Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :) Trimaz singgah blog Iz ^^ Tinggalkan jejak yaw! ;D

Aku, mereka & outing ;)

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)

Eh, kau orang! fulamak lama gila tak update blog. *nampak tak bajet tu?* Well, bukan ni kan tak matang-matang, semua tak matang. tak matang dari segi fikiran, fizikal dan lain-lain. Apa yang matang entahlah tak tau. Oklah, Iz malas nak ceramah dekat diri Iz ni. So.. Iz nak bercerita tentang semalam punya perkara. Semalam? apa sudah terjadi? Jeng.. jeng.. jeng..

Pesta Buku 1 Malaysia! Siapa dah pergi? Kita geng! yeay! ;D Hahaha. Iz cadang nak ajak Anak Dara join sekali nak jadikan dia hamba pada hari itu nanti tapi dia dengan family dia pergi rumah sedara. aduh.. tak dapat nak buli. xD

Iz pergi dengan Amira & Syakila. Bertiga je, nak ajak ramai memang tak ar. Pergi tu tak best. Yang bestnya masa nak ke KTM dekat Rawang tu. Amira habak mau naik tu punya jejantas. Iz dengan Syakila tak pernah pula naik itu jejantas yang panjang tu. Iz dengan Syakila follow Amira dari belakang. Dah tawaf 1 bangunan baru Amira ingat yang tangga nak naik ke jejantas tu dekat sebelah kedai apa entah. Tapi bukan kita start jalan dari situ ke kak Mira oi? >,<

muka Iz macam nenek sebab kebuluran xD
Dah beli tiket KTM. hampir tertinggal! xD haddoyai. tak boleh blah betul kot. Masuk dalam gerabak Iz cuma dengar lagu je. sesak. bosan. lama nak tunggu. Dan akhirnya sampai jua! Jalan punya jalan Syakila tanya kita orang berdua. bila nak sampai ni? Jauh lagi ke? Iz ni mana baik orangnya. Duk habak jauh lagi~ xD

Dah masuk dalam hall pesta buku tu. kami berpecah. Iz borong novel dulu ;D lepas tu borong buku rujukan. jumlah kesemunya RM100.65. memang kaw-kawlah duit Iz dikerjakan. Dah lah mak tak sumbang apa-apa >,< Dah puas beli Iz ajak Syakila tengok pentas yang ada artis duk memekak je. Dia habak tu pelakon juvana yang jadi ayam. Ayam? Iz fikir yang ni.


Iz ni. Kuno pun bertempatlah sikit! xD Kalau kau orang hebat, silalah cam muka 'ayam' tu dekat bawah ni: #kabur skit, tak cukup tinggi ;'D


Dah tu, Iz ronda-ronda dengan dia orang. Iz tengok Amira yang paling banyak memborong. xD Iz? budak baik~ lah sangat! xD Masa ronda-ronda tu terserempak dengan Alis & Aida. wow xD


Penat tangan jinjing beg plastik. Alangkah bagusnya Anak Dara ada boleh buli dia suruh bawa barang kami semua xD. Perut dah lapar mahu diminta isi. Pergilah kami ke Sunway apa tu.. entah tak ingat tapi ada SUNWAY~ xD Puas tawaf cari kedai yang kosong tapi tak jumpa. Berlaparlah kami :'O. Iz ambil keputusan untuk pergi Rawang makan dekat situ. Kat sini mahal~ xD

Dalam gerabak KTM, sunyi je. maklumlah siapalah yang sudi pergi Rawang ni~ Dalam koc *betul ke eja ni?* Iz, Syakila & Amira buat 'rumah' sendiri. xD Tapi jangan risau Iz paling over! xD Sila tengok.










Yang paling melampau sekali Iz pergi baring~ xD Aduhai, inikah perempuan? xD Tapi time kali kedua Iz baring, Iz terus bangun. Amira dengan Syakila hairanlah. Kenapa? Sebab Iz terpandang ini..


Ya Allah, malu gila! boleh pula tak sedar ada CCTV!! tengah rakam pula tu. Sat.. cuba bayangkan time kami buat aksi gila-gila orang yang jaga CCTV tu perhatikan kami? Huish!!! mana nak lipat muka ni wey??!! masuk dalam buku? malu sungguh! Dan kami pun jadi BAIK semula xD.

Dah sampai Rawang~ cari KFC. makan! yeah! Iz order burger ikan. tak nak makan nasi konon. Dietlah sangat! #ada sebab Iz tak makan nasi sebab adalah~#





Perut dah penuh, masa untuk balik. Tak sangka time balik tu Anam dengan Bazuka *Zulkhornain* ada. Dah normal dah kami masa tu. Rasa lambat sangat sampai rumah. Yelah pergi pukul 9.00AM balik pukul 4.55PM. Mana tak nya. 

Dah sampai rumah kena ceramah. Iz memekakkan telinga je. hahaha. Iz beli novel ni je. Mak tak kasi beli novel cintan cintun ni. Mana sesuai dengan jiwa Iz yang terKANAK-KANAK. xD


Dah begitulah kisahnya. Assalamualaikum :)
p/s: kerja sekolah tak sentuh pun! xD


2 ulasan: