Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang ;D

Rasakan suntikan

Assalamualaikum, kalau tara jawab ada dosa, kalau jawab tara dosa :)



Ceh.. tajuk ke main lagi.. Macam novel. Hahaha. Actually tajuk ini based on my result. Er.. ujian bulanan 1 ._. TOT. Hari ini Iz dapat 3 kertas. Sentap bhai. Habis! Sengat! TT^TT. bukan nak berlagak tapi tak tenang hati. Ok, hari ini Iz dapat kertas Matematik, Sains, dengan Bahasa Melayu. Matematik dengan Sains dapat A. Tapi Bahasa Melayu dapat C. Mana tak nya weiyh!! Headcount. Tak capai sasaran kena jumpa dengan pengetua.

Seriously? Oh mak den. Eh.. biarlah. Kita yang jawab. kita tahu kesilapan dengan kekurangan, kita kaji balik. Kalau bebel juga pengetua tu, mak Iz sarankan sumbat telinga dengan kapas. Jyeah.. sayang mak! :* Janganlah ada sesi bebelesen. Mak Iz tak de pun bebel dekat Iz pasal result. Mak Iz cakap jangan marah murid. Nanti stress. kang menjunam result lagi salahkan dia. Kesian tau dekat pelajar :'( Kami bukan manusia tanpa perasaan. Kami bukan robot. :)

Abaikan stanza atas tu. Tapi masa Cikgu Musa suruh semak penbetulan dengan kertas ujian. Ada part yang peribahasa. Maybe dalam kelas Iz je betul. sebab masa cikgu tanya apa jawapannya, Iz je yang over confiedent. Sekali kena bahan dengan cikgu.

" Jawapannya sedangkan lidah lagi tergigit "

Tapi Iz buat macam ini --> " Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi suami isteri "

" Itu lagu!! Mana ada peribahasa macam tu! Itulah hafal lagu je . " Damn. Hahaha. Best. Dah itu je ingat, tulis jelah. Nasib baik tulis kalau tak hurm..

Masa Cikgu Parvathy suruh buat benda yang sama macam Cikgu Musa buat, Iz ada yang careless!!! Oh mak aku!! Mana tak nya. Dekat graf Iz buat -1.85 tapi bila dekat answer sheet Iz buat -18.5!!!! Mak!!! Ya Allah!! TTTT O TTTT kalau tak boleh dapat markah 12/12. >,< #pengajaran : jangan over 'professional' nanti careless benda yang senang :)

Hahaha. tak boleh blah. Tapi waktu yang tak boleh blah masa tuisyen Addmath. Serius kelakar! Hahahahha. Afiq boleh plak blank kira-kira ni, Selalu dengan Iz dia suka tunjuk kepandaian dia yang 'awesome' tu. Tapi Iz yang menang hari ni. Yeay~ ;D

Oh ya. Minggu lepas si Pakcik Pali ajak Iz buat study grup, bayangkan hanya tak jumpa selang 5 minit dia balik. Apakah? Iz tunggu dengan Ash dekat kelas Iz mana tahu dia patah balik ke. atau datang pukul 2.30 petang ke. Sekali. hurm!!! Iz pun studylah dengan Ash. Geram.

Dah bosan tahap gila-gila babi xD Ash ajar Iz main apa entah. Yang tepuk tangan sekali dengan cawan. Bestlah juga. Cuma Iz ni cepat pusing. xD Sekali dah jadi, ambik kau. Non-stop. xD Iz tuntut choki2 dengan Pali. Tak kira. Dia ajak, dia tara datang, dia kena denda, :)
Smile always :)

Assalamualaikum, love from kitkat's lover :)
xD

Spm Suka Seksa Saya

Assalamualaikum, kalau jawab sayang, kalau tak jawab kau siapa? :P

doodle tara jadi lai-lai malas punya hal :)
Jyeah, bulan 3! Hai bulan 3! *tabiat generasi sekarang* MASA? apa itu MASA? menurut kefahaman Iz, MASA itu sesuatu yang menentukan corak kehidupan kita sama ada baik atau kureng baik. Nampak tak merapu tu? Hek..

Tahun ni Iz kena berbaik-baik dengan MASA. Iz tak suka dengan MASA yang singkat. MASA yang panjang. dan lain-lain. Iz nak ngam-ngam soi je *banyak songeh kau xD*

Hari Isnin : balik pukul 3.00 PM, pergi tuisyen Matematik 3.20 PM, balik rumah 5.40 PM, buat assignment 9.00 lebih PM. rehat? ya Allah.. rasa macam nak mati je.. no rest. :'( Sedih tahu tak? Minggu lepas, menangis Iz balik sebab kelas akaun cikgu lepaskan 'awal' sangat. Dengan tak makan lagi, balik rumah makan macam tak pernah jumpa makanan ala-ala sesat di hutan belantar dalam  tempoh yang sungguh lama. Tapi Alhamdulillah, Cikgu Shahizan kasi buat tuisyen hari Selasa. Yahooo!! Ya Allah.. syukur alhamdulillah :') Terima kasih ya Allah..

Hari Selasa : macam itulah :)

Hari Rabu : Iz sayang grup Iz. Maharani Saujana. ;D

Hari Khamis : Iz, Syakila, Afiq & Azhan tuisyen akaun dengan Cikgu Razak! serius! best! best betul Iz dijadikan mangsa bahan lawak TT^TT tahu la Iz ni kadang-kadang sengaja menyerlahkan ke'blur'an tu. Ceit!! -,-

Hari Jumaat : Tuisyen Add Math dengan Cikgu Shahizan. Nampak anak dia yang kecik-kecik comey lote argh!! rasa nak telan je dia orang ni! Bhahaha. xD Kecik je. Geram. Yang Awe plak suka meriuhkan keadaan. Apapun boleh :)

Demi SPM tahun ini. Tidak mengapa. Tidak!!! huah!!! TTT O TTT
Sedar tak sedar tu semua luahan hati Iz. Kan? Hehehe.. biarlah.. tak mati pun orang baca satu abjad. :)
Assalamualaikum! Assignment! Here I come!

Kejohanan Merentas Desa 2014 kali ke-10!

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)


Sejak minggu lepas ada latihan merentas desa. Iz lari dengan Syakila. Tapi banyak jalan-jalan-jalan. Hehehe. Hari ini. bersamaan 24.1.2014, sekolah Iz buat kejohanan. Pagi tu Iz bangun pukul 7 pagi. Menggila.. Lambat woiii!! Gila punya kerja ni!! pi sekolah pukul 7.15 pagi. Ambik kau. Masak! xD #pengajaran : setkan alarm supaya dapat bangun sesudah subuh.

Dah sampai sekolah tu duduk barisan. pot pet pot pet. Turun padang. pakai nombor.. siap. Masa warm-up, lawak k, cikgu buat yang minor je yang major tak. patutlah ramai peserta mengalami kekejangan otot. kasihan mereka. Saya simpati. xD 

Yang bestnya, masa dekat garisan permulaan a.k.a dekat pagar sekolah, Darisa bagi gula-gula! yeay! xD Iz koba an dekat Darisa nanti lari solo. Prrriiittttt!!!! bunyi hon yang botol tu cikgu tokan. pokak telingo den. pe nghomannya. Iz jalan je. Darisa ikut je. Sekali ambik kau. Last! xD Darisa risau. Sorry Darisa. Den sajo jo buang tebiak ni, konangan~ xD Cikgu Rafidah pun pandang Iz pelik semacam. Hihihi. 

Iz target 30 minit tamat ar. Iz slow jog tinggalkan Darisa tanpa mengucapkan selamat jalan. Oh, sadis. slow jog punya slow jog sampai dekat selekoh, Alif pandang Iz pelik semacam. Eleh. Lari punya lari jumpa Azmiera, ingat nak tegur tapi malas nak bersuara. Sampai tanah merah baru tegur. Ayoyoyo.. xD Masa Iz lari ikut denai yang merah tu, ada someone tegur Iz..

junior : hai akak.
Iz : er? hai. *buat muka pelik
junior : *cakap2 dengan kawan dia sambil tunjuk Iz.
Iz : apakah? 

Hehehe. Nampak na Iz ni janggal gila dengan orang tak kenal. Maaf. Peace ^^V. Oh ya, Iz pakai nombor R 914. Iz tamatkan larian dan akhirnya dapat nombor 41!!!! ;D Dari yang terakhir ke 41. Hang caya dok? ;D yosh! Nisa dapat nombor 28. Darisa dapat nombor 98. xD Penat na lari, Iz dengan Niesa Saad baring. xD Inikah perempuan? Ya Allah.. tak malunya.. Mana taknya, baring ada pandang, ramai lelaki. xD Nisa pun tegur. Eleh.. jealous ar tu xD

Nisa nak air. Botol air dalam kelas. Kelas berkunci. Nasib baik sebelum keluar Iz renggangkan sedikit ruang antara daun tingkap tu, leh panjat terus terjah. Hohoho. Nisa pun pelik. Sekali Iz yang kena panjat. Nasib badan kecik. Senang je panjat. Nisa badan dia panjang, 'tinggi', konfem payah masuk. xD Sekali panjat hambik kau! Kena rangka tingkap dekat betis. erm.. dekat tulang kering ke keting orang panggil. Nasib baik sikit je kena. Huhuhu

Turun kantin. Lepak sat. Cari adik Iz. Tunggu jelah. Dia tu budak-budak last habis. Hahaha. Tiba-tiba..

Irfan : Tepi!! Tepi!! *sambil dukung Idin
Azizan : Sana.. Tepilah!! *sambil alihkan beg-beg budak lelaki dan budak lelaki

Irfan setia mendukung Idin yang mengalami kekejangan otot yang kronik. Azizan dengan tangkasnya mengangkay bangku kantin yang berat serorang diri. Sedangkan bangku tu memerlukan dua hingga ke tiga orang untuk mengangkatnya. Kekuatan yang jarang-jarang boleh kita lihat di hadapan mata. Azizan terus meletakkan bangku di tengah laluan pelajar. Irfan segera meletakkan Idin di atas bangku. Ramai junior menggerumini Idin. Feymes dia sehari. xD Tapi terbit rasa kasihan terhadap classmate Iz.

Sambung balik cerita Iz. Adik Iz jumpa Iz. Bagi air. Dia ambik air Iz. Iz ambik air dia. xD Nisa geleng je tengok telatak kami. Hehehe. Dah tiba waktu untuk menunggu untuk mengetuahui keputusan kejohanan merentas desa. Rumah sukan Iz dapat no. 2!! yeay!!

hahaha. tu sahaja. Assalamualaikum. 






Cerita demi cerita

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)

Well..well.. lama gila tak update post it's right? Yeah, bussy lah sangat ni amatlah menyusahkan untuk membikinkan diari Iz yang serba serbi hurm.. Nak deko dah tak boleh.. semua kod dah lari habis.. senang cerita dah tak boleh edit!!! TT^TT Dah ar, tutup cerita blog ini, buka cerita lain.

Cerita 1
Baju kelas yang Iz design dah siap!!! Alhamdulillah.. Inilah kali pertama Iz design baju kelas sendiri, tempah sendiri, bayar sendiri, ambil baju tu sendiri, pakai baju tu sendiri! *k.. mak tolong tempahkan >,<
Apa-apa pun memang terharu sampai rasa nak menangis! :')


Lawa kan? Tak pe.. jangan risau.. Iz tahu.. lawa sangat! * k bajet k! * Hehehe.. Harganya amat berpatutan. RM30 sehelai. Oklah tu :) 

Cerita 2
Minggu lepas, kelas Iz ada buat jamuan perpisahan untuk cikgu praktikal matematik yang ajar kelas Iz. Iz tak tahu nak bagi hadiah apa so Iz buat ar vector + ucapan. Lawak kot. xD


Cuma Cikgu Parvathy puji lawa + sebijik! :'D. Cikgu Ika kata lawa. ;D Hehehe... 

*di atas merupakan cerita 3 bulan yang lepas. lama bhai!!! xD ok. di bawah ini Iz nak cerita apa yang Iz ingat sampai takat mana yang boleh ^^

Cerita 1
Exam akhir tahun. Seriusnya Iz rilek je.. macam tak ada apa-apa yang berlaku.. Nisa duk susah hati macam laki lari rumah tak balik-balik tapi Iz ? rilek.. Nisa duk jeles dengan Iz yang rilek je.. Nisa habak kat Iz, Iz dah sedia ar nak jawab exam. Ehem.. ehem.. wahai saudari, aku tak baca buku pun! muahahha xD.. O.O betul. Iz just baca cover buku teks je. *nampak na nipunya* yelah2, selak-selak je >,<

Banyak sangat propa berlaku masa exam akhir tahun. macam biasa ar, soalan bocor duk koba cikgu kasi. eh, sakai. -,- Kita ni sebagai pelajar WAJIBlah jujur dengan cikgu, kawan2 dan negara. Bukannya apa, kalau kita ni duk dibesarkan dengan menipu orang cuba fikir macam mana masa depan? Kantoi! 

Abaikan itu. Paper BM Iz memang gempak. Awat? Masa ujian bulanan 2, Iz punya markah BM dapat D! D weyh! D! Gembira betul Iz sampai menangis. Tak dapat nak koba an macam mana lagi.. Tapi. Exam last year ni, BM Iz dapat A- ! yeay! ;D sat. Tak ke aneh tu. Dari D naik ke A- ? Iz... meniru! Eh.. tak.. Iz punya karangan kira tip top dalam kelas. Rumusan dapat 29/30. hahaha. Dulu Iz 'maki' Cikgu Musa sebab kedekut sangat bagi markah masa ujian bulanan 2 sebab tu dapat D. Tapi bila exam akhir tahun, ya Allah.. baiknya cikgu Musa, even ada terlebih huruf tang peribahasa, cikgu bagi markah sampai dapat A-. Ya Allah.. berdosanya aku TT^TT Cikgu! Ana minta maaf! TT^TT  

Cerita 2
Kursus Asas Membaiki Komputer. Iz join kursus ni pun sebab Soon ajak. 4 hari je. Tak boleh ada malam. xD Gilo malam. kang kat belakang ada warna putih siapa nak lari dulu? Gurau je. Ada 13 orang je join. 3 perempuan. 9 + 1 = 10 lelaki. 

Dalam kursus tu, Iz agak bangga ar sebab cikgu yang jadi tenaga pengajar tu teramat kenal Iz. Kau mampu? xD menipu je kerja Iz ni. Sebenarnya, Iz dengan cikgu tu kenal masa Iz form 1. Mana tak nya, ayah Iz pi campak Iz masuk kursus .. kursus.. pe ntah.. cer bayangkan.. dalam kursus tu majoritinya form 5! Iz? Form 1! Kecik je Iz. Hahaha. Tapi masa form 1 tu ar best. Ada abang Fudhail yang hensem xD dan ada abang Haikal yang sporting. Alahai.. rindunya masa zaman tu. Dia orang berdua berebut-rebut nak tangkap gambar Iz. Oh Mai, feymesnya aku! *k pembetulan, waktu tu Iz pemalu gilos tangkap gambar, depa duk paksa Iz possing, nak menangis wei! TT^TT* Tutup kisah lama. 

