Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :) Trimaz singgah blog Iz ^^ Tinggalkan jejak yaw! ;D

Kek batik

Assalamualaikum. Hohoi. Masihkah sempat mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha? Mestilah sempat.. mak Iz kata raya aidiladha 30 hari. Ikut maklah. ^^

   Iz beraya dekat kampung Iz. Aktiviti setiap kali balik kampung adalah buat kek! Tapi kali ini Iz tak buat kek coklat sebab mesti budakbawah 12 tahun sibuk mengganggu Iz! Sebab itulah tak jadi! Iz buat seorang diri ok je! #mula dah show off dah..

   Kek apa Iz buat kalau tak kek coklat? Kek batiklah.. senang sikit nak buat.. buat?! #selak buku sejarah hidup pernah tak aku buat kek batik, error, tak pernah!# kawan habak senang nak mampus. Iz teringat resepi kek batik masa Iz blogwalking dan terjumpa Blog Cik Epal . Nasib baik sempat terjah kalau tak naya weyh!

Ni resepinya..
1 paket milo tak kisahlah 200 gram ke apa ke asalkan milo
1 ketul mentega (250 gram)
1 paket biskut Marie.
1/2 tin susu pekat manis

Cara-caranya:
1) Kerat setiap biskut Marie ke 4 bahagian. pastikan sudut dalamnya 90 darjah.

2) Masukkan mentega dan milo ke dalam periuk dan panaskan dalam suhu sederhana.

   Amaran!!! Jangan masukkan milo setelah mentega dah cair! nanti berkepul-kepul dan berbuih. #Kes terjadi dekat kampung, nampak sangat tak pernah buat! eh memang tak pernah buat apa. inilah first time! :D#

   TETEPI kalau terlupa... TERlupa..jangan panik! JANGAN PANIK!! #mula dah..# Kau orang masukkan milo tu habis sepaket lepas tu kacau dengan tenang. Nanti jadi macam liat. Masukkan air sedikit agar benda alah tu tak berketul. Buat sampai puas hati.

3) Apabila mentega dan milo selamat disatukan, masukkan setengah susu pekat manis. Tapi kalau rasa tak suka manis-manis takut gigi rosak, letaklah dalam suku. Kacau sampai ada buih tak jadi muncul.

4) Ambil biskut Marie yang telah dibahagikan kepada 4 bahagian bersamaan sudut dalamnya 90 darjah dan masukkan ke dalam periuk. Mandikan mereka secukup rasa. Pastikan jangan kuat sangat kacau tu takut biskut bercerai-derai.

5) Masukkannya ke dalam bekas yang lebar tak pun loyang. Dah letak, ambil sudu ke sudip ke garfu ke mampatkan biskut-biskut disaluti coklat. Pastikan permukaannya agak rata. agak-agak.. ^^

6) Masukkan bekas tu dalam peti beku yang sejuk selama 3 jam.

7) Jangan lupa baca basmallah sebelum makan. xD

model kek batik.
Selamat mencuba :)
#Aku rasa aku ni kuno.. biarlah asalkan aku tahu dan aku buat. yang penting perut kasi kenyang :D

4 ulasan: