Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :) Trimaz singgah blog Iz ^^ Tinggalkan jejak yaw! ;D

FREEBIES : Doodle budak sekolah

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)

Entah apa mimpi Iz nak buat freebies macam fara, Iz pun buatlah ;D. Doodle sekolah je >,< + transparent background. So kalau ada yang nak ambil, ambillah. :)

1) Doodle budak sekolah rendah


2) Doodle budak sekolah menengah

3) Doodle pengawas


Agak kelakar sedikit sebab ni pecubaan pertama Iz buat guna paint tool sai ^^
Nak tempah? Mimpi dulu baru berangan xD



Sketsa?

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)

Siapa ada add Iz deka muka buku? Semalam news feed kau orang mesti penuh pasal video. an? an? an? xD Well, actually Iz ada upload video sketsa grup Iz semalam. Grup lain? gambar je. hohoho. Sebelum ke video mari sini Iz nak habak detik-detik sebelum pertandingan sketsa sempena minggu bahasa.

Alhamdulillah kelas Ekonomi Asas cikgu tak ada, ada meeting! jyeah! xD Apa lagi salin soalan dengan tulisan yang hanya Iz je faham dan prepare prop untuk sketsa. Semua ada. Mari turun. Sebelum tu pergi bilik MBMMBI tapi nasib baiklah kuncu-kuncu grup Iz halang Iz daripada pergi sana. Pasay pa? Sebab kat sana mana ada. Buat dekat pusat sumber sekolah. Nasib baik bhai.

Masa Iz nak pergi ke pusat sumber sekolah, semua prop tertinggal dekat kelas. Sedih na? Pergi naik kelas balik dengan kelajuan yang macam apa entah sampai kelas 4 Sains Sukan pun tengok lain macam xD. Ok, dah turun, dengan beg sekali. Kamera dah ada. Dah sampai. Tengok-tengok dalam grup Iz, Iz seorang je??! Flashback mana lagi manusia-manusia ni, ha! dekat makmal biologi!. Jom terjah!.

Bedah tikus? Dari pukul 11.30 sampai 2.15? Biar betik. Usha tingkap. Nampak Ash dengan Zack buat perangai pra-matang. Tegur. Ash kata lambat lagi habis. Tiba-tiba Cikgu Arshna cakap 'siapa yang dah berpuas hati, boleh clean up!' Nampak tak permainan dia? Rasa nak je bunuh si Ash ni. Orang kelam-kabut dia menyusahkan orang. Hish!

Masa on the way nak ke pusat sumber teringat dekat Azmiera! Lupa nak pesan! kalau tak 3 x turun naiklah jawabnya. Sesungguhnya semalam aku menjadi insan yang sangat alpa. Curi memo pink dia pastu tampal dekat .. dekat.. dekat barang dia dan turun ke pusat sumber. Sampai je pusat sumber, keluarkan kamera, Cikgu Dewi terkejut! :O Kenapa? Sebab Iz bawa kamera! xD Iz pun menjawab ' I'm school editor ' *tak speaking pun cuma nak show off je xP*

Tangkap-tangkap gambar. Ini je dapat.
wow, ramai betul junior join!

apa benda warna putih tu?

peace yaw!

owh, kubur rupanya! 

lelaki melayu terakhir! xD

kemas ye dik?

amboi gengster!

cikgu disiplin!

bujang lapok!

tanggang!

surat untuk ina!

er.. lupa tajuknya xD

ni grup Iz. yang kecik sekali buat aksi poyo bajet baju warna putih kanan sekali itulah dia xD

Sebanyak 9 kumpulan bertanding. Grup Iz je yang paling senior! sebab ada form 4! ;D Iz nak kasi kau orang tengok video grup Iz. Kelakar? Pelik? Sound trouble? Shake? bukan harlem shake ek! xD


Dah tengok komenlah ya? Hehehe. Doakan grup kami dapat tempat. Amin. Assalamualaikum.
#lepas ni update blog sekolah ayoma. >,<

Doodle?

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)

Doodle? Makanan ke apa? *perasan tak, setiap kali post mesti nak kaitkan makanan. an? xD* hehehe. Semalamkan.. nak tahu tak apa yang terjadi semalam? Nak tahu? Nak tahu tak? *bajet an?* Iz buat doodle guna satu benda alahan ni. Benda alahan tu namanya ialah Paint Tool Sai ! Wah.. apa benda tu? Kalau nak tahu lebih lanjut, silalah merajinkan diri menziarahi blog-blog amatur macam wan hazel. wahs! xD

Post kali ni pendek je. Nak menayang je lebih xD. Kat bawah ni ada beberapa doodle yang Iz buat guna benda alahan tu. Best? Best gila! ;D

doodle pertama!

doodle kedua!

doodle ketiga.

doodle keempat. *paling banyak dapat like

doodle kelima

doodle keenam.

doodle permintaan.
Eh, apasal doodle ketiga sampai doodle kelima deret sebijik? Pasay pa? Ha.. Iz cuma tukar warna je. Doodle budak sekolah, doodle budak sekolah menengah, & doodle pengawas. Chaiyok! Wait da minute! Doodle permintaan? Oh, itu junior Iz yang minta. So, Iz bagilah ^^ 

Insya-Allah, coming soon, Iz buat satu page dalam blog jelah yang bertitle " FREEBIES! " Wah.. angan-anganku.. nasib baik angan, kalau angau macam mana nak handle? xD 

#Terima kasih kepada classmate Iz iaitu Farahani sebab rekomen Paint Tool Sai dekat Iz yang suka buat doodle ni xD.
Eh3! Dia ada blog tau! cun! nak tengok? >> KLIK SINI!! <<

Itu sahaja nak 'show-off' xD 
Assalamualaikum :)


Sketsa?

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)

Ok, kali ni Iz nak post pasal latihan sketsa. Eh, caya tak Iz jadi 'pengarah', 'penerbit' dan 'pelakon' dalam sketsa ni? Percaya? xD. Sepatutnya pertandingan sketsa sempena minggu bahasa ni buat minggu lepas, tapi ketiga-tiga cikgu tak ada dekat sekolah. Terpaksa tunda hari Isnin tapi cikgu baik kasi kami berlatih dah berlawan pada hari Khamis ini. >,<

Semalam ada spot check, Iz bawa barang terlarang, even Iz ni pengawas, tak kena rampas pun. xD Hebat tak? hebat tak? *bajet-bajet. Iz just bawa kamera makan bateri je pun >,< dengan 2 memory card xD. Latihan bermula pada 3.00 PM bertempat di kelas 3 sina. Itu pun lepas bergaduh dengan ZAS. *sungguh gedik mereka itu >,<

Masa latihan tu tok sah ceritalah. Kelam-kabut-ribut! Ash bawa apa benda binatang tu? Ala.. yang video cam.. pe entah ar. tapi bukan makanan. Dia pasang, masa latihan rakam. Banyak main-main. Lemang nak? Eh, salah. Lempang nak? >,< xD

Iz guna kamera makan bateri Iz tu tuk tangkap gambar & buat quick video. Kualitinya amatlah 'best'! Ni Iz nak share beberapa gambar yang agak best dan agak pelik. xD *poyo je lebih >,<

benda yang Ash pegang tu ar kami guna tuk rakam :)

budak-budak form 3

siapa lawan cakap director kena baring! xD

telinga dia ni tak leh dengar suara Iz. terpaksa jerit! xD

Soon dah penat ~

wow xD

Eh.. eh.. kenapa ni?

Senyum itu sedekah :)

Peng'pengajaran' xD

er..

Iz yang tudung biru baju hijau. gilo k xD

elelelele.. geli tengok xD

siapa yang tangkap ek? lupa ar..

awat?

last picture.
Iz pegang 2 watak. Cikgu & Mak. konfem pelik. xD Kalau nak tahu apa cerita yang kami sampai tunggu Khamis ni. tu pun kalau dapat upload video malam tu. Eh, tajuk tak tahu lagi. Macam mana ni? Hadoyai xD

Wish me luck! xD
Assalamualaikum :)

Untuk dia dan dia yang sekarang dan selama ini

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)


!!! Post panjang yang merapu, bosan, mengarut. Sila tinggalkan bila jemu !!!
Well, seriously lama gila tak update blog. Ok, apa post Iz kali ni? Tajuk bukan main panjang. Post? maybe pendek je kot. Oklah, kali ni Iz buat post ikut suka hati Izlah. *Iz nak luahkan apa yang Iz rasa selama ni* Selama inilah sangat! Actually, minggu lepas dan sejak belakangan ni.

1) Nur Annisa bt Azmi
*penggunaan 'aku' harap dimaafkan kepada pembaca yang lebih tua*

Makcik.. makcik, sebenarnyakan, aku ni tengok kau makin lama makin berubah. Serius, aku tengok kau macam 'jual ikan'. Kalau aku cakap depan-depan kau mulalah nak tunjuk heroin bahawasanya kau tak bersalah. tapi tolonglah terima hakikat. kau dah banyak berubah.

Aku tak tahulah apasal kau berubah. Maybe persekitaran kau. Dari segi bahasa kau kan, kau cakap pakai lepas je, aku tahu ar aku ni siapa, tak layak nak ceramah dekat kau tapi aku tak nak pula kau over doss plak. Kerek je lebih kan aku ni. Nak bagi advise kat orang. Apa kelayakan.

Sejak form 4 ni kau macam dah tak nak kawan dengan aku even duduk sebelah. Aku masuk kelas akaun ni pun sebab kau. Aku fikir kau nanti tak ada kawan masa nak belajar. Tapi, aku silap. Kau ada banyak kawan sampai lupakan aku. Kau buat aku ni seolah-olah tak wujud. Aku terkilan. Aku sanggup tolak kelas sains tulen bila cikgu norhayati tawarkan dekat aku sebab kau wey! Betul kata ustazah, kita dapat tengok perangai sebenar seseorang masa form 4. Aku ni apa yang berubah entah.

Aku tahu aku ni lambat matang tak macam kau. Up to date. Aku ni pasal make-up pun tak reti. Aku reti pasal it je tu pun sikit-sikit. Aku hairan kenapa tiap kali aku minta tolong sikit dekat kau, kau macam tak pedulikan aku bukan ke kita kawan sejak form 1 even tak rapat pada mulanya? Aku ni tak layak ke diberi pertolongan? Aku sedar aku ni siapa. Bila kau layan classmate lain aku rasa macam nak je pindah kelas. Aku tak tahu siapa kawan aku masa tu.

Yelah aku ni kan sensetif tak bertempat. Sikit-sikit menangis. macam perempuan. Aku fikir kalau aku pindah sekolah nanti dapat kawan baru yang lagi memahami tapi bukan rezeki aku nak berpindah. Kadang-kadang aku terfikir, aku ni lembab sangat ke sampai kau tak nak layan aku? Aku ni kuno sangat ke sampai kau tak nak share something dengan aku? Aku ni jahiliah sangat ke sampai kau pandang rendah dekat aku?

Aku pun tak faham dengan diri aku. Sengal an? Hahaha. Ke aku ditakdirkan untun hidup macam ni? Tapi orang kata jangan harap sangat dengan takdir. Kita boleh ubahnya. Tapi, macam mana? Aku fikir dengan kawan takdir boleh berubah tapi memang 'berubah'! Kesakaianku terserlah :') Aku minta maaf kalau tak dapat jadi kawan yang ok skit untuk kau. I'm sorry.


2) Muhammad Ammar Azri bin Kahril Hisham
*saya-awak pula*

Awak, kenapa awak asyik menghilangkan diri tiap kali saya perlukan awak? Awak dah tak nak kawan dengan saya lagi ke? Saya tahu saya ni jauh betul sangat dengan awak. Nak jumpa pun setahun sekali. Awak, saya harap awak cepatlah datang sini balik. Saya dah tahu nak buat apa. Awak janji nak jadi pendengar masalah setia untuk saya. Tapi kenapa awak hilangkan diri?

Bila awak hilangkan diri siapa lagi saya nak berceramah? Kalau dengan manusia tu awak cemburu buta. Awak, apa salah saya sampai awak denda saya macam ni sekali? Apa saya buat? Besar sangat ke salah saya sampai awak menghilangkan diri? Saya tahulah mulut saya ni laser. Tapi awak kena faham. Saya ni jenis yang berterus terang. Saya malas nak berpusing bagai-bagai.

Bila saya menipu awak marah. Bila saya terus terang lagilah marah. Awak, saya tahu saya tak sempurna. Tapi manalah ada seorang yang tak pernah melakukan kesilapan. Saya buntu tanpa kaunter pendengar masalah awak tu. Saya nak mengadu dekat siapa lagi? *selain Allah*. Saya harap awak berubah hati. Saya perlukan awak :'(


# Post kali ini Iz banyak lauhkan rasa apa yang Iz pendam. Iz tak tahanlah. Maka, Iz postlah. Iz rasa dengan cara ni Iz dapat legakan hati Iz yang gundah gundala ni. Harharhar. Tapi kalau tuan empunya diri yang baca. *nama di atas* Iz minta maaf sangat-sangat. Iz tak dapat nak face-to-face sebab Iz malas nak gaduh. Iz gaduh lain daripada yang lain.

Mulut laser + tangan + kuku + kaki = kena e-disiplin nanti karang. So blog Iz inilah jadi mangsanya. Wahai Izhs Diaryz online version, makasih sebab sudi jadi tempat Iz jadikan Diari. :)

Iz menyusun sepuluh jari yang tak panjang tak pendek tak kurus tak gemuk ni memohon maaf sekiranya terdapat kecacatan bahasa, idea atau apa-apa yang berkaitan selama Iz menjadi blogger yang hacum ni. *mentah*. Eh, panjang pula post suka hati akulah. blog aku ;P

Assalamualaikum :)