Kisah ini agak unik sedikit. Pasay pa? Iz rasa macam kursus tu dalam sehari je xD. *k poyo k* Iz sebenarnya malas nak cerita masa hari pertama kursus. Iz terus pi citer penghujung kursus jelah. Mahaha ;D

Masa tu. Iz dengan Yugi duk borak2 ar. Macam biasa gossip time cikgu mengajar xD. Tapi waktu buat kerja senyap je~ *keBAJETan itu kian terserlah~* Tiba-tiba, Cikgu Zam *Cikgu Zamrah, ni gara2 Ash ar duk panggil cikgu Zamrah jadi Zam. xD* panggil Hasbul mai datang depan. Iz masih teruskan lagi bergossip dengan Yugi. Entah macam mana Hasbul tiba-tiba je muncul sebelah Iz. Dia minta tolong Iz buatkan ucapan untuk dia.

Sat. Apa? Ucapan? Biaq Btol?! Entah macam mana Iz SETUJU buatkan ucapan untuk Hasbul. Ambik kau. Dia order ucapan kasi cun2 punya dan pendek. Eh, kirim duitlah jawabnya. Iz buatlah panjang skit. Ramai na tengok Iz taip ucapan. Bila cikgu masuk, cikgu intai2, cikgu duk koba panjang bonar. Iz. Peduli apa. xD

Bila dah siap print, tibalah masanya detik-detik penutupan kursus. Tibalah giliran Hasbul sebagai wakil rakyat ecececeh xD ehem3.. wakil pelajar nak buat ucapan. Ambik kau, sekali baca macam baca karangan dalam kelas bhai! Pengetua duk senyum je. xD Iz gelak je xD. Habis Hasbul buat ucapan, Zizah buat thumb up dekat Iz. Well, ini Iz kan.. hahaha. poyos!

Tibalah masa untuk bergambar. Oh Mak. Iz paling kecik!!! TT^TT belakang Iz tu spoilkan? lalang je. xD Hish, tak baik kot taip gitu. Untuk pengetahuan hang pa semua, belakang Iz tu ar alien. Alorh, yang Iz duk citer pasal alien dalam blog Iz. Tapi sekarang alien dengan Zizah. Suka sama suka tapi tak nak mengaku. Heh. 

Iz yang kecik, yang pakai tudung hitam >,< 

Sekian sahaja berdasarkan kekuatan daya ingatan Iz berkaitan aktiviti selepas bulan puasa. Serius! lama gilo tak update blog!!!! Muhahahha. Assalamualaikum :)

Kejohanan Olahraga 2013

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)

#entah bila tak ingat tapi sebelum puasa xP

Well, siapa ingat lagi yang Iz bajet gila dengan pingat tahun lepas? Alorh, yang batak gila first time dapat pingat nombor 1 tu xP sila klik sini >> hooray~ << Tapi tahun ni Iz dapat nombor 4! TT^TT. Apasal jadi macam tu? Ha.. Mai sini duk rapat-rapat, budak laki duk luar, pasang telinga, jangan bercakap, siapa cakap bayar seposen XP.

# cerita berdasarkan apa yang Iz ingat ^^

Seminggu sebelum kejo ola, ada latihan rumah sukan. Iz hadir~ Tak sangka RAMAI datang petang-petang gini.. selepas 2 rumah sukan dapat habuan yang kapaw dekat perhimpunan~ Serius, terkesima semuanya! xD. Masa tunggu itu cikgu dekat kantin. Iz tak sangka alien datang. Sibuk je. Dah ar kena denda tak nak mengaku. Gedik. Ni celop rumah sukan orang. Sepak nak? Gggrr..


Masa cikgu dera semua turun padang, budak perempuan terus ke lari-lari ala-ala hindustan tu. Serius! Without any warm-up terus lari, hang tak lari nama hang cikgu tak tanda. Sadis. Time geng Iz lari, Alis dah set kan siapa nombo 1, 2 and so on. xD. Time lari Iz tak sangka dapat nombor 1. #batak k batak.


Masa dah habis lari, alien ada kat atas bukit sepanjang Iz berlari dengan tudung yang terlampau bagi kerjasaman sampai nampak leher, kaki macam tak pernah lari dengan pakai lari je. xD Serius, apasal alien tu? Sibuk je. Dah tu, pergi lontar peluru~ Azizan ajar budak junior cara-cara lontar peluru. Iz , yang pernah jadi atlet celop suku ni ajarlah mereka. Nak menangis tengok Azizan aja, seorang pun tak faham. Isk3.


Dah habis segala tu, Syafiz menggedik nak nombor telefon Iz. Fiqar pula batak dengan handphone baru, rasa nak pijak je handphone dia tu. >,<. Ada hari apa entah, ha! latihan khas kepada atlet rumah sukan untuk kejo ola ni. Petang. Iz kena pi sekolah pukul 3. Dah ar sakit perut, tak makan, rasa gastrik datang, buat bodoh jelah. Tunggu somebody dekat bustop sekolah. Tapi siapa?


Ok, part ni lawak. Aku tunggu siapa ni? >,< Jumpa Mardiana. Culik dia. Ab pun sama. Yeah, ada geng. Turun padang. Eh, jumpa cikgu dekat tangga. Culik cikgu juga xD. What? Alien? Dei, tak ada ke muka orang lain selain manusia ni? Muka pakwe aku ke muka pavlova ke muka buku ke. Ni tak, balik-balik muka dia. Hish! >,<

Dah habis berlatih sampai tangan bengkak, mengadu dekat Ash. Serius tangan rasa macam sendinya dah salah. Ya Allah, pe ke peritnya. Bayangkanlah hang pa tadah tangan, peluru kat tapak tangan, sendi dekat pergelangan tangan kiri dan kanan hampir bertemu. bayangkan~ ya Allah, sakit wei, tu baru peluru. Macam mana azab seksaan dekat neraka? >,<

Pagi Khamis tu, ada acara Iz. iaitu lontar peluru. Time nak melontar yang fist round, Iz paling jauh. Yang second pun sama tapi yang third round, sebab lapar sangatlah dapat 5.05 meter. Lawak ni, sampai menangis, time Iz melontar, Iz pusing belakang, TERnampak kawan alien tunding jari dekat Iz dari tempat menunggu giliran lelaki. Alien pun tengok je. Ke ada ultraman dekat belakang aku? Iz pun pusinglah cari apa yang dia orang tengok. Pastu hilang.. Haih..


Sepetang Jumaat yang indah lagi aman, Iz dipangil untuk menghadiri latihan kawad kaki. Kawad depan surau bhai. Alim je. xD dah nama PPIM. Time latihan, tak sangka ada acara tarik tali. Wah.. Tapi lambat ar. Iz TERingat yang Iz ni simpanan peserta tarik tali. Hahaha. Masa latihan kawad kaki, alien mai datang lagi. Oh lupa, dia ADA latihan kawad kaki. Padahal jadi tiang bendera je pun. Tapi dia tak usha. Cantik!

Pukul 4 dah tiba, Tengku datang cari Iz. Apahal ni? Dia habak tarik tali tak cukup orang. Iz dengan berlagak bajetnya lari~ Ok, baju rumah hijau mana? Ada. Masa tu dekat padang ada Pali, buat praktikal sains sukan. Dia entahlah cam ke tak cam Iz kat situ. Lantak ar. Time tarik tali, ya Allah, kus semangat, lemah longlai terus! Semua tenaga dikerah. Bapak ar. Inikah tarik tali? Alien tengok je tapi dia kat pihak lawan.


Yang tak boleh blah tu si Alif dengan Aizat duk habak " Kau kata kau kuat sangatkan? Buktikanlah ". Rasa nak lempang dua makhluk Allah itu dengan penyapu. cer bayangkan time tarik tali juga ar depa cari pasal. Dah habis tarik tali pukul mereka. Geram!! Time rehat Pali TERperasan Iz. Ok, malu. Bak tepung, nak sorok muka. Ye ar, cer bayangkan budak saiz macam tahun 6 tarik tali. Tak ke malu tu? >,<


Dan akhirnya rumah hijau perempuan dapat nombor 4 sebab ramai ahli badan sekeping je. Hahaha xD Ok ar, pengalaman pertama. Yang TAK dapat dilupakan. Hehehe ^^V Esoknya Kak Era buat suprise. Ada latihan kawad kaki. Hahaha. balik tu tidur~ Tak larat kot nak bangun. Mak tahu pun duk tibai gelak je >,<

Pagi tu Iz nak pi seolah kena tahan dengan mak. Kena jadi anak dara. Sidai kain 3 bakul. Ni kes balas dendam ar ni. haih. Nasib ar sorang je perempuan dalam siblings. Yang tak leh blah tu masa nak keluar, ayah Iz pesan tuggu adik balik dari surau. Kunci dia tak de. Haih. Dah pukul 8.45. Masak. Dah ar pi sekolah. Gi sekolah aku seorang je lambat. Baguih.

Kena buat dekat padang. Alien usha. Bila member dia perasan dia buat donno. Sakai. Kata dah ada gf, tapi still menggedik. Dah time rehat, duduk dekat tangan seorang diri. Ash datang. Mengadu yang kawad PBSM dia terlampau statik sangat. Suruh kasi idea. La sangat. Heih. Orang lalu lalang duk habak dating. Dah malas, nak makan. Ash ajak keluar Iz. Iz ikutlah tapi terus ke kantin. Bukannya belanja pun. Kedekut. Hahaha. Lepak dekat port perempuan dekat surau lepas beli makanan rapu.


Eh, rumah hijau latih kawad? Azizan handle? Alien ada? Ah, celop! Iz duk ar kat tebing nak tengok formasi rumah hijau tapi asyik dengan asas kawad je. Bosan. Alone again. Hahaha. Dah tu, Kak Era datang suruh buat topeng. Iz buat donno. Asyik pink je. Pink, pink, pink. Dah tu Iz buatlah sepanduk. Bukan buat but EDIT! xD Yang paling tak tahan buat stail merak. Hahaha. xD


Sebelum balik, Iz dengan baiknya tolong handle white glove. Macam nak makan je semua tu buat takoyaki. Sedap tak? xD Yang lagi anehnya Iz pi gosok kesemua 21 pasang white glove, kiri dan kanan, sah gila! xD
Esoknya pergi ke sekolah macam biasa. Berkumpul dekat surau. Hek..


Dah turun padang, penglihatan terhad. Awat? Sebab kami pakai topeng! Sampai terpaksa tolong Amira sebab dia kan rabun. Sian dia. Dah terpacak. Semua umat manusia tengok PPIM pelik je. xD Tapi ok ar, tak pernah pakai. #ahaks~


Dah turn kami berkawad, time buat formasi serius Iz pekak. Cikgu ar.. yang jadi emci tu time bagi arahan ar nak memekak rasa nak lempang je. Unit beruniform lain tak de plak bising, dengki ni.. --' Dah siap susun dekat depan para penonton, buat ar formasi kami, hahaha xD serius lawak. :)


Dah habis bla-bla-bla oleh semua orang dan tibalah sangat untuk keluar baris, Ya Allah, gembiranya hati nak keluar baris, yeppi! Time KP dengan KRS keluar baris buat bentuk kipas, si pemegang bendera KP tu boleh plak cam Iz. Ingat dah tunduk macam apa entah tak perasan, tapi perasan juga, pandang macam pe ntah rasa nak sepak je dia tu. Menyampah. Dah keluar baris nak usha lagi alien tu, rasa nak ***** je dia tu. Eeeiii!!! Geram!!!

Pergi suarau dah siap tukar baju spare, turun bawah nak isi perut. Cari member, semua hilang. Kawan lupa kawan --' Jumpa junior, culik dia. xD Bawalah dia ke hulur ke hilir. Hohoho. Tapi yang tak best, tiap kali lalu mana-mana tempat, alien mesti ada? Ya Allah, sabarkanlah hati ni. Oh ya, Yugi suruh face to face dengan dia. Aku? Tralalala.. Eh, mak aku panggil! xP



Dah tu, pergilah satu part corner nak duduk, jumpa pakcik. Tangkap gambar dia, spontan. Marah pakcik, mana button delete? Iz lari je ar xD Tangkap banyak-banyak, saja nak uji tahap kesabaran dia. Hehehe. Tengok Amira dapat baju kelas. Untunglah. Hurm..



Malas nak duduk, meronda. Setiap kali lalu ar alien ada. Peluang untuk face to face amatlah besar tapi malas. Hahaha. Sampai dah hafal apa reaksi muka dia tu. Peliks. Hahaha. Pelikkan. Isk3. Turun padang nak tengok form 4 berlari. Iz dengan Azmiera memekak je ar. Iz jerit Hijau. Azmiera jerit Merah. Sampai ke telinga bingitnya. Hahaha. Tangkap gambar Ash dengan Edin. Smart koo.. xD


Bosan tengok orang jerit, bila orang dah habis lari, Iz tangkap ar gambar pelajar 4 sains sukan buat praktikal. hahaha. Dengan gambar ketua pengawas & timbalan ketua pengawas 1 pun Iz tangkap. xD Marah beliau~ tapi ok pe, smart! xD


Padang dah sesak, Iz dengan Azmiera pun pakat nak duduk dekat surau lepas Cikgu Khairudin belanja air. Best ko.. Eh dah habis? Eiks. Owh, majlis penutup. Lepak dulu. Semua duk tengah padang, tak macam Iz dengan Azmiera, duk bawah khemah. Hehehe. Dah habis tu, semua blah. Iz tengok Alien pandang Iz macam nak minta Iz tumbuk muka dia. Boleh je. Mai sini. Gggrrr..


Azmiera kena pungut sampah. Iz tolonglah. Argh! Alien duk usha. Ggrr.. KP kena buat Iz tolong~ Baik tak? *sila muntah jika perlu* Ada sampah dekat bukit. Panjat punya panjat licin koo!!! xD Cikgu Marwani cuak habis! xD Dah tu Cikgu Marwani suruh pengakap buat kerja panjat-panjat ni. Siapa entah suruh simpan balik kayu dia orang. Masa on the way nak simpan, Iz buat ala-ala merejam lembing. Azmiera terkebil-kebil je xD

Tapi kena rampas >,< Jumpa Alif, Apa lagi, balas dendam! Kak Ainul protect dia. Alif siapa entah pun protect dia. Ramainya orang sayang dia. Ergh! Iz ni bukannya baik sangat bila part-part nak belasah orang. Iz cuba tumbuk je. Peitlah juga dia rasa. Sebab tangan orang lontar peluru kan kuat! xD Puas hati Iz.


On the way balik, Iz terfikir nak jumpa Alien. Tapi kaki Iz ni terus menapak ke arah tangga nak ke rumah. Hahaha. Tunggulah tiba masanya Iz janji *sambil buat tangan ala-ala berikrar* Iz berjanji akan jumpa dia sebelum habis sekolah dan tanya soalan " kau perasan ke aku yang perasan ? " tu je. xD

That's all. Assalamualaikum. :)
#maaf sekiranya ada ayat yang tak dapat difahami dan whatever as long as you all CAN read this silly post :)


nak tengok gambar penuh kejo ola? >> klik sini <<