Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang ;D

Buang iklan hacker di blog

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :) 



Apa kejadah tajuk ni? Tak faham! Buang iklan hacker di blog? Macam 
mana tu? Apa benda tu? Ok, kali ni Iz nak share cara-cara nak buang
iklan yang diletakkan oleh si hacker di blog kau orang. Faham tak ni?
Oklah, Iz taip kau orang bayangkan ya.. bayangkan..

Waktu kau orang nak update blog nak masukkan cerita panas,

kau orang buka new tab dan taip alamat blog kau orang.
Rasa tak sabar. Banyak cerita nak dikongsi. Bila kau 
orang buka, rasa teruja tahap gila! Tiba-tiba keluarlah 
satu iklan yang entah dari mana.

Suspen! Cuak! Geram! Kau orang check alamat blog 

kau orang, TERTUKAR! Masa tu mulalah kau orang seru 
haiwan yang sedang popular di dunia internet, cadburry Opss.. xD

Dengan perasaan amarah yang meluap-luap, kau orang pergi

Blogger untuk sign in. Tapi apakan daya, hanya keluar untuk
post. Kau orang mulalah mencaci si hacker. Kau orang mula 
meraung panggil cadburry untuk kali kedua. 

Stop! 


Ada faham? Ok, Iz akan buat cara-cara nak buang iklan hacker

tu dengan 3 cara sahaja

1) Kau orang guna Monzilla Firefox untuk buka blog kau orang tu. 


2) Kau orang pergi ke Blogger in draft dan Sign in seperti biasa.


3) Dengan kadar kelajuan nak bunuh orang dalam masa 3 saat,

kau orang pergi ke Template. Klik je mana-mana template. 
Apply to blog.

4) Jangan! Jangan! Jangan! menggatal pergi ke Edit HTML sebab

si hacker tu letak iklan dia dekat situlah. Nanti keluar iklan hacker 
tu lagi. Vavi juga dipersalahkan.

5) Tarik nafas, lepas. Dan kau orang mulalah deko bersama Eric, ek

silap-silap. Deko-deko blog kau orang yang sudah berwajah baru tu.  

#Iz harap cara ni berkesan, sebab Iz guna cara ni. Bergantung kepada

sifat berperikemanusiaan hacker tu, kalau dia cuma letak iklan dan
tak usik isi-isi blog kau orang, ucapkan Alhamdulillah.
Kalau dia orang ceroboh blog kau orang sampai ke lubang cacing,
ucapkan Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un .

Iz cadangkan kau orang backup/restore semua edit html pasal blog
kau orang tu mana tahu kau orang yang kena pula. Nanti senanglah 
sebab dah ada backup! yeah! Tapi Iz tak guna yang ada button tu
sebab malas. So Iz copy dan paste dia microsoft word. 
Senang sikit. :)

Kenapa mesti guna MONZILLA FIREFOX??? 

Kenapa? Sebabnya Iz cuba guna google chrome dah hasilnya
amatlah sakit hati. Klik je edit HTML keluarlah iklan tu. 
Harhar. >,<

Oklah, cuma itu je Iz nak share. Sharing Is Caring ^^

Assalamualaikum ;D

8 ulasan: