Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang ;D

Result PeyeMR


Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)
#sepatutnya post masa 19/12/2012 tetapi ada masalah 'sosial' sedang berlaku di rumah >,<

Siapa tingkatan 3 tahun ni? Macam mana keputusan peyemr? Ok. Iz nak bercerita ni, kalau bosan close tab je kan senang ;D. Minggu nak ambil result hari tu, saudara Iz yang 2 manusia tu versi penyepah bilik menginap bilik Iz selama 6 hari. Keadaan bilik tok sah ceritalah. Penat-penat aku kemas bilik dia orang sepahkan. Hati aku? retak seribu! >,<

Malam sebelum nak ambil result pergh.. banyak mesej dapat! ;D Tanya pasal nak pakai baju apa. pukul berapa. itulah inilah. Macam-macam. Dah tibalah hari yang di nantikan. Iz pagi tu main game dulu. Malas nak pergi awal sebab entalah. Tiba-tiba Iz dapat mesej daripada cik Syafiqah.

Dia sebenarnya dah ada depan pintu. Pasay pa tak ketuk? Haih.. manusia-manusia. >,< . Dah jumpa dia pergi rumah cik Aqilah. Yang bestnya macam di rancang kita orang pakai tudung bawal. Harhar ;D Tapi Iz punya lain sikit hohoho.

Sampai je tempat yang kami booking *bustop depan sekolah*, Iz tengok ramai yang pakai baju kurung. Ada majlis ka? Duk perhati tengok-tengok senior-senior sekolah Iz. Haih.. Eh, Fiqar! Wah, makin lebat rambut dia huahahaha. Macam orang gila kita orang pun borak-borak kosong.

Masa pukul 10 lebih makcik Yugi baru sampai. Haih. awalnya. Iz ubah posisi duduk. Malas dengar borak kosong. Iz bagi Yugi tengok video yang sah-sah tak ada kerja pelakonnya adik-adik Iz. Mata duk meliar tengok keadaan bustop sekolah yang 'indah' ini. Dan.. Iz terpandang susuk badan manusia ni. Familiar sangat..

Ayam masak merah! Takoyaki! Pergh.. alien! Sat.. pasay pa dia pakai baju belang sama dengan Iz? Macam mana boleh tersama ni? Oh no! #pasal baju pun bising mengalahkan mak nenek# Iz duduk macam 2 minit lagi bom nak meletup. Iz cari jalan alternatif bila ternampak Kak Mira yang sedang berborak sakan dengan kawan dia. Masa untuk kacau! ^^

Duduk sebelah kak Mira tanya pasal asrama dan sekolah. Serius macam hantu! xD Tengah syok-syok berborak datanglah anak Tajudin yang disegani lagi dikenali, Akif. cakap dengan dia macam cakap dengan tunggul, punyalah panjang tanya dia duk termenung. Terpaksa buat apa tu ala.. ha! Car wiper! depan dia. Lepas tu dia Ha? Ha? Tak ke nak kena sepak tu? >,<

Alien duduk tempat yang dekat dengan Iz. Habislah kau Iz, bala sudah mari. #bala? teruknya.. # Setiap 1 minit mesti pandang Iz. Ingat lepas cuti sekolah dia berubah tapi hampeh. Terpaksalah buat bdoh sebodoh-bodohnya depan dia. harhar :3

# Cerita terpaksa dipotong sehingga ke babak-babak selepas menerima keputusan PeyeMR #

Lepas je Iz tandatangan nak ambil sampul surat keramat tu, Iz toleh belakang cari Yugi dan Pqah tapi ghaib! Hati Iz masa tu jangan cakap ar hanya Allah je tahu. Iz cari ZAS - Zack, Ash, Soon - nak tanya pasal dia orang. Tengah syok-syok cari dalam dewan, alien ambil kesempatan tengok Iz. Tak pe, 11/1/2013 tu tarikh terakhir kau tengok aku. >,<

# Iz dapat 4a 3b 1c. C- English huhahaha. xD

Dah 'gembira' sangat dia orang berdua hilang, Iz blah dari dewan tu. Teringat si Pali nak bagi hadiah. Wuhu! Hadiah apa? ECBF! hahaha. Hadiah sempena hari jadi Iz yang dah lepas tu. #sebenarnya Iz ugut dia huahaa xD#

Dah dapat hadiah tu Iz pergi rumah cik Niesa. Pasay pa? Dia excident masa birthday dia. Hadiah yang penuh bermakna bagi dia.. Kesian.. Iz lawatlah dia seorang diri. Nak ajak budak dua ekor tu dah lama lesap. Hadiah untuk Niesa sempena hari jadi dia Iz belum bagi. Iz beli hadiah yang 'mahal-mahal' je untuk dia. Hehehe tak lah, cuma tudung bawal, gelang, keychain phone, semua tu dalam kotak yang Iz beli khas untuk dia seorang. Iz beli coklat untuk dia sebagai 'buah tangan' kepada rang sakit :)

Oklah, sampai di sini sahaja Iz bercerita. Sah tak best dan bosan! Yeah.. Iz harap persahabatan Iz antara Niesa, Pali, Soon, Zack, Ash, Fiqar yang rapat dengan Iz harap kekal. Yang lain mana? dah ghaib. Kan? #masih sakit hati.#

Ok ar, chaw dulu. Assalamualaikum. :)

p/s: kepada kawan fb ku yang rapat pada zaman dahulu, aku nak minta maaf sebab berkasar dengan kau, kata kau ni sombong ar itu ar anything. Aku bukannya apa cuma kau tu macam dah tak nak layan aku yang banyak berjasa dekat kau. Jadi mangsa troll, jadi cikgu secara paksaan dan macam-macam lagi. Aku cuma rindu dekat kau je. perangai kau yang suka troll aku sampai hati aku panas terik buat aku selalu teringat dekat kau. tapi aku dah taip macam tu. Aku harap kau tak lupakan aku ya sahabat. Aku harap kau dapat apa yang kau impikan selama ni. biarlah kau tak baca coretan ni tapi aku puas dapat luahkan. Aku ni lemah. Tak kuat macam kau. Kau lelaki. Aku perempuan. Itu jelah. bukannya kau baca pun kan.. :')

Tiada ulasan:

Catat Ulasan