Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :) Trimaz singgah blog Iz ^^ Tinggalkan jejak yaw! ;D

Minggu = 3 in 1

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)


3 in 1? Apa kejadahnya? Ok, ok, ok. Iz ceritakan apa yang terjadi pada Iz dalam seminggu ni. 3 masalah dalam 1 minggu. Yeah, Iz akan cerita secara berperingkat.

1) Nak tukar aliran
Kenapa nak tukar aliran? Kenapa? Hahaha. Iz nak tukar sebab Iz tak suka akaun! Serius weyh! Iz tak sanggup tengok result Iz ada GAGAL. *Hok alorh, belum exam lagi da kelam-kabut!* Iz tak minat akaun, Iz minat yang kemahiran sahaja yang tak payah dok hafal. xD

Iz cadang nak masuk kelas sains sukan! yeah! biologi! My favourite subject! Walaupun tak belajar lagi! Yeay! Iz minat tang sukan, kesihatan.. ala-ala doktor sukan gitu xD

Tetapi!!!!!!

Mak Iz ni ha, tak redha! TTT O TTT. Mak Iz suruh masuk kelas sains tulen kalau nak tukar. Sains tulen? :'v
Iz ni nak hafal/ingat banyak-banyak mana boleh TT^TT. Iz bukannya apa, cuma Iz memang tak jatuh cinta dengan subjek akaun tu. Iz menyampah. Tak suka. Serius. *nampak tak kurang ajar tu? Jangan ikut. xD*

Iz akui memang kelas SAINS TULEN & AKAUN ni masa depannya cerah!!! tapi Iz ni otak biul. Apakah haram ke masuk kelas SAINS SUKAN? Kang buat sepanduk tulis " SAYA NAK MASUK KELAS SAINS SUKA JIKA TIDAK SAYA TAK NAK PERGI SEKOLAH! " xD

Iz dah buat solat istikharah, dah hasilnya kelas SAINS SUKAN. Ni Iz tak bagi tahu lagi dekat mak Iz, kalau bagi tahu mula ar dapat saliva secara percuma. Iz yang nak belajar bukannya dia orang T^T Kenapa Iz diuji sampai tahap ni? Setiap kejadian ada hikmahnya :)

2) Latihan Merentas Desa
Iz rasa setiap sekolah dah start melakukan aktiviti tradisi sekolah ni. Merentas Desa. Yeah! Iz suka! tapi yang tak bestnya buat waktu petang~ alahai. pagilah syiok! Tak payah belajar! ;D

Masa dekat padang sekolah tempat kita orang berkumpul sempat lagi tangkap gambar xD

Iz yang tudung hitam sebelah kanan >

Nak senyum tapi..

Kawan Iz sejak kecil lagi ;D

Spontan?

Ada orang 'ayu'lah dekat sini xD

lalalai~
Masa Iz dengan Azmiera lari.. Tiba-tiba ada sekumpulan junior kami jerit " LITTLE JUNIOR IPIN!!! ". Iz terfikirlah, tu bukan nama facebook Iz ke? Iz tolehlah belakang bagi senyuman yang terpaksa buat. Azmiera blur~ Tak sangka ada yang kenal Iz yang sombong ni TT^TT xD

Iz dengan Azmiera tamatkan larian kita orang dalam masa 43 minit! Yeah! Tapi kita orang target nak awalkan lagi dari masa yang Iz rekod. Kalau boleh nak dapatkan pingat! Yeah!!! ^^ Dah habis lari-lari, lepas dekat bustp sekolah. Tak ada kerja tangkap gambar ;D

Cik pertolongan cemas~

Dari sharpen ke bluren xD

semuanya bawah 150 cm xD
Serius best gila ar! Tapi penat. Dah habis sekolah Iz buat latihan merentas desa, sekolah rendah pula yang sambung xD. Esoknya pun best.. Iz tak pergi sekolah sebab...

3) Kita pergi dia halau balik
Apa kejah tajuk tu? Hahaha. Ok. Sambung untuk cerita di atas tu. Iz tak pergi sekolah sebab Iz ponteng sekolah! ;D Bukan sebab sakit kaki, tapi sakit gigi. TT^TT Tak ke pelik tu? xD Setiap tahun Iz wajib sakit gigi :'( 

Iz nak makan pun payah. Nak buka mulut lagi ar. Ternganga sikit sakit gila. Huhuhu. sebab tu tak pergi sekolah, tak boleh kena panas nanti ber.. berdesing? tak.. berdenyut! ha! betul tu. Entah apa bala mai dekat Iz, Iz tak tahu. 

Petang tu Iz pergi klinik pergigian serendah. Ada mamat handsome *gatal dah* Tapi.. mamat tu rasanya form 1, tak mau layan ar. malas. malas xD. Iz tunggu dekat 1 jamlah juga. Tiba-tiba je dengar suara manusia versi robot tu sebut angka giliran Iz. empat kosong empat lapan, bilik 1. 

Masuklah Iz ke bilik itu, dan akak-akak tu pandang semacam. Ni apahal ni? Nak check gigilah akak! Meh baring sini. Kamu ni sekolah mana? Smk tabura. Eh, bukan ke kita orang ada buat check-up dekat sana? Tu sesi petang. Tak adanya! Sesi pagi! Akak, manalah saya tahu, saya bukan cikgu. Ni gigi kamu ni kenapa? Gigi saya ni ha sentuh sikit sakit. Bengkak ke? Entahlah kak. Ni kena jumpa doktor ni. Akak bukan doktor ke? Tak, kamu kena pakai pendakap gigilah. #Aku tak jong****lah! 

Kamu tunggu dekat luar ya nanti kami panggil. Iyelah.

Itu je? Je?! poyo ini semua. xD. 10 minit telah berlalu.
empat kosong empat lapan, bilik 3. 

Masuk je situ, akak & abang tu pandang semacam. woi-woi aku sakit gigi ni TT^TT.

Adik, duduk sini. Yeah dapat duduk. Ni kenapa? Entahlah kak, gigi saya ni sakit bila sentuh. Kenapa plak? Entahlah tak tahu. Hurm.. gigi adik ni cantik, sayang kalau cabut. Cabut jelah kak. Tak boleh, sekolah adikkan tengah buat pemeriksaan gigi. Tu sesi petang. Tak kira, adik kena makan ubat tahan sakit dengan antibiotik. Yelah..

Ok, adik pergi dekat farmasi dekat bawah ambil ubat ni, tapi sebelum tu bayar duit pemeriksaan. Akak, saya tak bawa duit. Apa?! Tak bawa langsung?! Ha'a. duit semua dekat mak ^^. Hai... Adik pergi ambil ubat dulu, ubat pil bolehkan? Boleh SANGAT kak. 

Ketika di kaunter farmasi, 

Ambil angka giliran duduk. Baca arahan. Aduh Saleha! Lupa nak kepilkan slip ni! Masak! Pergi ke kaunter tu balik dan tanya akak tu. Akak! saya lupa nak letak ini slip! Akak tu buat tak tahu. Akak!!! Sama juga respondnya. Akak!!!!!!!!!! Ha, ye adik kenapa? Ni ha lupa nak letak. Oh, letak sini sini. 

kosong kosong lima lapan kaunter 1, nah adik. Ok. Pergi ke klinik pergigian. Telefon mak, lambat sampai. Seorang diri, mak kepada mamat 'handsome' tadi sapa aku. Adik dari mana? Dari Tabura. Jauh tu. Nak buat macam mana, ni je klinik kerajaan yang terdekat, banyak yang swasta, semua mahal-mahal.Oh, adik kenapa sakit gigi? Entahlah cik, gusi ni macam bengkak, maybe akar gigi dah rosak. Oh.. Tak cabut ke? Sekolah saya tengah buat check-up gigi tapi turns saya lambat lagi sebab sakit sangatlah saya datang sini. Oh.. 

Dan hasilnya..
3 papan ubat antibiotik + 1 papan ubat tahan sakit. Sila habiskan secepat mungkin. Mati aku,. bab telan-telan ni ar payah ni. tekak susah terima kenyataa, TT^TT

Apa-apa pun kesemua masalah 3 in 1 ni kena habiskan atau pendak kata selesaikan dalam minggu depan. Doakan yang terbaik untuk Iz :)
p/s: Maaf sekiranya ada terkasar bahasa anggap sahaja budak baru belajar :)
Assalamualaikum :D




Tiada ulasan:

Catat Ulasan