Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :) Trimaz singgah blog Iz ^^ Tinggalkan jejak yaw! ;D

FREEBIES : Simple muslimah doodle

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)

Semalam tutorial macam mana nak lukis & warnakan doodle, hari ni Iz buat freebies. Maaf jika buruk, Iz still lagi belajar buat doodle :)
#Kalau nak ambil, ambillah, semuanya Iz dah buat dalam bentuk .png :)











K chaw, assalamualaikum. ._.

Mewarna doodle dengan mudah

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)

Kalau dulu hang pa dah buat doodle, >> melukis doodle dengan mudah << kali ni kita warna pula! First, kita baca bismillah dulu ;)

1) Tengok betul-betul nombor tu. buat slow-slow ek! Nak warnakan part yang kita nak ni senang je. Klik part tu nanti jadi biru.

2) Kalau step 1 tu ada part yang seciput tak dapat nak klik, hang pa guna yang SELECT dan pandai-pandailah klik :)

3) Part ni kena hati-hati, Tengok dekat side belah kiri, tadi atas, sekarang bawah. ok? Part mewarna Iz suka guna AIR BRUSH sebab Iz suka buat ton. Bukan Kak Ton ek! >,< Part ni suka hati hang pa ar nak warna macam mana sebab ada lingkaran yang wow melindungi xP

4) Bila dah puas mewarna, nak kekalkan warna tu klik macam bawah ni.

5)Nak warnakan lain? Ulangi step 1 tadi sampai semua berwarna~ ;D

6) Kalau nak ada effect dekat part yang kita nak, rajinlah diri bodek-bodek dekat bahagian jenis berus tu. :)

7) Masa dah teruja gila nak warnakan doodle, pastikan jenis berus tu DENSITYnya seciput skit sebab kita nak effect sikit je. Kalau tak masa tambah effect macam warnakan serata je ._. *teruknya bahasa aku ni >,<

8) Part doodle dah siap, background? Kalau rajin buatlah, kalau malas tak perlu :)

9) Hasilnya.. tada~

Yeay! siap!! ;'D #save dalam bentuk .jpg ok! >,< 
p/s: kalau jadi bagilah tau ^^
Assalamualaikum :)

Melukis doodle dengan mudah

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)

Well, hari ni Iz TERbaik hati nak share macam mana Iz buat doodle. Maybe ada antara kalangan hang pa ada TERtengok freebies doodle budak sekolah, dan nak tahu macam mana Iz buat. Sebelum tu hang pa semua mesti ada itu SAI. apakah? ok, paint tool sai.

>> download << 

download dekat button hijau yang awesome tu. Jangan klik tempat lain, klik dengan bijak k! Dah download tu open folder klik extract to. *dalam folder lepas hang pa klik open, ada button dekat atas, pandai-pandailah cari :'3* Bila nak buat cari yang ada Application! Diulangi, APPLICATION! ;D *type

1) Buka SAI. Mari lukis doodle. Perhatikan nombor dekat dalam gambar ni. Ikut tau!

2) Yang step kedua ni best! serius! ;D 

3) Kita start dengan bismillah. :) Tarik tetikus dan bentukkan satu lekuk yang er.. hehehe. Nak bagi berhenti daripada menyambung buat DOUBLE CLICK! 

4) Kalau terguna yang LINE, don't worry! Kita EDIT! ;D Caranya senang je. Klik macam bawah ni

5) Hang pa naikkan ke atas :) Dah jadi yeay! xD

6) Buat step 5 tu dekat bahagian mata :) Buatlah macam mana asalkan ada rupa :)

 Siap! yeay! ;D
# nak save dalam bentuk .jpg ok! ok tak ni? xD 
*kelakarnya doodle aku xD
Assalamulaikum :)

Hari yang er..

Assalamalaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)



Hari ni Iz exam English. Best. 2 paper. Tak sangka jumlah patah kata yang Iz tulis hari ni mencecah seribu! Fuyyoo xD. Tapi tu cuma cerita sampingan sahaja. Habis? Ada cerita utama ke? Ada.. sat na..

1) Alien gedik tahap 34.02
Alien? Siapa ingat lagi? Ok hari Iz nak 'kutuk / maki' habis dia tu. Kau orang nak tahu tak, masa rehat dah habis, Iz menggedik keluar kelas cari Ash dekat sebelah tanya pasal sketsa. Dalam masa yang sama si alien durujana tu dengan sengajanya datang dari belakang Iz.

Yang tak boleh blahnya dia tegur Ash lepas tu dia pandang Iz. Ikutkan hati nak je kasi itu terajang offered yang sedang HOT di pasaran. Tapi apakan daya dia berani pandang Iz lama-lama. Iz ni mana berani. Kalau siapa perasanlahkan kalau Iz cakap dengan someone mesti pandang tempat lain tak kira lelakikah kamu perempuankah kamu. xD

Masa 3 minit je lagi kertas seterusnya nak bermula, alien tu kelasnya disebelah kelas Iz, maka tidak moleklah jika tiada aktiviti kunjung-mengunjung. Apa yang pelik di sini, geng-geng dia borak dengan Bazuka tapi dia asyik pandang Iz. Apalah salah Iz sampai dia buat begitu? Seksa bhai. Harap-harap esok taklah benda alahan ni terjadi kembali.

2) Cakap tara serupa bikin
Sketsa. Iz ingat lagi kata-kata cikgu Ismahani yang menyatakan bahawa grup Iz terpilih untuk me.. me.. menyembahkan? membuat persembahan sketsa sempena hari guru tapi kena panjangkan skit. Iz ingat lagi tu wei! Tapi hari ni semua benda tu dah berubah. Macam keluar dari kandang bunga masuk dalam kandang buah. Wow.

Masa tengah study untuk kertas 1 bahasa british, ada announcement, siapa yang nak buat persembahan sempena hari guru sila daftakan diri di bilik MBMMBI. Jika lambat pendaftaran tawtaup. Iz dengan Mimie terpaksa rushing pergi sana. Tak ke balada tu? Dulu habak terpilih pastu kena daftar. Bukan kami ini ditempah ke?

Masa daftar cikgu habak nak buat tapisan. Wow. Dulu itu minggu bahasa kami johan pun kena tapis ke? Bukan kami ini ditempah 'khas' ke? Tapi yang lagi best langsung tak practice. Spontanlah jawabnya. Dulu cikgu habak panjangkan sketsa ke 15 - 20 minit sekarang dihadkan kepada 10 - 15 minit. Wow. Masa sketsa hari tu cikgu habak lama sangat dekat 15 minit. Wait da minute, Iz set jam dekat KMB *kamera makan bateri* dekat 11.02 minit pun berkira? Ayoyoyo..

Ni tak apa lagi, tapi Iz ada tempah budak-budak petang masuk dalam scene sketsa Iz. Masa pukul 3, Iz tengah syok main game Alang datang rumah. Dei, ponteng ke? Rupa-rupanya ada cikgu petang tak kasi dia orang berlatih. Apa lagi ni taiko naik bengang semua turun ar! * tipu je * Cari ar cikgu Ismahani 'SLOWTALK' dengan dia. Actually, debat. Iz peduli apa itu dulu cikgu habak gini tup tup cikgu habak gitu. Wah.. naiklah tanduk segala tanduk.

Iz buatlah ayat-ayat cintan yang mampu menCAIRkan jiwa. Green light. Ok, cantik. Buat latihan scene budak petang, dalam sejam lebih ada a few of teachers begitu mengamuk. Pulak. Cikgu petang habak dia orang dilarang buat persembahan. Haih cikgu ni, macam aku ni tak pernah ada pengalaman jadi cikgu, ini budak anak cikgu, mak & bapa nya telah menurunkan ilmu cara-cara mengatasi masalah begini rupa secara senyap-senyap.

Rupa-rupanya mereka semua ini berlatih tiap-tiap petang, rasa nak gigit semua budak tu. Geram ya amat bhai! Grrrr... Esok kena pergi sekolah awal. Nak skip cerita. Kalau terpilih Iz nak grup Iz qonquer stage masa hari guru. Peduli apa. Tapi esok kami buat sikit je, kalau terpilih buat berjela-jela. Sejam je untuk aktiviti persembahan daripada murid. Lawak kot. Tahulah hari guru tapi agak-agaklah. Karang murid mogok tak datang sekolah mengamuk. =='

3) Takoyaki
Dari pagi sampai ke petang masalah melawat Iz. Malam ini mak Iz baik sangat belikan takoyaki untuk Iz dengan adik-adik Iz. Akhirnya kempunan Iz tertunai juga. *apasal lain sangat ayat ni* Iz hairanlah awat makanan fav Iz semua dah naik harga. Aih.. Tara boleh jadi ni. Iz makan banyak pun bukan tinggi + besar mana pun. Macam gitu je. >,<

Selalunya setiap post Iz mesti ada pengajaran untuk Iz share. Tapi pengajaran untuk post kali ini kita tunggu esok pasal itu sketsa tu. Wish me luck :)
#Maaf sekiranya tiada rasa hormat ketika post, ni semua nak release tension sebab esok exam takut terus blank otak tak dapat fikir dengan baik. Maaf sangat-sangat. >,<
Assalamualaikum

Director lagi?

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)


Director? apakah? Ha.. mesti hang pa semua tak tahu kan. Siapa ingat lagi post Iz pasal sketsa? What? Tak ingat? sila rujuk sini >> Klik sini <<
Eh, keputusan  dah keluarkan? Nak tahu siapa johan? Well, grup Seniman Bujang Lapok. Ingat dia orang memang rupa-rupanya grup Iz yang menang! Hooray! xD Masa cikgu nak wakil grup ambil hadiah, cikgu boleh tak perasan Iz ada depan mata dia. Sanggup panggil Soon dari jauh wowh! Kecik hati beta xD

Masa ambil hadiah, kawan Iz habak Iz jalan macam apa entah tak dapat dikenal pasti tapi kelakar! xD Dah dapat tu tayang sikit dekat si Pali tu, bukti yang Iz menang *show-off* . xD Tapi minggu lepas Cikgu Ismahani ada cakap dengan Iz grup Iz kena buat persembahan masa hari guru. Oh makcik kau!

Masa hari guru bhai! Cikgu habak lagi, kena lama sikit dalam 15 - 20 minit. Glurp! Kena panjangkan sketsa ni. Idea.. idea. a. ha! Dapat idea. tapi agak mengarut! xD Biarlah asalkan sketsa lama tu tetap ada. ;D Pelakonnya ada dekat 20 orang termasuklah Iz. Director + pelakon = ? hahaha.

Entah macam mana boleh plak alien nak join. Tapi tak surelah. Tak sangka kan? kan? Dia just jadi polis je. Nasib baik. Huh. Tapi yang kesiannya Ash. watak utama non-stop. Hahaha. kejam an? Isk3. Tapi tak pe. dah dia je 'boleh diharap' jadi pelakon utama, nak buat macam mana.

Sedang Iz susun babak, ada beberapa orang tarik diri. dalam 5 - 6 orang. wow. Nasib baik Zul sudi tolong Iz cari pengganti. :') Zul prs. a.k.a Cikgu 'Jasni' xD apa pun tak boleh. Macam manalah nanti.

Wahai guru maafkanlah diriku~ #eh apa ni? Coming Soon~ xD

Harap-harap apa yang Iz buat ni tak menyusahkan orang lain :)
Doakan persembahan kami nanti berjalan lancar >,<

Oh ya, minggu depan exam! Ganbatte! yosh!



Assalamualaikum :)