Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :) Trimaz singgah blog Iz ^^ Tinggalkan jejak yaw! ;D

Makin makin makin..

Ok, tajuk merapu sudah datang. Pmr on the way tengah tunggu tiket penerbangan. Lama juga Iz tak update blog ni. Malas? Tak ada idea ma.. Oklah, Iz nak cerita babak-babak sebelum PMR nak datang ni. Siapa ingat pasal ZAS? Eh, tak tahu apa tu? Yang penting tu bukan makanan. ZAS- Zakrul Ash Soon. Ha.. kenal tak dia orang? tak kenal? memanglah~ 

Ini Zakrul. Kartunis dalam kelas

Ni Ash / Aiman Syafiq Hasan budak bermasalah dengan Iz

Ini Soon budak pandai segala pandai.
Minggu ni Iz sakit hati dengan Ash dan Soon. Kenapa?

1) Ash selalu sorok barang Iz.

   Sorok? Yes. Dia kalau depan meja Iz mesti tangan dia tu gatal sangat ambil botol air Iz lepas tu sorok tempat lain. woi! Sakit hati gua der! Lepas jerit dekat dia mana botol? Dia buat muka tak bersalah! Sakitnya hati!! Sampai nak pukul dia guna botol. Tadi dia sorok jam tangan Iz. Iz elok je letak atas meja. Toleh je ke meja. Ghaib~. Kalau nak sangat ambillah! Ambil! Eiii!!

2) Aktiviti Agong SZANPIY

  Eh, sejak bila pula grup tu ada aktiviti agung? XD Kita orang sepakat nak buat kek coklat lepas PMR ni. Tapi tempat tak ada. Iz target buat dekat rumah Ash tapi masa buat perbincangan Iz langsung tak cakap dengan dia sebab nak balas dendam. Tapi aduh Saleha.
 
  Dia kata ok kalau ada seseorang suapkan kek coklat dekat dia. Iz offer dekat Yugi mesti ok kan. Tapi dia tu "gedik" nak suruh orang lain. Mesti kau orang ingat si Ash tu nak Iz suapkan dia kan.. Sejak kebelakangan  ni, si Ash tu kalau makan nak bagi Iz mesti nak dia suapakan. Sampai Cik Izwasyee kata "sweet candle light". 

   Pergh berapi Iz! Ash kata Iz ni kalau makan mesti nak kena suap?! Hoi! Amboi... selama ni aku makan suap guna tangan aku je! Masa kecil-kecil lain cerita. Kau tak pernahkan suap aku? Dah senyap kang aku sepak kaki kau sampai lebam nak?! 

3) Terjadi bahan dalam kelas

   Bahan? Bukan bahan uji kaji sama sekali. Masa tu Cikgu Yati bagi latihan Sains. Dah habis jawab soalan hantar balik kertas tu dekat cikgu. Iz dah kumpul sebahagian kertas nak hantar dekat cikgu. Si Ash tercengat dekat tempat dia. Iz tanyalah nak hantar ke tak? Dia bagi kertas dia tapi bila Iz ambil dia tak bagi. Iz kata nak hantar ke tak? Dia jawab dengan excitednya Nak! 

   Iz ambillah kertas dia tapi dia tak bagi lagi. Pergh, panas hati aku! Iz suruh Cikgu Yati tampar dia. Tapi cikgu duk senyum je. Lepas tu cikgu cakaplah

" Kalau kamu benci orang tu lama-lama kamu jatuh hati dekat dia tapi suka sangat dekat dia tak boleh nanti lama-lama benci" 

   Iz tutup telinga. Semua duk khusyuk dengar. Iz cakap dalam hati semua ini tak akan berlaku. Yugi duk senyum. Sampai hati kau. 

Makin lama makin benci aku dengan perangai kau Ash! Tak pernah senangkan aku! menyusahkan! Eeiii!!! >//..<

2 ulasan:

  1. btol lah ape yg cikgu iz ckp tu.. jgn benci.. nanti jadi sayang.. kang jadi cintun pulak ! hehehe.. so, jgn ckp kite benci seseorg tu.. just kate sakit hati je x pe.. klau ckp x suke, lagi parah nie ! jadi suke kang ! merana iz.. hehehe.. :D just saying.. jgn marah2 ye iz, nanti cepat tua ! ;D

    BalasPadam