Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :) Trimaz singgah blog Iz ^^ Tinggalkan jejak yaw! ;D

Hari yang er..

Assalamalaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)



Hari ni Iz exam English. Best. 2 paper. Tak sangka jumlah patah kata yang Iz tulis hari ni mencecah seribu! Fuyyoo xD. Tapi tu cuma cerita sampingan sahaja. Habis? Ada cerita utama ke? Ada.. sat na..

1) Alien gedik tahap 34.02
Alien? Siapa ingat lagi? Ok hari Iz nak 'kutuk / maki' habis dia tu. Kau orang nak tahu tak, masa rehat dah habis, Iz menggedik keluar kelas cari Ash dekat sebelah tanya pasal sketsa. Dalam masa yang sama si alien durujana tu dengan sengajanya datang dari belakang Iz.

Yang tak boleh blahnya dia tegur Ash lepas tu dia pandang Iz. Ikutkan hati nak je kasi itu terajang offered yang sedang HOT di pasaran. Tapi apakan daya dia berani pandang Iz lama-lama. Iz ni mana berani. Kalau siapa perasanlahkan kalau Iz cakap dengan someone mesti pandang tempat lain tak kira lelakikah kamu perempuankah kamu. xD

Masa 3 minit je lagi kertas seterusnya nak bermula, alien tu kelasnya disebelah kelas Iz, maka tidak moleklah jika tiada aktiviti kunjung-mengunjung. Apa yang pelik di sini, geng-geng dia borak dengan Bazuka tapi dia asyik pandang Iz. Apalah salah Iz sampai dia buat begitu? Seksa bhai. Harap-harap esok taklah benda alahan ni terjadi kembali.

2) Cakap tara serupa bikin
Sketsa. Iz ingat lagi kata-kata cikgu Ismahani yang menyatakan bahawa grup Iz terpilih untuk me.. me.. menyembahkan? membuat persembahan sketsa sempena hari guru tapi kena panjangkan skit. Iz ingat lagi tu wei! Tapi hari ni semua benda tu dah berubah. Macam keluar dari kandang bunga masuk dalam kandang buah. Wow.

Masa tengah study untuk kertas 1 bahasa british, ada announcement, siapa yang nak buat persembahan sempena hari guru sila daftakan diri di bilik MBMMBI. Jika lambat pendaftaran tawtaup. Iz dengan Mimie terpaksa rushing pergi sana. Tak ke balada tu? Dulu habak terpilih pastu kena daftar. Bukan kami ini ditempah ke?

Masa daftar cikgu habak nak buat tapisan. Wow. Dulu itu minggu bahasa kami johan pun kena tapis ke? Bukan kami ini ditempah 'khas' ke? Tapi yang lagi best langsung tak practice. Spontanlah jawabnya. Dulu cikgu habak panjangkan sketsa ke 15 - 20 minit sekarang dihadkan kepada 10 - 15 minit. Wow. Masa sketsa hari tu cikgu habak lama sangat dekat 15 minit. Wait da minute, Iz set jam dekat KMB *kamera makan bateri* dekat 11.02 minit pun berkira? Ayoyoyo..

Ni tak apa lagi, tapi Iz ada tempah budak-budak petang masuk dalam scene sketsa Iz. Masa pukul 3, Iz tengah syok main game Alang datang rumah. Dei, ponteng ke? Rupa-rupanya ada cikgu petang tak kasi dia orang berlatih. Apa lagi ni taiko naik bengang semua turun ar! * tipu je * Cari ar cikgu Ismahani 'SLOWTALK' dengan dia. Actually, debat. Iz peduli apa itu dulu cikgu habak gini tup tup cikgu habak gitu. Wah.. naiklah tanduk segala tanduk.

Iz buatlah ayat-ayat cintan yang mampu menCAIRkan jiwa. Green light. Ok, cantik. Buat latihan scene budak petang, dalam sejam lebih ada a few of teachers begitu mengamuk. Pulak. Cikgu petang habak dia orang dilarang buat persembahan. Haih cikgu ni, macam aku ni tak pernah ada pengalaman jadi cikgu, ini budak anak cikgu, mak & bapa nya telah menurunkan ilmu cara-cara mengatasi masalah begini rupa secara senyap-senyap.

Rupa-rupanya mereka semua ini berlatih tiap-tiap petang, rasa nak gigit semua budak tu. Geram ya amat bhai! Grrrr... Esok kena pergi sekolah awal. Nak skip cerita. Kalau terpilih Iz nak grup Iz qonquer stage masa hari guru. Peduli apa. Tapi esok kami buat sikit je, kalau terpilih buat berjela-jela. Sejam je untuk aktiviti persembahan daripada murid. Lawak kot. Tahulah hari guru tapi agak-agaklah. Karang murid mogok tak datang sekolah mengamuk. =='

3) Takoyaki
Dari pagi sampai ke petang masalah melawat Iz. Malam ini mak Iz baik sangat belikan takoyaki untuk Iz dengan adik-adik Iz. Akhirnya kempunan Iz tertunai juga. *apasal lain sangat ayat ni* Iz hairanlah awat makanan fav Iz semua dah naik harga. Aih.. Tara boleh jadi ni. Iz makan banyak pun bukan tinggi + besar mana pun. Macam gitu je. >,<

Selalunya setiap post Iz mesti ada pengajaran untuk Iz share. Tapi pengajaran untuk post kali ini kita tunggu esok pasal itu sketsa tu. Wish me luck :)
#Maaf sekiranya tiada rasa hormat ketika post, ni semua nak release tension sebab esok exam takut terus blank otak tak dapat fikir dengan baik. Maaf sangat-sangat. >,<
Assalamualaikum

Tiada ulasan:

Catat Ulasan