Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :) Trimaz singgah blog Iz ^^ Tinggalkan jejak yaw! ;D

My ticket?

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)


Iz post ni tak ada kerja, yelah happy gila ni. Awat happy? Awat gila? Alkisah...

Sejak minggu lepas lagi Iz cadang nak tukar kelas, subjek akaun Iz tak boleh bawa :'( . Ini serius! Apahal nak tukar? Baru je belajar bab 1! Porah! Iz ni kalau suruh kelaskan bagai-bagai memang fail! *gagal*. Mak Iz suruh Iz stay kelas akaun, harhar :3.

Tapi Iz ni kan tak dengar cakap. Iz nak tukar kelas. Iz minat pasal perdagangan. Biologi~ Tak kuasa akaun, akaun ni. Wait! bukan ke awal tahun Iz punyalah riuh macam orang gila sebab teruja dapat masuk kelas akaun? Tu dulu ni sekarang~

Iz tahu kelemahan Iz, sebelum terlambat baik Iz tukar kelas. Iz buat solat istikharah nak make sure apakah betul ke keputusan Iz dan alhamdulillah hasilnya sama apa yang Iz fikir. Sat, bukan ke Iz ni ada 'kelebihan' yakni dapat 'tengok' masa depan? Tak ke aneh tu? xD

Kira Iz ni beruntunglah? Ya ke? Dah ar daya ingatan macam kena virus tak boleh ingat even benda tu terjadi 3 saat yang lepas TT^TT. Ini serius! Tapi Iz dapat 'tengok' masa depan. Aku ada, kau ada? | 'tengok' masa depan = dalam mimpi jadi kenyataan.

Hari ini, Iz, Nisa dan Pqah buat ujian cita-cita dekat bilik kaunseling. Dah jawab. Dan hasilnya amatlah pelik. Pelik? Pasay pa lak? Iz kelas akaun tapi ada minat bio. Tak ke aneh tu? xD

Dah bincang-bincang dengan cikgu, Iz dapat TIKET tukar kelas! Yeah! Oh, bukan Iz seorang je tapi dengan member sekelas Iz, Alya. Kami bakal hijrah! :'O Eh, nanti apa yang bakal terjadi dengan Nisa? Biarlah dia.. jadi matang skit~ xD

Wait, wait, wait!!! Bukan ke kelas sains sukan tu ada alien? Adakah aku terlupa atau...? Oh My Google. Hahaha. Tapi Iz rasa tak kan WAJIB takut dengan si alien tu. Dia kan manusia, kita sebagai manusia jangan takut antara manusia sebab kita ni kan hamba Allah :)

Tapi mak Iz ni ha tak berkenan, hai.. yang belajarnya Iz bukannya mak. >,<

Iz harap petunjuk dari Allah ni akan membuatkan suatu perubahan yang baik bagi Iz dan yang lain-lain. Harap-harap. Assalamualaikum :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan