar duit dulu baru boleh berhuha-huha.

Ambil masa 30 minit untuk cari kedai yang sudi tukar duit syiling ke duit kertas. Pusing sana pusing sini dan akhirnya dapat juga selepas tanya makcik jual nasi lemak yang baik hati tu. Tempat pertama kita orang pergi adalah Cass Top! 

Secara seriusnya, Iz tak pernah pergi situ sebab Iz ni kan tak reti nak melawa macam perempuan dan mak Iz ni ha kalau Iz nak benda yang nampak feminin sikit terus reject. Haiz.. Ingat aku ni lelaki ke? >,< Aisyah bagi hadiah dekat Iz ini!


Dah beli hadiah lepas tu pergi Parkson merayap dekat sana. Tengok adik Aisyah pilih barang je Iz pun terikut. Iz beli kotak. Kotak? Kotak ini!


Iz sendiri tak tahu kenapa Iz beli kotak. Rasa nak makan je kotak tu xD #buang tebiat macam inilah# Dah habis bershopping, kita orang pergi Pizza Hut! Yeah! My fav food! Beli yang terbaru! Yeah! ^^


Sedap betul! Lagi-lagi udang tempura tu! pergh! Meleleh air liur! xD Tapi bila dah makan sup cendawan cicah dengan roti bawang putih nak sumbat dekat mana lagi ni? Sumbatlah selagi boleh sumbat! Yosh!
Masa untuk balik! Iz tak ingat jalan nak ke stesen bas. Iz pergi buat U-turn. Bagus tak? Contohilah saya! xD
Dah sampai Sentosa Iz singgah Bookworm beli hadiah untuk diri sendiri. 


Masa naik bas. Iz naik bas yang sama. Ada akak tu perasan Iz. Tersengih je xD. Malam tu pula dinner dekat luar. Tak best. Serius! Pagi tadi ada seseorang datang rumah Iz. Siapa? Ash = Aiman Syafiq Hasan a.k.a Anak Si Hasan. 

Dari rumah dia ke rumah Iz punyalah jauh dengan jogging je? Pergh. Tapi Iz tak layan sangat dia tu. Malas. Macam dekat sekolah cakap benda secara terperinci. Ada bunyi-bunyi lagi. Haih.. ingatkan berubah tapi tak juga. Terpaksa menadah telinga. Kesian. Eh, dia bagi hadiah? Wow. Hadiah pe? 


Coklat?! Haih.. pasay pa tak coklat cadbruy? #memilih betullah aku ni, bersyukurlah! >,<#
Dan kami borak-borak sampai Iz halau dia balik. Wah, kejam sangat ni, Yelah, dia datang bawa Zack. Kesian Zack tunggu dia. Kalau cakap dengan Ash memang sampai malam tak habis. Details yang teramat sangat! Mengalakan perempuan! Ek, ya ke? xD

Sekian sahaja. Maaf jika terkasar bahasa. :)
Assalamualaikum.
Yosh!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan