Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :) Trimaz singgah blog Iz ^^ Tinggalkan jejak yaw! ;D

Sketsa?

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)

Siapa ada add Iz deka muka buku? Semalam news feed kau orang mesti penuh pasal video. an? an? an? xD Well, actually Iz ada upload video sketsa grup Iz semalam. Grup lain? gambar je. hohoho. Sebelum ke video mari sini Iz nak habak detik-detik sebelum pertandingan sketsa sempena minggu bahasa.

Alhamdulillah kelas Ekonomi Asas cikgu tak ada, ada meeting! jyeah! xD Apa lagi salin soalan dengan tulisan yang hanya Iz je faham dan prepare prop untuk sketsa. Semua ada. Mari turun. Sebelum tu pergi bilik MBMMBI tapi nasib baiklah kuncu-kuncu grup Iz halang Iz daripada pergi sana. Pasay pa? Sebab kat sana mana ada. Buat dekat pusat sumber sekolah. Nasib baik bhai.

Masa Iz nak pergi ke pusat sumber sekolah, semua prop tertinggal dekat kelas. Sedih na? Pergi naik kelas balik dengan kelajuan yang macam apa entah sampai kelas 4 Sains Sukan pun tengok lain macam xD. Ok, dah turun, dengan beg sekali. Kamera dah ada. Dah sampai. Tengok-tengok dalam grup Iz, Iz seorang je??! Flashback mana lagi manusia-manusia ni, ha! dekat makmal biologi!. Jom terjah!.

Bedah tikus? Dari pukul 11.30 sampai 2.15? Biar betik. Usha tingkap. Nampak Ash dengan Zack buat perangai pra-matang. Tegur. Ash kata lambat lagi habis. Tiba-tiba Cikgu Arshna cakap 'siapa yang dah berpuas hati, boleh clean up!' Nampak tak permainan dia? Rasa nak je bunuh si Ash ni. Orang kelam-kabut dia menyusahkan orang. Hish!

Masa on the way nak ke pusat sumber teringat dekat Azmiera! Lupa nak pesan! kalau tak 3 x turun naiklah jawabnya. Sesungguhnya semalam aku menjadi insan yang sangat alpa. Curi memo pink dia pastu tampal dekat .. dekat.. dekat barang dia dan turun ke pusat sumber. Sampai je pusat sumber, keluarkan kamera, Cikgu Dewi terkejut! :O Kenapa? Sebab Iz bawa kamera! xD Iz pun menjawab ' I'm school editor ' *tak speaking pun cuma nak show off je xP*

Tangkap-tangkap gambar. Ini je dapat.
wow, ramai betul junior join!

apa benda warna putih tu?

peace yaw!

owh, kubur rupanya! 

lelaki melayu terakhir! xD

kemas ye dik?

amboi gengster!

cikgu disiplin!

bujang lapok!

tanggang!

surat untuk ina!

er.. lupa tajuknya xD

ni grup Iz. yang kecik sekali buat aksi poyo bajet baju warna putih kanan sekali itulah dia xD

Sebanyak 9 kumpulan bertanding. Grup Iz je yang paling senior! sebab ada form 4! ;D Iz nak kasi kau orang tengok video grup Iz. Kelakar? Pelik? Sound trouble? Shake? bukan harlem shake ek! xD


Dah tengok komenlah ya? Hehehe. Doakan grup kami dapat tempat. Amin. Assalamualaikum.
#lepas ni update blog sekolah ayoma. >,<

Tiada ulasan:

Catat Ulasan